BAB 7

Romance Completed 3293

Teragak-agak aku mengambil bungkusan tersebut. Apabila plastik sudah bertukar tangan, perlahan-lahan aku membuka bungkusan tersebut. Terdapat kuih pau inti kacang merah dan terselit sekeping kad di dalamnya. Terketar-ketar tanganku mengambil dan membuka kad tersebut.

Buat pencinta kuih pau inti kacang merah …

Setiap hari ku menanti kehadiranmu, setiap hari ku merindukanmu, dan setiap hari ku ingin menatap wajahmu. Buat pencinta kuih pau inti kacang merah, jika sebelum ini kamu sudi membeli kuih pau inti kacang merah, sudikah kiranya kamu menerima hati penjual kuih pau inti kacang merah ini?Jangan risau, hati ini tidak perlu dibeli, penjual kuih pau inti kacang merah ini dengan senang hati memberikannya kepada pencinta kuih pau inti kacang merah. Sudikah pencinta kuih pau inti kacang merah menjadi isteri dan teman hidup kepada si penjual kuih pau inti kacang merah ini?Ehem..Sila makan kuih pau inti kacang merah buatan si penjual kuih pau inti kacang merah ini jika bersetuju yer.

Mengalir air mataku apabila membaca isi kad tersebut. Apabila aku kembali memandangnya, dia sudah tersenyum sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadaku. Lidahku kelu. Adakah dia sedang melamarku? Adakah aku sedang bermimpi?

“Sayang…Tak puas-puas ke makan kuih pau inti kacang merah ?” Tanya suamiku yang duduk di sebelahku.

“Entah Kak Nadirah ni…Tiap hari makan kuih pau inti kacang merah jer…” Sampuk Laila sambil tersengih lalu dia berlalu masuk ke dalam biliknya.

Aku hanya tersenyum memandang suamiku dan Laila. Laila !! Yer…Perempuan yang telah membuat aku frust menonggeng dulu tu! Rupa-rupanya dia merupakan adik Hanafi yang belajar di universiti. Sebab itulah aku tidak pernah melihatnya. Kemain lagi aku frust. Buat malu jer kan!!

“Tak puas pun... Baby pun suka makan…”Jawabku sambil mengunyah kuih pau inti kacang merah. Sesekali suamiku mengusap-usap perutku yang semakin sarat itu.

“Hmm…Untung papa kan baby. Mama tak mengidam macam-macam..Mengidam makan kuih pau inti kacang merah jer…hehehe” Usik suamiku. Tanganku di bawa ke bibirnya.

“Abang….” Aku memandang suamiku yang dulu rupa-rupanya turut menyimpan perasaan yang sama terhadapku.

“Yer, sayang…” Jawab suamiku lembut. Senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Alahai encik suami awatlah hensem teruk hang ni?

“I.. I.. Love you…..” ujarku seraya membenamkan wajahku di dadanya yang bidang.

“Love you too sayang….” Ujarnya sambil memelukku erat lantas dia menghadiahkan ciuman ke pipiku.

Mata kami berdua tertancap dan kami saling menguntum senyuman. Kerana kuih pau inti kacang merah ini kami bertemu dan cinta bertaut di hati kami.Pau inti kacang merah yang menyatukan Nadirah Keyla dan Hanafi Izmier. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga dan semoga cinta kami sentiasa menggebu seperti kuih pau inti kacang merah yang begitu signifikan dalam hubungan kami ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience