Rate

Bab 6

Family Completed 18859

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua

 

ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

 

Kenapa ni bang? Soalku sewaktu bersalaman dengannya.

 

Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.

 

Zul sakit ke? Tanya ayah.

 

Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot. Jawabnya.

 

Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak. Sampuk mak.

 

Nanti Ana ambilkan ubat. Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

 

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan

 

rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

 

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada

 

kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

 

Terima kasih. Ucapnya perlahan. Aku angguk.

 

Abang berehatlah. Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

 

Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.

 

Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.

 

Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena

 

membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.

 

Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa

 

susah. Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

 

Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati

 

abang. Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

 

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

 

Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea!

 

Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya. Ujarnya perlahan.

 

Abang tidurlah. Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia

 

terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

 

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang

 

teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih

 

dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan

 

Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

 

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu

 

telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang

 

hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, ruparupanya

 

itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya

 

mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum

 

sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan.

 

Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

 

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya.

 

Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh

 

tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir

 

tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli

 

keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan

 

suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

 

Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana. Pujuk emak.

 

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki

 

yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan

 

hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki

 

rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada

 

nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

 

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini.

 

Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan

 

dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh

 

keluargaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience