Rate

Bab 3

Family Completed 18859

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku

 

bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku

 

menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam

 

sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan

 

melayani suamiku nanti?

 

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai

 

katil.

 

Masuklah, pintu tak berkunci. Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.

 

Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan

 

duduk di sisiku.

 

Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang? Aku tak menyangka soalan itu

 

yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

 

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk

 

soalan suamiku itu.

 

Habistu apa yang sayang menungkan ni?

 

Ana takut bang! Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.

 

Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

 

Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina

 

keluarga kita. Pujuk suamiku.

 

Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang.

 

Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.. Aku tidak sempat untuk meneruskan katakataku

 

kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku

 

menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

 

Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan

 

kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! Bisiknya.

 

Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

 

Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit. Aku bangun membuka almari

 

pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih

 

sayang.

 

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar

 

siraman air terjun ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience