Rate

Bab 5

Family Completed 18859

langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan

 

hujan.

 

Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.

 

Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.

 

Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia

 

bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

 

Bang. Seruku.

 

Ada apa sayang? Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

 

Malam ni abang nak.nak.. Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti

 

persoalan yang kutanya.

 

Nak apa sayang? Soalnya lagi sambil tersenyum.

 

Ah.abang ni. Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

 

Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak? Bisiknya ketelingaku.

 

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan

 

kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan

 

dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

 

Assalamualaikum, wahai pintu rahmat! Bisik suamiku.

 

Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia. Jawabku.

 

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan

 

kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai

 

seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak

 

bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

 

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya.

 

Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak

 

hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan

 

tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk

 

memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi

 

suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati

 

dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

 

Rasulullah bersabda:

 

Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada

 

kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.

 

Rasulullah bersabda:

 

Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.

 

Rasulullah bersabda:

 

Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.

 

Rasulullah bersabda:

 

Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia,

 

berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri

 

terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan

 

suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.

 

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh

 

atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

 

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi

 

seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap

 

mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil

 

sekali.

 

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan

 

pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan

 

cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan

 

kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul

 

nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa

 

ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita

 

pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan

 

Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah

 

yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

 

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku

 

membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya

 

menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

 

Abang tak apa-apa? Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu

 

mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

 

Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot. Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan

 

masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

 

Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu. Arah suamiku

 

sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot

 

memerhati seluruh tubuhku itu.

 

Nakallah abang ni. Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi

 

terdengar batuk-batuk dari luar.

 

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk

 

dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

 

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti

 

atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience