Prolog

Mature Content Series 795

"TERGAMAK awak buat saya macam ni." ​Tubuh Haira menggigil melihat Aryan sibuk mengutip pakaian dan barang-barang peribadi yang lain dari dalam almari. Wajah suaminya itu terlalu tenang walaupun dia sudah merayu berulang kali.

​"Awak, janganlah hukum saya tanpa sebab," tegur Haira, gagap.

​"Tergamak juga kau tipu aku, Haira!" jerkah Aryan tanpa menoleh.

Sunyi seketika. Matanya mula berkaca melihat almari pakaian itu sudah kosong. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang bersarang dalam kepala suaminya ketika ini.

​"Saya tipu awak apa?" soal Haira, keliru.

​Aryan menutup zip beg, menegakkan tubuh dan menjeling Haira yang masih berdiri di bucu katil. Jari telunjuknya dihala tepat ke wajah perempuan kiriman papa ini.

​"Sebab kau dah pandai tipu aku, aku tak akan ceraikan kau sampai bila-bila," ugut Aryan.

Jari jemarinya digenggam demi mengumpul kekuatan diri berdepan dengan Aryan. Tiada angin tiada ribut, suaminya tiba-tiba berubah sikap dengannya.

​"Awak, kita baru dua hari nikah. Sekarang awak nak tinggalkan saya? Kenapa awak tak ceraikan aje saya?" tanya Haira lagi, lemah.

​Pandangan Aryan meliar ke arah laci meja. Dia mengeluarkan sampul yang diterima daripada cinta pertamanya petang tadi. Nafasnya dihela kasar sebelum berpaling. "Kau masih tak nak mengaku ya, perempuan."

"Berani ya kau ugut aku Haira?"

Aryan merenung Haira dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan pandangan penuh rasa jijik dan meluat.

​"Dua hari aku hidup dengan kau dan kau masih tak sedar-sedar diri lagi. Aku benci perempuan penipu macam kau!"

Aryan mendekati Haira hingga mereka hilang jarak. Senyuman sinis terukir sekejap sebelum tangannya selamba naik mencengkam leher Haira sedikit kuat.

"Arghh, awak!"

Jeritan Haira langsung tidak memberi kesan kepadanya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan bicara.

​"Awalnya aku ingatkan nak bagi kau madu dan jadikan kau pembantu rumah ni bila tahu pilihan papa cuma perempuan kampung. Aku ikutkan permintaan papa."

​Nafas Haira tercungap-cungap. Tangannya menggenggam erat pergelangan tangan Aryan tatkala air mata membasahi pipi. Sungguh dia tidak menyangka suaminya sendiri mencekiknya tanpa rasa simpati.

​"Tak sangka pula aku... kau mata duitan. Kau dah ada lelaki lain sebelum aku jadikan kau isteri. Kau sanggup tinggalkan dia demi harta aku!"

​Haira menggeleng laju. Tubuhnya kini tersandar rapat ke dinding apabila suaminya menolak tubuhnya menggunakan tubuh tegap hingga dirinya sudah tiada ruang lagi untuk bergerak.

​"Awak, sakit... awak cakap apa ni? Saya tak faham."

​"Tak faham atau pura-pura tak faham. Semuanya dah ada dalam sampul ni! Depan papa aku bukan main lagi sopan, naif. Belakang, pijak semut pun tak mati."

"Awak...."

"Kau tahu tak benda paling buat aku benci kau... kau dah tipu aku hidup-hidup, Haira!"

​Sampul surat di tangannya ditepuk kasar berulang kali ke wajah Haira tanpa rasa bersalah. Kedua-dua tangannya kembali mencengkam leher Haira hingga perempuan itu sukar untuk bernafas dengan elok.

​"Kau memang penipu," bisik Aryan, sinis.
​Sengaja dia merapatkan wajahnya hingga nafas mereka bersatu. Matanya terpejam ketika mencengkam tubuh Haira buat kali terakhir.

"Gemuk tak sedar diri," keluh Aryan.

​"Aryan... saya ni masih isteri awak yang sah. Saya tak pernah pun tipu awak atau orang tua kita," balas Haira dengan suara teresak-esak.

​"Huh, masih tak nak mengaku." Bibirnya mula menyentuh leher Haira secara paksa.

"Kau doakan papa panjang umur sebab status kau akan berubah jadi janda bila papa meninggal. Ingat tu."

"Aryan, awak dah melampau!"

"Kau ingat aku main-main ke perempuan. Dengar sini Haira, aku ulang. Aku tak akan ceraikan kau selagi papa hidup. Kau buat aduan atau tuntut cerai, aku sebarkan video kau ke sosial media."

"Video?"

"Ya video. Video kau sanggup buat apa sahaja yang aku suruh dalam bilik air tadi."

Haira terbungkam tanpa bicara. Sungguh dia tidak menyangka suaminya sudah merancang lebih awal untuk memalukannya.

"Tapi saya isteri awak," ucap Haira dengan suara terputus-putus.

"Orang luar mana tahu kau dengan suami sendiri. Tak ada muka aku dalam video tu."

Sunyi.

"Last warning! Matinya orang tua tu, jatuhlah talak satu untuk kau. Faham!"

​Aryan melepaskan cengkaman di leher Haira dan berpaling mencapai beg pakaiannya. Dia merapikan bajunya tanpa mengendahkan Haira.

​"Aku nak pergi nikah dengan girlfriend aku. Pandai-pandai kau nak hidup dekat luar sana. Lagi satu, jangan berani-berani kau beritahu papa... aku pergi nikah dengan dia."

​"Awak nak gantung saya tak bertali?"

Aryan menoleh ke arah Haira dengan wajah tegang. "Yup, sebab semua jantan kau nak. Dengar sini Haira, kau dengan dia jauh sangat bezanya. Tolonglah, berhenti buat muka menagih simpati kau tu. Geli aku tengok."

​Mengucap panjang Haira apabila dihina dengan suami sendiri. Sungguh dia tidak menyangka, malam ini maruahnya dipijak-pijak Aryan tanpa sekelumit rasa bersalah dan simpati.

​"Baik. Awak keluarlah tinggalkan saya malam ni... tapi ingat Aryan. Saya tak akan maafkan awak."

​Langkah Aryan terhenti di muka pintu bilik. Dia mendongak lenguh sebelum ketawa mengekek. Geli pula gegendang telinganya mendengar ugutan perempuan itu.

​"Maaf Haira. Kau sikit pun tak ada nilai dalam hidup aku. Jangan perasan lawa sangatlah. Aku tak kempunan nak cari perempuan sampah macam kau walaupun kau masih isteri aku yang sah."

​Haira tunduk mengutip sampul surat yang berada di atas lantai. Sampul yang Aryan tepuk ke mukanya tadi. Air mata di pipi dilap kasar sambil jemarinya mengeluarkan isi di dalam sampul.

​Tidak sampai sesaat, Haira ketawa dalam duka. Dia mengucap panjang dan menggeleng sebelum ketawa lagi seperti orang hilang akal.

​"Bagus, Aryan. Aku simpan kata-kata kau ni... sebab satu hari nanti, kau akan merayu, meratip, melutut dekat kaki perempuan sampah ni!"

Tangannya menggenggam kemas kepingan gambar hingga renyuk. Tawanya disulami dengan air mata yang mengalir membasahi pipi dan jeritan kuat yang penuh dengan rasa sakit di dalam hati.

Assalamualaikum, baby baru daripada win. Semoga terhibur dengan Terpikat Isteri Orang. Risiko membaca di tangan anda. Salam merdeka untuk semua reader?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience