Rate

Bab 4

Family Completed 18859

hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai

 

ketandusannya.

 

Ayah, mak! Ana dah buat keputusan. Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada

 

suatu hari.

 

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak,

 

kemudian berpaling sesama sendiri.

 

Keputusan tentang apa? Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan

 

apakah yang telah kubuat.

 

Pasal peminangan tu. Ujarku.

 

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku

 

beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal

 

menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

 

Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih. Terasa pilu sekali

 

hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung

 

jari.

 

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh

 

kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk

 

dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

 

Syukurlah, moga Ana bahagia nanti. Ucap ayah padaku.

 

Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri

 

terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati

 

orang tua ku.

 

Nanti mak kenalkan dia pada Ana. Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada

 

mereka.

 

Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje. Aku rasa lebih baik demikian kerana

 

selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan

 

terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab

 

kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

 

Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya. Ayah mempersoalkan

 

keputusanku itu.

 

Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah

 

ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula? Aku berlalu meninggalkan mereka dalam

 

keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

 

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku

 

menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti

 

suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke

 

arahku.

 

Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah. Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya

 

dengan tuala di tangan.

 

Baik bang. Bang, ni baju abang. Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.

 

Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1

 

pagi.

 

Patutlah. Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih

 

lagi terpasang.

 

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya

 

menuju ke bilik.

 

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang kadang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience