BAB 7

Romance Completed 47331

Ameer Shafwan menapak masuk ke dalam bilik sambil memicit-micit bahunya yang terasa sengal. Dia baru saja dari bilik kerjanya yang bersebelahan dengan biliknya ini. Menyiapkan kerja yang perlu dihantar pada keesokkan harinya....

Tiba-tiba...

Seseorang muncul dari belakang dan menjerut lehernya. Dia yang terkejut pada mula hanya tersenyum selepas itu. Tangan itu dibawa ke hadapan sambil tersenyum sinis...

“Marah ke?.” Tanya Ameer Shafwan sambil melihat Umairah di hadapannya.

Umairah mengeluh halus...

“Tak, Maira tak marah...Terima kasih sebab tolong Maira tadi. Kalau tak, tak tahu apa nak bagitahu kat ibu tu.” Jawab Umairah sambil berlalu ke birai katil.

Ameer Shafwan mengikut dari belakang.

Umairah naik di atas katil sambil melutut. Tangannya mengarah Ameer Shafwan supaya duduk di hadapannya. Nak mengurut!

Sudah tentu Ameer Shafwan tersenyum senang. Laju saja dia duduk di birai katil. Urutan dari Umairah adalah yang terbaik baginya. Ini kerana isterinya itu tahu cara-cara nak mengurut. Emm, bangga punya isteri macam ni. Bisiknya dalam hati.

Tidak lama kemudian...

“Maira ingat tak pertemuan kita kali kedua tu? Masa ibu dan mama berpakat nak biar kita ni berkenalan antara satu sama lain. Padahal sebelum tu, kita dah berkenalan pun...” Tanya Ameer Shafwan tiba-tiba.

Kening Umairah terangkat kemudian tersenyum di situ.

“Ingat. Masa tu abang pandang Maira ni macam nak makan aje...Garang!.” Sindir Umairah sambil ketawa kecil. Tangannya masih lagi mengurut bahu suaminya itu.

Ameer Shafwan tersengih.

“Masa tu abang dalam kategori sexy, free and single! Darah mudalah katakan... Tapi, tiba-tiba ibu nak jodohkan abang dengan entah perempuan dari mana. Itu yang abang panas nak terbakar. Tambah panas lagi apabila perempuan yang nak dijodohkan dengan abang itu adalah budak senget....Auchhh!!” Kata-kata Ameer Shafwan terhenti apabila Umairah mencubit lengannya. Sakit!

Umairah tayang muka masam lagi masin!

“Amboi, yang abang tu lelaki bajet hensem tapi hampeh! Dengan Maira pun nak cari gaduh. Aaapa laa!...” Ejek Umairah sambil mencebik.

“Ek, siapa bajet hensem?! Abang memang hensem tau...Kalau tak, mana mungkin mama bersetuju nak jodohkan anak dia dengan abang ni. Yang sedia hensem lagi baik budi pekerti...” Bangga Ameer Shafwan sambil duduk menghadap Umairah.

Umairah buat aksi nak termuntah.

“Abang ni masuk bakul angkat sendiri! Baik budi pekerti kononnnn....Kalau baik budi pekerti, kenapa masa pertemuan kita yang pertama tu, abang tengking Maira? Macamlah Maira dah buat kesalahan besar. Padahal, Maira cuma terlanggar belakang kereta abang aje. Tak sengaja pun...Kan time tu Maira baru dapat lesen L...Bertimbang rasalah sikit. Ini tidak, tengking Maira seolah-olah Maira dah kemekkan kereta abang tu!.” Bebel Umairah dengan wajah tak puas hati.

Ameer Shafwam tersengih-sengih.

“Masa tu abang angin sangat. Mana tak angin kalau kereta kesayangan abang tu kena langgar... Dahlah kena langgar, orang yang melanggar tu siap tayang muka tak bersalah. Hanya bagi renungan mata ‘ini-salah-kau, bukan-salah-aku!’. Sombong!.” Kutuk Ameer Shafwan dengan senyuman sinis.

Umairah tarik muncung panjang. Ameer Shafwan ketawa di situ. Suka sangat dengan riak muka Umairah yang satu itu.

“Sekurang-kurangnya Maira tak marah-marah macam abang. Benci!.” Balas Maira dengan mata yang disengajakan bulat.

“Maira masih benci abang tak?.” Tanya Ameer Shafwan. Wajahnya berubah serius.

Umairah tersenyum lalu memegang tangan Ameer Shafwan.

“Tak, dulu aje...Sekarang ni, tak lagi. Abang dah jadi baik sikit berbanding masa mula-mula kita kahwin dulu.” Balas Umairah sambil tersengih lebar.

Ameer Shafwan tersenyum sambil mengusap kepala Umairah.

“Jangan fikir sangat hal yang tadi tu ye. Betul kata ibu...Kita masih muda dan masih banyak masa lagi...Lagipun, abang tak nak paksa Maira. Biarlah Maira bersedia baru kita fikirkan tentang hal tu. Tapi, seperti yang selalu abang bagitahu kat Maira. Abang dah mula sayangkan Maira ni. Isteri abang yang comel-loteh lagi nakal dan senget ini.” Puji Ameer Shafwan sambil tersenyum manis.

Umairah tarik muncung lagi, kali ni lebih panjang.

“Kot iyapun, buanglah perkataan ‘senget’ tu...Baru aje hidung Maira nak kembang tapi bila dengar perkataan ‘senget’, terus hidung Maira ni balik pada asal. Tak jadi kembang! Aaapa daa....” Rajuk Umairah sambil menjeling habis pada Ameer Shafwan.

Ameer Shafwan ketawa di situ sambil mencubit pipi Umairah. Geram! Umairah tersenyum di situ dengan senyuman nakal.

“Tapi, abang tak pernah dengar dari mulut Maira sendiri yang Maira sayangkan abang ni. Agaknya bila abang dapat dengar perkataan tu ye?...” Lirik Ameer Shafwan sambil tersenyum nakal.

Umairah terkedu.

“Ummm...Maira....” Gagap Maira di situ. Haish, kenapa tiba-tiba tanya soalan maut ni! Malulah nak cakap depan-depan, belum bersedia...Ngomel Umairah dalam hati.

Ameer Shafwan mengeluh halus lalu mengusap kepala Umairah sekali lagi.

“Hish, kenapa kalut sangat ni? Saja nak test Maira tadi tu...Tapi, abang akan tunggu masanya bila Maira dah bersedia nak ungkapkan perkataan tu.” Pintas Ameer Shafwan sambil ketawa kecil.

Umairah tersenyum kelat.

“Esok Maira ada kuliah pagikan...Abang pun dah mengantuk dah ni. Jom tidur...” Arah Ameer Shafwan.
Umairah menarik nafas lega lalu menganggukkan kepalanya.

“Terima kasih dan selamat malam abang, assalamualaikum...” Ucap Umairah.

Ameer Shafwan hanya tersenyum dan membetulkan selimut di tubuh Umairah.

“Selamat malam jugak. Waalaikummussalam...Malam ni jangan jatuh lagi tau! Penat abang nak angkat Maira nanti.” Sakat Ameer Shafwan.

Umairah mencebik. Pantas memanjangkan tangannya mencubit pipi Ameer Shafwan. Balas dendam!
Ameer Shafwan hanya membiarkannya dan tersenyum di situ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience