4. Pegun

Romantic Comedy Series 371

Safa mundar mandir dalam bilik. Hatinya tak tenang memikirkan pertemuan kilat dengan Aeriq di kafe tadi. Kata-kata Aeriq, seolah satu ugutan.

Safa mahu tanya, malangnya Aeriq terus blah lepas kata macam tu. Tak toleh langsung. Nak kejar, Aeriq bukan berseorangan. Safa yakin yang bersama Aeriq masa tu ialah Ketua Jabatan Fakulti Perniagaan.

Dan Lisa, macam orang kena ilmu pukau lepas sedar yang dilanggar oleh Safa adalah Aeriq Zayyan. Safa risau Lisa buat hal, terus Safa tarik Lisa keluar dari kafe. Langsung tiiada ruang untuk Safa bertanya kepada Aeriq.

Dan kini, Safa rasa tak sedap hati. Mahu telefon Aeriq tetapi Safa tahu, Aeriq takkan layan. Akhirnya, rasa tak sedap hati itu cuba diusir. Selepas makan, mandi dan selesaikan semua urusan, Safa masuk bilik. Niat mahu terus tidur. Tapi telefon bimbit tiba-tiba berdering. Aeriq ke? Laju Safa ambil telefon bimbit. Tengok skrin, nama mama terpampang.

“Safa… kamu tu nak belajar ke nak kahwin? Pilih sekarang!” Nada mama bukan main-main, garang dan tegas.

“Of course saya nak belajar.”

“Nak belajar ya? Kamu tengoklah gambar yang mama bagi tu. Itu ke konon nak belajar? Sibuk berbual dengan lelaki lain. Tak fikir ke, apa perasaan Aeriq tengok kamu macam tu hah?”

Safa tersentak. Laju dia periksa telefon bimbit. Mata membesar.

“Siapa bagi mama gambar ni?” Safa terus tanya sambil hidupkan pembesar suara telefon. Dalam minda sudah ada si tertuduh, tapi dia tak berani suarakan pada mama.

“Siapa? Depan Aeriq Safa, berani kamu bersama lelaki lain?”

Safa ketap rahang. Pandang gambar dalam telefon dengan hati bagai dipicit-picit. Gambar yang jelas dicuri-curi rakam, ketika mereka berada di kafeteria bersama Ethan Izzat.

“Aeriq ke yang bagi mama gambar ni?”

“Tak penting siapa yang bagi. Sekarang ni, kamu tu nak belajar ke tak? Kalau nak, buat cara belajar Safa. Jangan macam-macam. Kamu tu dah ada calon suami.”

“Apa Aeriq beritahu mama?” Sakit hati Safa. Hantar gambar macam tu, mestilah mama akan fikir yang bukan-bukan.

“Sekarang ni masalahnya bukan Aeriq Safa, tapi kamu tu hah!”

Ah, mama! Nampak sangat berat sebelahnya. Jelas nak pertahankan Aeriq.

“Saya tak buat salah pun ma. Kami bukan berdua-duaan pun. Takde yang pelik tentang gambar tu. Bertiga, di kafe, kawasan terbuka pula tu.”

“Kamu tu dah takde kawan perempuan lain ke? Nasib baik Aeriq tu bukan jenis cepat melatah. Kamu kena fikir perasaan dia sebelum buat sesuatu.”

Safa diam. Perasaan Aeriq? Like he even care, mama! Lelaki macam Aeriq takkan peduli kalau perempuan setakat wajah keluar TV untuk promosi pokok hutan atau ladang sayur, mama. Penat nak terangkan. Mama takkan mengalah. Bagi mama, gambar tu je dah cukup sebagai bukti. Aeriq ni pun satu. Kenapa tak bincang dengan dia? Ni terus direct ke mama.

“Lepas ni mama harap benda ni tak berulang. Jaga air muka keluarga, air muka bakal suami kamu.”

Safa ketap rahang. Renung skrin telefon yang sudah bertukar gelap. Geram. Taip mesej lalu dihantar ke WhatsApp Aeriq. Tak layan? Paksa! Kalau tak jalan juga, tahulah Safa nak ajar lelaki keji beku tu.

~Aeriq, we need to talk.~

Tunggu. Double tick. Tapi tak dibaca. Sepuluh minit kemudian, baru dibalas.

~Unless hal penting. Saya sibuk!~

Safa cebik. Macamlah dia nak sangat!

~Apa tujuan awak bagi mama gambar tu? Don’t tell me you are jealous, Aeriq Zayyan! Awak dah menyusahkan saya.~

~You are delusional!~

Safa mendengus. Taip ayat di skrin macam sedang taip guna typewriter era 70an.

~Yang awak pergi bagi mama gambar tu dah kenapa hah? Saya delusional? Then bagitahu apa tujuan awak buat macam tu. Tergugat ke awak? Of course, saingan awak jauh lebih tampan dan menarik dari awak. Saya faham.~

Hanya satu tanda. Tiba-tiba gambar profile Aeriq kosong. Safa ketap rahang. Jangan bilang Aeriq dah block dia. Safa cuba call guna WhatsApp, tidak dapat disambungkan. Tak guna punya jantan!

Safa betul-betul dah kena block dalam WhatsApp oleh Aeriq Zayyan. Safa tak puas hati. Dia dail nombor Aeriq. Dua kali dering terus kena rejek. Safa menyumpah. Dail lagi. Langsung tak bersambung. Malar Tut! Tut!

Aeriq Zayyan, berani awak block saya?!

Safa letak telefon di riba. Berfikir. Kemudian sengih jahat. We’ll see, Aeriq Zayyan… berapa lama awak sanggup block nombor Safa Alayna, perempuan yang pastinya punya beribu cara untuk tundukkan lelaki angkuh dan keji macam awak!


ADA sesuatu yang agak ganjil dari kebiasaan ketika Safa dan Lisa melangkah masuk ke perkarangan universiti. Beberapa orang yang jelas bukan pelajar di situ sedang berkeliaran, ada yang siap bawa kamera, sangkut di leher.

“Kenapa dengan mereka tu? Macam pemberita je. Ada artis nak datang ke?” Lisa senggol lengan Safa lalu kata perlahan.

Safa senyum tipis. Sedikit sinis. Matanya menikam tajam ke arah beberapa manusia yang sedang mundar mandir di kawasan gerbang utama.

“BTS nak datang buat konsertlah kut.” Safa jawab, nada berseloroh.

Lisa ketawa kecil. “Mimpi.”

Mereka berjalan beriringan, semakin hampir ke arah kumpulan manusia itu. Ketika melintas di depan mereka, salah seorang lelaki menahan Safa dan Lisa.

“Hello adik, nak tanya sikit boleh tak?”

Safa dan Lisa mematikan langkah. Pandang lelaki itu tanpa bantahan.

“Kenal tak dengan Aeriq Zayyan?”

“Siapa tak kenal dengan bachelor terhot di pasaran tu?” Lisa sampuk laju. Terus lebar senyum di wajahnya.

“Kalau macam tu, korang mesti kenal dengan bakal isteri dia kan? Ada khabar sahih yang kata bakal isteri dia belajar di sini.”

“Serius?” Mata Lisa membesar. Pandang Safa dengan riak terkejut campur teruja. “Awak dengar tak Safa? Aeriq nak kahwin. Oh my broken heart!” terkeluar gaya dramatik Lisa. Pegang dada, bahu jatuh dan buat wajah terpaling sedih. Kononlah.

Safa sengih senget. Geleng perlahan melihat telatah Lisa.

“So, adik berdua kenal ke dengan bakal isteri Aeriq Zayyan?” desak lelaki yang jelas seorang wartawan paparazzi itu.

“Maaf, Encik. Kami tak kenal. Maaf, kami kejar masa.” Safa terus tarik tangan Lisa untuk pergi dari situ.

Lisa sempat toleh belakang sebelum kembali memandang Safa. Wajah masih sarat dengan rasa teruja. Keterujaan yang macamlah ke-popular-an Aeriq Zayyan setanding Donald Trump.

“Kenapa awak nampak rileks je? Ni berita sensasi, Safa. Aeriq Zayyan nak kahwin dan bakal isterinya ada kat sini, satu U dengan kita. Awak tak teruja ke?”

“Tak!” Selamba Safa jawab.

Lisa mendengus. Tarik keluar telefon bimbit lalu taip nama Aeriq di Google Search.

“Oh my God! Ke-popular-an Aeriq Zayyan dah setaraf dengan bintang antarabangsa, Safa. Berlambak kisah tentang lelaki tu di alam maya. Tengok ni.” Lisa tayang skrin telefon bimbitnya di depan muka Safa.

“Not interested.” Safa tolak tangan Lisa dari mukanya.

“Awak ni peliklah. Tiada kaum Hawa di Malaysia yang tak berminat dengan Aeriq tau. Oh, lupa… hati awak dah penuh dengan Ethan Izzat, dah takde ruang untuk lelaki lain.”

Safa buat tak dengar. Buat pekak sepanjang jalan. Mulut Lisa pot pet, tak penat-penat mengulas pasal Aeriq. Satu-satu berita tentang Aeriq di alam maya Lisa baca dan ulas. Rata-rata pasal kehidupan peribadi Aeriq. Level kebuayaannya yang hampir ke maha guru. Tukar pasangan macam tukar baju.

Akhirnya, mulut tongkeng ayam Lisa sendiri tertutup apabila mereka tiba di depan bilik kuliah. Baru nak masuk ke dalam, telefon bimbit Safa bergetar kuat. Dahi Safa berkerut halus. Dia bukan famous pun, mama je rajin bunyikan telefon bimbitnya. Tapi mama tahu jadual kuliahnya. Tak mungkin time-time macam ni mama telefon.

Safa mematikan langkah di ambang pintu dan beri isyarat supaya Lisa masuk dulu. Masih ada setengah jam sebelum kuliah mula. Safa terus gerak menjauhi pintu lalu tarik keluar telefon bimbitnya.

Kening terjongket bila lihat nama yang terpampang. Hujung bibir melengkung, membentuk senyum sinis. Dia dah di-unblock oleh mat Romeo tu. Nampaknya teknik dia sangat berkesan.

“Safa Alayna! Apa awak dah buat hah?!” Suara di hujung talian terlantun keras.

Safa sengih lebar. Tersangat senang hati.

“Saya? Mestilah tengah all out belajar. Target saya nak dapat four flat. Tak main-main! Oh, by the way sorry tau… saya memang takde masa nak rindukan awak. Awak… tak marah tak dirindukan oleh bakal isteri awak kan?”

“Safa Alayna!!!”

Safa jauhkan telefon dari telinga. Boleh tuli dengar jeritan maha hebat Aeriq. Mengamuk sangatlah tu.

“Tak payah jerit, Aeriq. Awak dah kenapa? Nak jadi promoter pasar malam?”

“Do you think I’m stupid? I know what you did, Safa. Awak jual maklumat tentang kita kepada wartawan. Apa niat awak sebenarnya?”

Wow! Aeriq harus dipuji. Cepat betul lelaki itu cari kebenaran. Safa sengih jahat. Ya, memang kerja dia pun.

“Tahniah, jawapan awak tepat sekali. Betul kata orang, awak memang bijak. Bertuahnya saya. Nanti bila kita ada anak, pasti semuanya bijak-bijak macam awak.”

Sepi beberapa saat. Hanya nafas kasar Aeriq kedengaran di corong speaker. Sengih jahat Safa makin lebar.

“Should I congratulate you? Well, tahniah Safa. Awak dah berjaya susahkan hidup saya. Dan sebagai hadiah, awak akan ditendang keluar dari U, berkuatkuasa serta merta.”

“Cuba buat, Aeriq… dan saya punya seribu cara untuk terus susahkan awak. Macam yang awak dah buat pada saya. Kalau awak boleh libatkan mama, kenapa saya tidak boleh libatkan Ami?”

“Are you threatening me?”

“No, I’m warning you. Saya bukan siapa-siapa. Tiada reputasi untuk dijaga.”

Sepi lagi. Dapat Safa duga Aeriq sedang menahan amarah. Bahangnya terasa begitu menyengat walaupun hanya dengar deru nafas Aeriq.

“I’ll handle this. Ulang buat perkara menyusahkan macam ni and believe me, Safa.. our deal is over.” Akhirnya suara Aeriq kembali, lebih datar tetapi tetap tegas.

“Boleh, syaratnya jangan ulang block nombor saya. Risau saya mati merindu.”

TUT!

Terus Aeriq matikan panggilan. Safa ketawa jahat. Mati merindu? Haha… Safa cuma risau dia hilang punca kewangan. Dia perlukan Aeriq, at least sampai dia graduate.

“SAFA! Ke sini, sinilah kejap!”

Safa toleh. Dia baru saja selesai berjumpa dengan salah seorang profesor berkenaan tugasan. Lisa menghampiri dengan langkah laju.

“Berita hot! Berita hot, Safa. Awak mesti tak percaya dengar yang ni.”

“Apa lagi berita yang awak bawa ni, Lisa?”

Lisa ni dah macam surat khabar bergerak di kampus, semua gosip-gosip yang bertebaran, tak kira cerita basi ke atau cerita yang baru meletup, mesti dia tahu.

“Bakal isteri Aeriq, Safa! Ni… ada maklumat sahih yang kata bakal isteri Aeriq satu fakulti dengan kita. Wow! Best tak best? Awak rasa, siapa gadis yang bertuah tu ye?”

Safa terkedu. Eh… kenapa jadi lagu tu pula? Tak! Bukan kerja dia. Dia tak buat. Aeriq ke? Mustahil! Aeriq takkan bertindak sejauh itu. Lelaki itu jenis terlalu jaga reputasi. Tengok je wanita-wanita yang dikaitkan dengan Aeriq. Semuanya top maintenance, terkenal. Dengan Safa? Aeriq pasti rasa mahu bunuh diri!

Safa jadi tak senang duduk. Fikirkan siapalah yang bocorkan maklumat itu. Pasti di kalangan keluarga sahaja. Kerana hanya mereka tahu. Mama? Atau Ami?

Usai kuliah terakhir, Safa bergegas keluar dari bilik kuliah. Buka langkah besar-besar sambil mata meliar. Dia risau. Jika rahsianya terbongkar, bagaimana dengan keselamatannya? Bukan sedikit peminat Aeriq di situ. Safa mulai fikir macam-macam. Banyak kes berlaku sekarang disebabkan cemburu.

Keluar saja dari gerbang utama, langkah Safa semakin laju. Sebuah kereta tiba-tiba membunyikan hon di belakang Safa. Semakin laju langkah Safa. Tidak berani toleh. Jantung mengepam laju.

Ton! Ton!

Ya ampun! Kereta tu dah kenapa? Dia berada di laluan pejalan kaki pula. Safa mulai panik bila sedar kereta bercermin gelap itu terus mengekorinya. Matilah dia kali ini. Pasti nak menculik. Ini semua pasti sebab Aeriq Zayyan!

Safa pandang kiri kanan. Sunyi sepi. Tubuh mulai berpeluh sejuk. Kereta di belakang pula semakin rancak bunyikan hon. Safa mulai gelabah. Tak fikir panjang dia terus pecut. Nasib baik dia pakai sneakers.

“Hoi! Tunggu!!!”

Eh, penculik apa macam tu? Siap minta tunggu. Mimpi! Safa pecut selajunya. Berpeluh-peluh. Kebas kaki belakang kira. Yang penting dia tak mati dikerat 12 pieces. Ngeri!

“Safa Alayna, berhenti!!!”

Eh?

Macam kereta lumba tiba-tiba tarik hand brake, Safa brek mengejut lalu pusingkan badan.

BUK!

Badan Safa dirempuh kuat dari arah belakang. Dan apa yang berlaku selepas itu bagaikan mimpi. Macam scene klise dalam short C-drama. Entah dari mana jatuhnya Mr hot and spicy tu, dari langit kot, tindih tubuh Safa yang sudah terlentang atas rumput, wajah begitu hampir hingga hujung hidung bertembung dan paling sadis, kedua-dua tangan lebar itu melekap kemas di dada Safa.

Empat pasang mata yang sedang bertaut itu terus terbelalak. Terpegun!

Bab terakhir untuk BACAAN PERCUMA ya. Bab seterusnya kena buka guna koin. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki pada yang sudi baca dan untuk kita semua juga??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience