Series
371
Percaturan Safa nyata tak sia-sia. Setelah menunggu hampir sebulan, akhirnya dia dapat surat tawaran dari salah satu universiti terkemuka tanah air. Melonjak-lonjak atas katil ketika dia baca surat tawaran di alam maya itu.
Safa terus telefon Lisa, teman baiknya. Mereka sama-sama mengisi permohonan. Universiti yang dipilih sama, begitu juga dengan kursus pengajian.
“Lisa!”
“Safa… don’t tell me you also got the Admission Letter!”
“Yes!!!”
Dua-dua jerit bak kesurupan. Safa hempas tubuh atas katil, bergolek-golek, terjerit-jerit macam baru disengat tebuan.
Setelah panggilan ditamatkan, Safa baring melentang. Tengok siling. Berfikir hampir lima minit sebelum dail nombor seseorang. Nafas ditarik panjang, seolah sedang cuba kumpul kekuatan. Tunggu. Panggilan tak disambut. Okay, masih boleh diterima. Sekurang-kurangnya orang tu tak rejek panggilan. Safa dail, sekali lagi. Selepas lima kali dering, panggilan akhirnya disambut.
"What?!" Mak ai, kasarnya!
"Saya dapat tawaran."
"So, should I celebrate?" Sinis.
Safa ketap rahang. Sabarlah duhai Safa.
"Awak janji akan tanggung semua kos pengajian saya."
"And you think I am suffering from dementia?"
Argh, lelaki ni kan... betul-betul mencabar kesabaran. Safa cuba berbaik, cakap elok-elok. Bukan nak cari gaduh. Tapi cara lelaki tu jawab, betul-betul mengundang.
"So, semua perbelanjaan nanti saya akan..."
"Just forward the bill to me. Tak payah call kalau takde hal penting. Awak dah buang masa saya!"
Belum sempat Safa jawab, panggilan dimatikan. Safa melompat duduk. Nafas kasar. Dada naik turun dengan laju. Tak guna punya jantan! Ingat dia terhegeh sangat nak call? Eiii! Geramnya...
Safa punya level geram, sampai bantal dibelasah, Safa tumbuk berulang kali. Kalau saja Aeriq Zayyan ada di depannya, Safa takkan diam. Dua ulas bibir made in hell tu akan dia tangkap, sepit dengan jari kemudian dia pulas-pulas sampai bengkak, biar hasilnya sebiji macam bibir artis Hollywood yang terlebih suntik Botox.
Mama bantah keras ketika Safa luah niat mahu menyewa. Memanglah ada kemudahan hostel, tetapi cuma untuk semester pertama sahaja dan hanya pelajar luar kawasan sahaja layak memohon.
Safa dikira masih berada di dalam kawasan walaupun rumahnya agak jauh dari pusat pengajian itu. Tapi, kalau kira kos pengangkutan setiap hari ulang alik, masa lagi, hari-hari kena rushing, hadap jem, macam-macam… payah!
Puas Safa terangkan, akhirnya mama mengalah. Mama juga ada sentuh soal bil. Menyewa kena pakai banyak duit. Safa senyum je. Sebab semua bil Safa fowardkan terus ke WhatsApp Aeriq Zayyan. Mereka berdua tak berhubung, apalagi bersua muka. Cuma hari tu je, Safa terpaksa call. Cukuplah sekali. Aeriq tak cari, senyap je. Safa pun buat dek jelah.
Yang bestnya, Aeriq terus settlekan semua bayaran tanpa banyak bunyi. Deposit sewa rumah selama tiga bulan pun Aeriq bayar tanpa tanya. Safa sengih sampai telinga. Terasa macam dia simpan sugar daddylah pulak. Tapi versi ni cantik sikit, tak demand. Senyap dan akur je.
“Safa! Safaaa!”
Lisa jerit macam terlebih telan pil khayal. Terujanya lain macam. Safa matikan langkah. Dia masih sedang cuba ingat selok belok bangunan, kedudukan fakulti-fakulti di situ. Kacau betullah Lisa ni.
“Safaaa!”
“Apa dia Lisa?!”
“Awak ada tengok tak senarai pelajar baru kat information board?”
“Saya takde masa.”
“Ethan Izzat… he’s here too.”
Safa tersentak. Jantung mengepam laju. Hampir terlepas map di tangan.
“E-Ethan?”
“Dialah tu, crush awak dari sekolah rendah ke menengah dan sekarang naik taraf ke U. Korang ni memang jodoh kuat eh?”
Betul ke jodoh mereka kuat? Masalahnya… Ethan tu tak pandang dia langsung. Sejak sekolah rendah. Entah lelaki tu perasan ke tak kewujudan Safa.
“Eh?! Tu… Safa, kat sana tu. Itu Ethan Izzat kan?!”
Deg!
Macam mahu melompat keluar jantung Safa dengar. Laju dia toleh. Ethan… mana? Mana?
“Eh?!” Wajah Safa berubah. Penuh kerutan.
“Bukan Ethanlah. Siapa jejaka handsome bersut lengkap tu? Pensyarah ke? Ah… kacaknya!”
Mata Safa membulat. Mulut nganga. Terus angkat tangan, konon nak cover muka.
“Ahhh! Itu Aeriq Zayyan kan?!” Suara gadis menjerit.
Suasana mulai riuh. Gadis-gadis berhampiran berkerumun. Safa hanya terpaku. Mata tak berkelip.
Semakin dekat langkah Aeriq Zayyan, semakin Safa tak keruan walaupun jelas lelaki itu langsung tak perasan, tak peduli pun keadaan persekitarannya.
Safa tarik tangan Lisa, mengajaknya cepat-cepat blah dari situ.
“Ehhh… kejaplah, masih ada satu jam sebelum kuliah. Bagilah saya tengok lelama sikit jejaka hot pujaan satu Malaya tu dulu.”
“Awak tak nak pergi saya tinggal!” Ugut Safa.
“Ishhh… awak ni pehal Safa? Takkan tak kenal siapa Aeriq Zayyan tu? Lelaki hot, kaya, kacak! Kira dah cukup bertuah dapat bertentang mata dengan Aeriq tau.”
Bertuah? Oh tidak! Safa menolak! Tak mahu. Biarlah dia tak bertuah. Yang paling Safa tak nak ketika itu ialah bertembung, apalagi terbertentang mata dengan lelaki itu.
“Kenapa Aeriq Zayyan ada kat sini eh?”
“Fakulti Pengurusan dan Perniagaan anjurkan seminar hari ni. Saya dengar Aeriq Zayyan ialah salah seorang penceramah jemputan.”
Sempat lagi Safa dengar beberapa gadis di belakangnya berbual-bual. Safa hela nafas lega. Fakulti pengurusan Perniagaan terletak jauh dari dewan kuliahnya. Jadi kemungkinan untuk mereka bertembung nanti adalah zero. Safa sengih lebar.
Tamat kuliah terakhir, Lisa terus ajak Safa ke kafeteria sebelum mereka balik. Kafeteria utama buka sampai malam. Alasan Lisa dia lapar tapi Safa cukup kenal dengan Lisa, memang jenis liat ke dapur. Masak Maggi pun tak larat.
Tengah tunggu Lisa siap makan, tiba-tiba lengan Safa disenggol oleh Lisa.
“Safa! Safaaa!” terover excited nadanya.
Safa sedang memerhati sepasang kekasih ketika itu, begitu khusyuk hingga matanya tak beralih lagi. Terkejut beruk bila disenggol oleh Lisa.
“Safaaa! Tu! Tuuu!” Muncung Lisa terarah ke pintu masuk.
“Apa dia?” Safa tekan suara, geram diganggu.
“Tuuu! Tengok tu!”
Safa toleh ke arah pintu. Sontak tubuh menegak. Jantung berdegup laju.
“E-Ethan…” bisik Safa, luar sedar.
Matanya terpaku, tak berkelip. Nafas berubah kencang. Crush sejak zaman sekolah rendah tu, gila tak menggelabah.
“My god! Why oh why Ethan semakin kacak sekarang? Safa!” Bahu Safa disenggol oleh Lisa. Kaku je teman sorang ni, macam mannequin barusan kena serang stroke. “Kau okay tak ni? Jangan pengsan dan buat malu kaum perempuan pulak.”
Safa senyum, tetapi senyumnya senget dan kekok. Kurang asam! Dia kena bertenang. Lisa nampak kegagapan Safa. Sengih Lisa melebar. Sinar matanya berubah nakal.
“Ethan Izzat!!! Sini!” Suara Lisa bergema satu kafeteria. Ethan Izzat yang sedang melangkah menghampiri kaunter lauk pauk terus mematikan langkah dan toleh ke arah mereka berdua.
Wajah Safa terus bertukar warna. Ya Allah! Macam kura-kura dia pendekkan leher, tak tahu nak sembunyikan wajah kat mana dah.
Ethan kerut kening. Seolah sedang cuba mengingat. Riak wajahnya cukup jelas, tak kenal pun mereka berdua tapi Lisa si tak tahu malu itu terus memanggil, sungguh-sungguh pula tu.
“Sinilah kejap, Ethan!” Lisa siap melambai-lambai seolah mereka kenal rapat.
Safa makin tak keruan. Malunya. Bukan saja malu dengan Ethan tapi juga perangai Lisa yang tak pandai baca air muka orang atau memang jenis tubal, buat tak faham. Siapa yang siap warning tadi supaya jangan bagi malu kaum perempuan tu hah?!
“Lisa, stop. Tak malu ke orang tengok?” Safa cuba melarang sambil tertunduk-tunduk, sembunyikan wajah. Dia malu. Ada beberapa pasang mata memandang mereka kerana jeritan Lisa.
“Hah, tulah pasal sampai sekarang awak masih single mingle Safa. Buat jeruk jelah perasaan awak tu. Ni… malu tu tak bawa awak ke mana tau. Orang yang tak tau malulah yang lebih cepat berjaya berbanding orang yang asyik fikir pasal malu.”
“Tak tahu malu pun kena ada had, Lisa. Tak nampak ke semua orang tengok?” Safa hampir bisik, tapi suaranya ditekan tegas.
Lisa sengih. Kebal betul. “Watch me, Safa.”
Lisa tiba-tiba berdiri. “Ethan Izzat!”
Ya Allah! Tak putus asa lagi minah ni. Sikit lagi Safa hampir mahu menyorok di bawah meja kalau saja Ethan tidak memandang ke arah mereka. Malu bukan kepalang. Ethan masih terpaku. Memandang Lisa dengan kening berkerut.
“Tak kenal ke? Kita schoolmate masa sekolah rendah, Ethan.”
Air muka Ethan berubah. Seolah mulai teringat sesuatu. Akhirnya, dia atur langkah, menghampiri. Dan setiap derap kasut Ethan bagaikan hentakan bertalu-talu pada dada Safa. Semakin hampir Ethan datang, semakin laju degupan jantungnya. Nafas Safa terasa sesak, seolah paru-parunya tiba-tiba terlupa cara untuk berfungsi.
Ethan Izzat berdiri di hadapan mereka berdua, pandang silih berganti wajah Lisa dan Safa. Lisa tersengih-sengih. Manakala Safa hanya tunduk, tak berani angkat wajah.
“We know each other?” tanya Ethan, sopan.
Safa tahan nafas. Mak ai, suara jejaka tu je pun dah terlalu merdu di pendengaran, risau pula kalau sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
“Tak ingat ke? Kita satu kelas masa sekolah rendah, saya Qarlisa dan yang ni Safa Alayna. Masa sekolah menengah kelas kita bertentangan. Dan kita juga satu kelab dulu, kelab catur.” Sungguh-sungguh Lisa terangkan.
Dahi Ethan berkerut halus. Cuba mengingat. Safa curi-curi kerling. Ah, ketua pengawas mereka dulu yang sangat terkenal tu mana mungkin ingat mereka berdua. Dahlah tiada rupa, tiada pencapaian lagi.
“Er…” Ethan teragak-agak mahu kata. Wajah kosong, tiada idea langsung siapa mereka berdua.
Safa tendang kaki Lisa di bawah meja. Mata dibesarkan, nak bagi warning supaya Lisa berhenti cakap, buat malu je.
“Awak tak ingat?” Nampak sangat Lisa terus mengasak, nak paksa Ethan ingatlah tu. “Takpelah kalau tak ingat. Ni… Safa Alayna ni… ingat tak?”
Ya Allah minah sorang ni kan! Siap tepuk-tepuk bahu Safa, macam tengah promosi barang jualan berdiskaun je gaya Lisa.
“Safa… Alayna?”
Safa dongak. Pandangan mereka bertaut. Agak lama.
“Hi, Ethan. Sayalah tu… Safa Alayna.” Keluar terus suara terpaling lemah lembut di alam semesta.
Astaga! Lisa dah geli-gelaman, macam mahu hempas muka di meja. Tadi kemain Safa senggol-senggol suruh dia berhenti, tengoklah gaya Safa bila Ethan dah berdiri depan mata.
“Safa Alayna… I remember you.”
Oh dear! Hampir Safa pegang dada, risau jantungnya melompat keluar. So selama ini… Ethan perasaan kewujudannya?
“Awak student yang selalu kena denda berdiri di luar kelas tu kan?”
Itu je Ethan ingat? Kurang asam! Tak tahu ke Safa paling nantikan saat guru paling garang di sekolah dulu masuk, buat silap sikit pasti kena denda. Safa paling gemar saat itu. Saat di mana dia berdiri di luar kelas dan boleh tengok sepuasnya kelas Ethan yang bertentangan dengan kelasnya. Hanya tengok kelas je pun, Safa dah puas hati sangat. Itu mungkin perkara paling bodoh dia pernah buat dulu.
“Er… saya ke tu? Dah lama, saya pun dah lupa.” Terus tersekat-sekat suara Safa.
“Eh, takkanlah… awak salah orang kot?Safa ni budak baik dulu.” Lisa sampuk, sengih beruk. Hujung bibir Safa biut. Lisa! Jangan buat malu kumpulan, boleh tak?!
Ethan hanya senyum tipis. “Oh,” kemudian dia pandang sekeliling. “Saya ada hal ni. Nak tapau makanan je. Saya minta diri dulu ya.”
“Baiklah, lepas ni kalau terserempak tegur-tegurlah kitorang ni ye.”
Safa pandang ke arah lain. Berbahang telinga dengar kata-kata Lisa. Ethan angguk perlahan, senyum pendek dan terus berlalu.
“Awak dah gila ke Lisa?!” Safa terus menempelak selepas Ethan pergi.
“Rilekslah. Tengok, Ethan akhirnya bercakap dengan awak kan? Bukan satu perkembangan baik ke tu?”
Safa terdiam. Betul juga. Ethan berdiri dekat, mereka saling bertatapan. Hati Safa berbunga-bunga bila terkenang pertemuan tadi.
“Tengok tu… pipi awak dah merah, Safa. Malulah tu teringat-ingat wajah tampan Ethan tadi.”
“Dah, cepatlah makan. Nanti lewat pula kita balik.” Cepat-cepat Safa jawab, tak nak biarkan Lisa semakin melalut-lalut kenakan dia.
Lisa cebik. Saki baki nasi goreng kampung cili padi dengan telur mata cepat-cepat dihabiskan. Melihat pinggan Lisa sudah licin, Safa angkat punggung, tak nak banyak buang masa di situ.
“Hey, tunggulah!” Terkocoh-kocoh Lisa kejar langkah laju dan besar Safa.
Termengah-mengah Lisa. Dahlah baru siap makan. Dengan wajah geram, Lisa jerit, “Safa! Ethan datang balik!”
“Mana?! Mana?!” Safa toleh laju.
BAK!
Safa terlanggar seseorang. Wajah berkerut menahan sakit. Gila! Macam langgar Tembok China.
“Mr Aeriq, are you okay?”
The hell!
Safa telan ludah. Bulu roma menegak sebaik sahaja sebaris nama itu menusuk pendengaran. Wajah tunduk. Perlahan dia undur, bak penari traditional mahu tutup persembahan.
“You… “
Pergerakan Safa mati mendadak. Pantasnya lelaki itu. Sekelip mata, sudah begitu hampir dengannya. Nafas Safa bagai tersangkut di leher. Suara itu terlalu dekat, hingga kuping telinga terasa hangat.
“Being a student doesn’t give you the freedom to do whatever you want, Safa. Eyes are everywhere. So, watch your every move.”
Glup!
Share this novel