BAB 5

Romance Completed 3293

“Boleh Laila tolong Abang Hanafi ?” Ujar perempuan itu dengan nada manja. Seperti sengaja pula dia berdiri serapat yang mungkin dengan Hanafi.

“Boleh….” Jawab Hanafi yang sudah tersenyum mesra.

Makin sakit pula hatiku melihat kelakuan perempuan yang berada di samping lelaki pujaan hatiku ini. Ada apa-apakah di antara mereka ini? Hanafi pun kelihatan melayan perempuan tersebut dengan mesra sekali. Siapakah perempuan ini? Girlfriend dia ke? Atau tunang dia? Takkan isteri dia pula kot, setahunya lelaki ini belum berkahwin.

Sungguh!! Saat ini hati ku terasa seperti dihiris-hiris. Sedaya-upaya aku mengawal perasaan dan riak wajahku. Sesekali aku memandang sekeliling, cuba mengawal emosiku.

“Nah…” Huluran plastik bungkusan kuih pau inti kacang merah oleh lelaki itu mengejutkanku.

Wajahnya ku pandang. Segaris senyuman masih terukir di wajahnya.

“Err…Terima kasih…” Segera aku mengambil bungkusan tersebut dan menghulurkan dua keping wang kertas satu ringgit kepadanya. Tanpa berlengah, perlahan-lahan aku berjalan meninggalkan gerai tersebut. Tidak sanggup lagi untuk aku berlama di situ.

“Kasih diterima…Terima kasih yer, datang lagi….” Lelaki itu masih bersuara walaupun aku sudah mula meninggalkan gerainya.

Air mata yang ditahan sejak berada di gerai tadi akhirnya mengalir juga. Perasaanku bercampur-baur, sedih, cemburu, sakit hati, semuanya ada. Mungkin perempuan tadi orang yang istimewa di hatinya.

Tengok sajalah betapa mesranya mereka. Kini hatiku bukan setakat patah, tetapi sudah hancur berkecai, sudah hancur lebur. Nampaknya aku terpaksa lupakan segala-galanya. Memangfrust gila-gila dah rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience