2. Tangguh

Romantic Comedy Series 371

“Eh, Datin…’”

“Eh, apa pula panggil Datin ni Ida? Panggil Ros sudahlah.”

Wajah ketat mama seratus peratus berubah, terganti wajah terpaling mesra alam.

“Yelah, Ros. Ni hah, kenapalah tak bagitahu nak datang? Boleh buat persediaan sikit.”

“Eh, takpe. Kebetulan Aeriq pun tengah free, saya ajaklah ke sini. Tadi jumpa suami kamu kat luar, dia suruh kami masuk je. Maaflah kalau dah buat kamu berdua terkejut...”

“Oh, macam tu ke? Takpe, takde hal. Ni, dah makan ke belum? Kalau belum jemputlah. Tapi lauknya takdelah istimewa sangat.”

“Eh, takpe… dah makan dah.”

“Betul? Kalau macam tu kita ke ruang tamu jelah. Kebetulan kami pun baru je selesai makan.”

Safa mengesot, mendekati mama. Cuba berselindung. Wajah pucat. Tuhan… kata-katanya tadi… janganlah didengar oleh tetamu yang muncul tak diundang itu. Terutama Mr Prince Charming maha bongkak itu. Safa curi pandang ke arah jejaka yang berdiri di samping Ami, gelaran Aeriq untuk ibunya. Aeriq senyum kepada mama, tapi mukanya tak mesra langsung. Macam terpaksa je.

Mama sikit pun tak perasan bertapa tak mesra alamnya bakal menantu pujaan hatinya itu. Mama siap pandang Aeriq macam sedang berdepan dengan pelakon lelaki c-drama pujaannya, Zhang Linghe. Tak berkelip. Mata bersinar terang. Wajah mama jelas memuja, mengagumi. Tak sembunyi langsung.

“Dapur ni sempit, tak sesuai nak berbual. Jom, jom…” ajak mama lagi.

Safa putar tubuh, tayang belakang ketika mama bergerak, membawa tetamu-tetamu yang tak diundang itu ke ruang depan. Perlahan, Safa mulai jalan ketam ke pintu dapur dengan harapan tiada yang sedar dia tak mengekori mereka. Safa sudah rancang dalam kepala. Dia mahu keluar ikut pintu dapur. Pusing satu rumah, masuk ikut pintu depan dan terus menyelinap masuk bilik.

“Safa Alayna!”

Argh, dem!

Langkah Safa terus mati. Mahu tak mahu Safa putar tubuh. Ah, dia kena layan lelaki itu baik-baik. Demi masa depannya.

Mata Aeriq terpicing sinis. Bibir melengkung senget. Tengok Safa atas bawah dengan riak wajah yang jelas penuh rasa jelek. Kening hampir bercantum.

Oh dear Ami…. kenapa perempuan ini yang Ami pilih? Beribu perempuan masih bujang di Malaysia Ami… kenapa harus dia?

Tengoklah penampilan perempuan pilihan Ami ni. Gaun putih besar ala granny-granny zaman klasik British, rambut hitam panjang yang berombak halus, digulung cincai dan sanggul tinggi atas kepala, berselirat jelas tak kena sikat, cermin mata bulat yang hampir sebesar mukanya, sebijik macam karakter Edna Mode dalam animasi The Incredibles, lepas tu mungkin skru dah longgar kerana balik-balik senget kedudukannya.

Oh tuhan… apa dosa masa lampaunya sehingga dia dijodohkan dengan perempuan ini?

“K-Kenapa tengok saya macam tu? Jangan cakap awak dah jatuh cinta dengan saya pula!”

Aeriq terus nganga. Hampir pitam. Oh dear… and where did she get that confidence?

“You’ve got a death wish?” Dan nada itu bukan bergurau.

Safa sengih tayang gusi. Tak takut langsung. “Tak, takkanlah saya sanggup nak anugerahkan jejak hot rebutan satu Malaya ni dengan title duda berhias pula kan.” Berakhir dengan tawa menjengkelkan.

Damn! Aeriq ketap rahang. Tercabar dengan keselambaan Safa.

“Look at yourself, Safa. Nak berangan pun kena tengok cermin dulu. You can’t seriously believe we’re actually going to get married.”

Safa jongket bahu. Wajah yakin. “Pernah dengar ungkapan, jodoh maut tu semua di tangan tuhan?”

Aeriq ketawa sinis. “Nonsense. Tu semua untuk budak hingusan macam awak.”

“Jangan main dengan Allah, Aeriq. Kalau memang dah tertulis kita akan jadi suami isteri, tiada siapa mampu halang. Ni bukan kata-kata budak hingusan. Fact! Jika Allah menghendaki, Kun fayakun, maka jadilah ia."

Aeriq terkelu. Jeda beberapa saat. Buang wajah. Nafas diatur kembali. Damn! She's got a way with words.

“Dengar sini, Safa. Saya setuju tanggung semua kos pengajian awak but that doesn’t mean saya setuju kahwin dengan awak. Having a child with you? Mengarut!”

“Wow!” Safa ketawa sinis. Tak terasa langsung dengan kata-kata berbaur ejekan, juga riak wajah yang jelas jelek dengannya itu. “Well, Aeriq… saya anggap itu sebagai janji awak dan saya akan pegang kata-kata awak tu.”

Aeriq lontar renungan dingin. Bibirnya berkerut sinis. “Good. So, Safa... stop embarrassing yourself in front of your mum.”

Safa tunjuk muka sendiri. “Saya? What did I do?”

“Talking nonsense again and the deal is off. Cabar saya, Safa!”

Safa sengih senget. Oh, dia marah. Pasal beranak tiap-tiap tahun tu ke? Saja je dia cakap macam tu dengan mama tadi. Manalah dia tahu tuan badan akan muncul tiba-tiba. Ingat dia kemaruk dengan Mat Romeo tu? Takkanlah…

“I’m not talking nonsense, just stating the fact.”

She’s what?! Bulat mata Aeriq pandang wajah konfiden level maha guru Safa. Stating the fact katanya?

“Dia macam rezeki depan mata tau. I mean, ada ke manusia normal tolak rezeki? Tak ada! Awak jangan terpengaruh dengan cerita drama atau novel, kahwin tanpa cinta lepas tu boleh pula tak buat hubungan intim bertahun-tahun. Realitinya, dah halal, tidur sebilik, sekatil… awak nak pandang je sambil telan air liur? Can you even do that?”

Aeriq terdiam sejenak. Berfikir. Well… diam-diam mata mengerling ke arah Safa. Dia lelaki normal… kalau dah halal, confirm dia ratah sampai puas. Eh?! Aeriq cepat-cepat buang wajah. Apa dia fikir ni? Cis! Tak guna perempuan ni. Bijak memanipulasi otak!

"Talking to you is like lowering myself to your level."

“Hey! Awak jangan pandang rendah pada saya ek! Apa awak ingat semua perempuan kemaruk dengan awak ke? For now, nak tak tak kita kena berkerjasama. Saya tak nak masa depan saya rosak kerana awak dan mama, dan saya tahu awak juga tak nak Ami terusan ugut awak. So? Just go along with it, my dear husband-to-be. Come on, it’s not that hard to put on a little act, is it?”

Aeriq ketap rahang. God, kenapa setiap kata-kata Safa sangat mengena hingga sukar disangkal? She’s just nineteen! Dan dia 29 tahun, tinggal beberapa bulan lagi dah naik pangkat ke kepala tiga. Dia lebih dulu lihat dunia, lebih dulu rasa manis, masam, masin, pahit dan pedas. Kenapa dia rasa berhadapan dengan Safa sebijik macam berhadapan dengan Ami? Setiap kata-kata yang keluar dari mulut dua wanita itu terlalu sukar untuk disangkal. Urgh, bikin panas!

“Aeriq? Oh, kat sini rupanya. Puas Ami cari.”

Datin Roslaila a.k.a Ami (mummy) kepada Aeriq Zayyan muncul dari arah ruang tamu, dan di sisinya, Puan Sahidah, mama Safalah tu. Tersengih-sengih. Wajah keduanya jelas tersangat bahagia. Sudah tentulah mereka berdua terpaling gembira bila lihat Aeriq dan Safa berdua-duaan di dapur.

Macam mana perjodohan itu boleh terjadi? Semuanya kerana pertemuan tak disangka dalam sebuah kenduri kahwin anak seorang teman lama. Majlis yang dah macam tempat reunion generasi lewat 70an. Dua teman rapat yang hilang khabar bertahun-tahun lamanya akhirnya bersua kembali. Dan terus timbul idea gila konon nak realisasikan impian masa remaja mereka.

“La, Aeriq dengan Safa rupanya. Eloklah tu. Korang berdua ni kena luangkan masa untuk kenal hati budi masing-masing. Apa orang kata? Tak kenal maka tak cinta. Betul tak Ros?”

Safa jeling mama yang sedang tersengih-sengih. Kemain beria! Belum apa-apa, dah jadi ejen pemasaran tak bertauliah si nujum Pak Belalang. Kalau boleh, dibuatnya persidangan di dewan kampung umumkan bakal menantu sekali.

“Hah, betullah tu Ida. Aeriq ni, depan saya je beria-ia menolak, tapi tengoklah… langsung tak menyempat bila Safa ada.”

Kembang telinga Aeriq dengar kata-kata Ami. Am what?! Tak menyempat katanya?

“Biasalah tu Ros, orang muda, hehe… tapi…” Mama diam sejenak. Kerut di wajahnya buat Safa sedikit risau. Argh, mama! Jangan macam-macam.

“Saya tak berapa setujulah dengan usul awak tadi. Apa kata kita nikahkan dorang dulu sebelum Safa masuk U? Perkara baik, lebih elok kita cepatkan.”

“Nooo!!!” hampir serentak Safa dan Aeriq jerit. Ami dan mama berpandangan.

“No?” Ami pandang Aeriq dengan tajam. Matanya sedikit mencerlung. “What’s that supposed to mean, Aeriq?”

Aeriq terkedu. What’s that supposed to mean? Ami faham tapi buat tak faham. Jelas sedang mengugut, menekannya secara psikologi. Dia jeling berang ke sisi. Safa! Tak semena-mena Aeriq senggol lengan Safa. Ni semua idea perempuan tu kan, so… biar dia buang je semuanya ke Safa. Kata orang, sharing is caring.

Safa terpinga. Jeling Aeriq. Wajah kelat.

“Safa?” Mama sampuk. Wajahnya jelas menahan berang.

“I mean…” Safa akhirnya bersuara dan entah mengapa, dengan timbulnya suara perempuan itu, Aeriq terus rasa lega.

“Belajar ni perlukan fokus seratus peratus. Kena ulang kaji, siapkan assignment tak kira siang atau malam. Saya bakal isteri pewaris SZA Global, mama. Syarikat terkenal di seluruh negara. Kalau setakat CGPA 3.0, saya bakal jadi bahan lawak dan kredibiliti bakal suami saya juga pasti dipersoalkan nanti. Itu satu. Kedua…” Safa berhenti sekejap, jeling Aeriq bersama sengih jahat. Ah, senyuman itu langsung tak menyenangkan. Aeriq mulai rasa tak sedap hati.

“Saya tak nak tanggung dosa sebab tak mampu layan suami dengan baik kerana terbeban dengan tugasan seorang pelajar nanti. Bayangkan…” Safa hayun dua-dua tangannya ke udara sambil dongak, mimik muka terpaling drama seolah-olah sedang melihat masa depan yang penuh penderitaan. “Darah muda mama. Tiap-tiap malam mesti suami saya ‘nak’ dan saya tak mampu bagi. Bukankah itu sudah jadi satu dosa seorang isteri?”

Hampir tertonggeng Aeriq dengar. Terus terbatuk keras. Kuping telinga bertukar warna. Merah berbahang. Perempuan ni… dasar tak tahu malu! Benda-benda macam tu dia boleh cakap lepas je tanpa rasa segan?

Mama dan Ami terus berpandangan. Masing-masing ukir senyum bermakna.

“Bagus juga idea awak tu, Ida. Lagi cepat mereka ni kahwin lagi bagus.” Senyum di wajah Ami semakin mekar. Dalam minda sudah membayangkan wajah-wajah comel gabungan mantap bakanya dan teman baiknya itu. Pasti meletup!

Sudah lama dia impikan rumah yang meriah dengan suara kanak-kanak. Kalau bukan kerana masalah rahim, Aeriq pasti punya ramai adik beradik. Aeriq tu pun satu keajaiban setelah puas mereka berikhtiar.

“Kan, Ros?” Mama jawab, tersenyum-senyum.

“Tentang masalah yang Safa katakan tu, memang tak mustahil berlaku.” Ami terus pandang Aeriq, bebola mata naik turun, tengok Aeriq dari atas ke bawah. Anak terunanya bertubuh sasa, sihat dan kuat. Oh, tak dapat dia bayangkan bagaimana Safa nak hadap tiap-tiap malam.

“Jangan risau Safa, Ami akan nasihatkan Aeriq. Lepas korang kahwin nanti, jangan berhabis. Aeriq, kawal sikit. Ingat, Safa kena belajar.”

Aeriq jeling Safa. Jelingan yang membunuh. Penuh bara. Tengoklah kehebatan perempuan ni mencemarkan otak Ami. Dan dia-dialah yang jadi watak antagonis. Perempuan itu konon terpaling mangsa.

Safa hampir tepuk dahi. Kenapa jadi lagu ni? Dia cuma mahu cipta alasan logik untuk menolak usul kahwin dulu baru masuk U tu.

“Macam nilah, Ami… mama…” Safa gosok pelipis, cuba kerah idea terpaling bernas. “Saya dan bincang dengan Aeriq mengenai hal ni dan kami berdua dah setuju. Kami akan kahwin lepas saya graduate.”

Aeriq bulatkan mata. What? Yakinnya minah ni! Bila masa mereka bincangkan hal tu dan bila masa dia setuju nak kahwin dengan perempuan tu?

“Safa, mama tak setuju.”

“Mama, please… demi kesejahteraan minda saya yang bakal jadi mahasiswi ni, keputusan adalah muktamad. Kami akan kahwin lepas saya graduate…” Safa mendekati mama, lalu bisik perlahan, “… or lupakan niat mama nak bermenantukan Aeriq Zayyan.”

Mama pandang berang. Matanya bulat menyala. “Kamu…”

“Thank you mama!” Safa terus peluk mama erat-erat. “Mamalah yang paling memahami di dunia ni. I love you so much, mama!”

Mama terus terkedu. Safa lepaskan perlukan lalu memandang Ami dengan senyum manja. “Mama setuju, Ami. Hal kahwin akan dibincangkan semula lepas saya graduate nanti. Mama pun nak tengok saya genggam segulung ijazah macam abang dan kakak saya.”

Mama kemam bibir, langsung tak mampu membalas. Kurang asam punya anak! Bijak sungguh memerangkap ibu sendiri. Kalau dia terus berkeras, nanti nampak pula dia macam ibu yang pilih kasih. Semua anak lain diberi peluang menjejak kaki ke menara gading, tetapi si bongsu pula dipaksa kahwin awal. Memang itu yang Safa sengaja mahu dia fikirkan. Cis! Bertuah punya anak. Sekali dia bagi, terus terduduk ibu sendiri, tersepit dalam dilema.

“That’s right, Ami. Betul kata Safa. Hal kahwin kita bincang kemudian.”

Baaa…ru kedengaran suara emas jejaka pujaan Malaya itu. Safa jeling. Aeriq punya sengih, hampir sampai telinga.

“Hmmm… yelah kalau itu yang kamu berdua nak.” Nada Ami hampir ke arah putus asa. Nampaknya lama lagilah dia nak timang cucu.

Citernya gini... I mmg nak siapkan cite Bekas Suami tu, susun plot cantik² untuk bab² terakhir, sungguh² I susun, last² lain kejadian? Accidentally, a new baby was born?? haih... guess I got lost with that story?. Feelingnya x sampai² lg you. sorry yg masih setia menunggu. While I'm waiting for the mood yg dah hampir setahun x smpi² lg, I present to you my new story. Idea spontan, bahasa spontan? Hope you enjoy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience