BAB 3

Romance Completed 3293

Aku melabuhkan punggung disebelah Riana yang sedang asyik menonton drama Akasia. Mulutnya pula asyik mengunyah kuih pau inti kacang merah yang aku bawa pulang petang tadi. Kuih pau inti kacang merah percuma lagi tu..Huhu. Gara-gara aku membantu Mak Cik Izla di gerainya petang tadi, beliau enggan menerima duit ketika aku ingin membeli kuih pau inti kacang merah nya. Sudahlah enggan menerima duit yang kuhulurkan, banyak pula kuih yang diberinya.

“Nadirah, apsal kau balik lambat hari ini?” Tanya Riana sambil mengerling ke arahku semasa drama terhenti seketika kerana iklan.

“Petang tadi macam biasalah, aku singgah kedai Mak Cik Izla. Hari ni dia sorang-sorang berniaga, dah tu ramai pula pelanggan. Kesian pula aku tengok, jadi aku tolong lah..” Jawabku selamba sambil mengunyah kuih pau inti kacang merah, mata ku fokuskan ke televisyen.

“Hah!! Amboi!! Pasang strategi nampak…” Ujar Riana yang kelihatan terkejut kemudian sempat lagi dia menyindir.

“Pasang strategi apa?” Tanyaku kehairanan tidak memahami maksud kata-kata yang dilontarkan oleh Riana.

“Yer lah…Mula-mula beli kuih pau inti kacang merah, hari ni ‘beli’ hati mak dia, nanti ‘beli’ hati anak dia pulak….hehehe...” Jawab Riana tidak habis-habis menyakat.

“Kau ni kan….Sampai ke situ pula kau fikir. Aku ikhlas lah bantu Mak Cik Izla tadi, tak ada niat apa-apa pun…” Sedaya-upaya aku mempertahankan diri. Mukaku sudah membahang kerana disakat oleh teman serumahku itu.

“Ala…Kalau ada niat pun apa salahnya…hehehe.” Makin galak Riana menyakat.

“Sudahlah!! Aku pergi solat Maghrib lagi baik. Daripada melayan kau yang melalut ni….” Ujarku geram. Sudah tidak betah aku berlama-lama di situ.

“Haha..Malulah tu...” Ujar Riana sambil ketawa lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience