BAB 2

Romance Completed 3293

“Hmm dah lah..Aku nak mandi lah.” Laju aku lari setelah menghabiskan sebiji kuih pau inti kacang merah yang terakhir. Mukaku sudah terasa panas, malu!!

Petang itu selepas turun dari bas yang dinaiki setiap kali pulang kerja, aku berjalan ke arah gerai Mak Cik Izla. Kelihatan ramai pula pelanggan yang sedang menanti giliran untuk membeli. Makin bersemangat aku menghampiri gerai tersebut.

‘Eh, Mak Cik Izla sorang-sorang jer? Mana anak lelaki dia? Patutlah nampak macam tak menang tangan jer Mak Cik Izla melayan pelanggan.’ Bisikku di dalam hati sambil berdiri di samping pelanggan-pelanggan lain. Sedikit kecewa hatiku kerana tidak dapat melihat ‘si pujaan hati’.

“Mak Cik, biar saya tolong…” Kasihan melihat Mak Cik Izla yang sibuk itu, segera aku mendekati beliau yang sekejap sibuk menggoreng dan sekejap-sekejap membungkus kuih tersebut.

Mak Cik Izla hanya tersenyum memandang aku yang ingin menghulurkan bantuan, tidak pula dia membantah. Melihat reaksi tersebut, segera aku mencapai plastik dan memenuhi pesanan pelanggan yang sedang menunggu. Memandangkan aku ni sudah menjadi ‘regular customer’ di gerai tersebut, aku sudah masak benar dengan harga kuih yang dijual oleh Mak Cik Izla.

“Nadirah …Terima kasih yer.Mak Cik mintak maaf lah, menyusahkan Nadirah jer…Si Hanafi tu tak dapat tolong pula hari ni, dia kena pergi kedai komputer dia tu…Ada barang baru sampai katanya…” Ujar Mak Cik Izla kepadaku setelah pelanggan sudah semakin berkurangan, seperti tahu-tahu sahaja yang aku tertanya-tanya kemana anaknya pergi.

“Ohh….Tak menyusahkan pun...Hmm mak cik, saya mintak diri dululah yer…Assalamualaikum…” Segera aku meminta diri setelah melihat jam sudah menghampiri pukul 6.15 petang.

“Terima Kasih Nadirah. Waalaikummussalam.” Jawab Mak Cik Izla sambil tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience