Series
371
“Cik nak order sekarang?”
Seorang pelayan wanita menghampiri sebuah meja. Senyum manis sambil hulur menu kepada seorang gadis yang sudah hampir lima belas minit duduk di situ, seorang diri, diam memerhati setiap manusia yang lalu lalang. Entah apalah yang menarik perhatiannya, begitu tekun dia perhati.
“Cik?” Pelayan restoran itu bersuara lagi. Lebih kuat. Lebih jelas.
Gadis itu tersentak. Sempat terpinga sekejap. Mata kelip-kelip, beberapa kali. “Oh, maaf… maaf. Apa dia tadi? Nama eh? Oh, saya Safa Alayna, umur 19 tahun. Sekarang tengah menganggur, tapi tak bercadang nak tanam anggur takde hasil tu lama-lama, saya nak sambung belajar. Tapi…”
Kata-kata itu mati di situ.
Ya, dia Safa Alayna. Baru je tamat Matrikulasi. Sedang mengintai universiti tempatan. Dia sibuk mengintai peluang untuk sambung belajar, mama pula sibuk carikan dia jodoh. Dan gara-gara mama, dia berada di situ.
“Er… cik nak order sekarang?” Pelayan wanita itu senyum senget. Sikit lagi ke arah mengolok. Sabar… customer is always right. Itu yang selalu diulang-ulang oleh manager restoran.
“Oh, kejap…” Safa tarik menu, mata scan tiga saat, nampak kesungguhan dia memilih di situ, tapi kemudiannya dia pandang semula wajah si pelayan dan tanya, “Air sejuk ada?” lalu ukir senyum terpaling manis.
Pelayan wanita itu balas senyum. Tapi senyum itu senyum paksa. Menu ditarik kasar.
“Cik, air bening diberi percuma. Ada dua pilihan. Sejuk dan panas. Ada dekat penjuru tu.” Jelingan maut dilontar.
Oh, Safa kenal sangat maksud jelingan tu. Ingat dia tak berduit? Beg sandang LV original tapi second hand, dia beli masa live di TikTok terus dia letak atas meja. Wajah angkuh. Tak nak kalah. Bergegas pelayan wanita itu pergi. Ya, customer is always right. Jangan gaduh. Dia perlukan kerja.
“Maaf! Saya tak sengaja.”
Safa dengan pantas menoleh ke arah suara itu.
“Maaf? Baju saya dah basah. Kerosakan ni boleh dibaiki dengan kata maaf awak ke?”
“Saya tahu. Macam nilah, saya akan bayar ganti rugi. Berapa harga baju Encik?”
“Ganti rugi? This is a limited edition. There are only a few in the world. Awak nak bayar ganti rugi?”
“Er… maaf tanya, Encik ni siapa ya? Anak orang kenamaan ke?”
That’s it!
Safa tersengih. Matanya bersinar galak. Wajah ditopang. Interesting! Adegan yang jarang-jarang dilihat. Lebih menarik, ada juga wanita yang tidak mengenali siapa Aeriq Zayyan, lelaki tampan yang sedang berdiri penuh angkuh, ekspresi beku macam aisberg, tidak jauh dari mejanya itu.
Pewaris tunggal SZA Global, S-Supreme, Z-Zenith dan A-Assets. Sebuah konglomerat gergasi yang menguasai pelbagai industri. Hartanah, teknologi, pelaburan, tenaga hinggalah rangkaian hotel mewah. Bukan sekadar gah di Malaysia, malah mempunyai cawangan dan rakan strategik di beberapa negara Asia.
Pada usia yang masih muda, Aeriq berjaya membuktikan dirinya bukan sekadar anak orang kaya yang mewarisi empayar keluarga. Setiap projek yang dipimpin hampir pasti mencatat keuntungan luar biasa. Sentuh sahaja apa-apa perniagaan, nilainya akan melonjak. Mendapat gelaran "The Golden Successor" kerana ketajaman fikirannya dalam dunia korporat.
Ironinya, di luar pejabat, reputasi Aeriq jauh berbeza. Wajah tampan, ketinggian, bentuk tubuh yang sempurna dan gaya berpakaian eksklusif menjadikan dia buruan ramai wanita. Namanya kerap menghiasi ruangan hiburan, dikaitkan dengan model, pelakon dan pempengaruh media sosial. Namun tiada satu pun hubungan itu bertahan lama. Sebab itulah ramai melabelkannya sebagai seorang playboy kelas atasan. Lelaki yang memiliki segala-galanya, kecuali hati.
“I get it.” Angkuh nadanya. “Tahniah, awak berjaya tarik perhatian saya.”
Wow!
This is getting more and more interesting.
“Apa? Awak ni terencat akal ke?”
Hampir meletup tawa Safa dengar respons wanita itu. Bagus, jangan bagi muka pada lelaki berlagak tu.
“What did you say?”
“Saya cakap kalau sakit pergi hospital, jangan biar lama-lama.”
“Hey! You think you can get away just like that?!”
Malangnya, wanita itu tetap melenggang pergi. Tak toleh langsung. Safa senyum mengolok. Ada bangga. Ternyata masih wujud spesis perempuan yang tak goyah dengan Aeriq Zayyan. Matanya terusan mengiringi lelaki itu yang kini sudah mengambil tempat duduk. Wajah tampan itu kelat. Tarik tisu atas meja lalu mengelap kasar dadanya.
Safa perhati je ketika Aeriq Zayyan mengambil telefon bimbitnya dan membuat panggilan.
“Perempuan tu… make her life miserable! Buat dia dan keluarga dia hilang segala-galanya. Crossing my path was her first mistake. Being arrogant was her second."
Mata Safa membulat. Wow... jangan sesekali cari pasal dengan lelaki itu. Gelaran lelaki tanpa hati memang bukan diberi suka-suka. He truly lives up to his reputation.
Safa larikan mata. Tiada lagi yang menarik di situ. Tengok jam tangan. Sudah empat puluh minit berlalu. Pandang sekeliling. Jemari menari-nari di permukaan meja. Dah tak ada drama menarik ke? Yang tadi terlalu cepat endingnya, tak puas nak tengok.
TING!
Telefon bimbit Safa berdenting. Ada pesanan masuk.
~Where are you? You only have five minutes.~
Safa dongak. Senyum sinis. Five minutes? Dia dah tunggu hampir 40 minit terlebih dari masa yang dijanjikan. Now, why not orang tu yang tunggu dia pulak? Fair and square!
Tak sampai seminit, telefon Safa berdenting lagi.
~Are you coming or not? My time is very precious and you aren’t worth it!~
So rude! Baru beberapa minit tunggu, punggung dah bengkak berbisul ke? Safa bangun dari kerusi, orak langkah, menghampiri sebuah meja, di mana duduknya seorang jejaka kacak tapi muka beku kalah aisberg Kutub Selatan.
Lelaki itu dongak apabila terasa ada seseorang berdiri di depannya. Pupil matanya membesar.
“You are…”
“Hello, Aeriq Zayyan. Sayalah tu, calon isteri awak, Safa Alayna.”
Senyum manis diukir. Spek mata bingkai bulat yang senget dibetulkan. Aeriq pandang dengan mata besar. Naik turun bebola matanya, tengok Safa dari rambut ke kaki.
“Oh dear God… what is this? Amieee… you set me up with this kind of girl? Have you completely lost your mind?”
Nada berbisik, tapi jelas tertangkap oleh telinga kelawar Safa. Dan dia tak terasa. Malah, senyumnya tetap manis.
“I know, right?!” Suara ditekan. Dan tanpa pelawaan, Safa terus labuh punggung bertentangan dengan Aeriq. “Saya pun tak setuju dengan perjodohan yang dibuat oleh Ami awak dan mama saya.”
Aeriq jongket sebelah kening. Oh really?
“You see… awak ni umpama putera raja dambaan semua wanita tak kira usia, status ke-virgin-an, kedudukan kasta, er…” Sempat tergagap sekejap apabila tatapan Aeriq semakin dingin. “Pokoknya jadi rebutan semua kaum hawa di dunia ni. Dan ya, saya sedar diri. So… I’ve got a plan.”
Oh? Aeriq jongket sebelah kening. She’s got a plan. Why does it sound frightening instead of… interesting? Semakin senget hujung bibir Aeriq.
“Saya tak nak kahwin. Saya nak sambung belajar.”
Aeriq hempas tubuh di penyandar. Tangan bersilang kasar di dada.
“Sweetie, kalau Ami semudah itu, saya tak perlu buang masa jumpa awak!”
“Dan kalau mama benarkan saya sambung belajar instead of desak saya kahwin dengan prince charming macam awak, saya takkan ada kat sini! Satu lagi, nama saya Safa, S.a.f.a!” Siap eja. Wajah geli. Kembang bulu roma dengar gelaran yang diberi oleh Mat Romeo itu.
Tubuh Aeriq menegak. Matanya marak.
“Let’s be clear about this, Safa Alayna! Saya tak tahu ilmu apa yang mama awak tu guna sehingga Ami setuju dengan perjodohan ni. Me? Not a chance. As long as I’m alive, I’ll never marry you. Look at yourself. Did you honestly think your family could profit from this marriage? Keep dreaming.”
Safa tarik nafas. Dada berdentum. Jemari terkepal erat.
“Mr Aeriq Zayyan, dengar baik-baik. I said I’ve got a plan.” Nada masih datar. Ya, Safa masih mampu kawal kemarahan walaupun ya, hampir saja dia terkam lelaki itu dan tonyoh-tonyoh mulut angkuh itu dengan tisu satu kotak.
"A plan? Don't tell me a teenage girl thinks she can outsmart me."
“Pak cik! Saya tak pernah terfikir nak cabar kebijaksanaan awak! But trust me, this plan can save us from that stupid marriage for at least 3 ke 4 tahun!”
Aeriq hampir nganga. P-Pak cik… katanya?!
“Saya nak sambung belajar. Bukan nak kahwin. Tapi Mama tak benarkan. So, why not you try to persuade Ami? Cakaplah yang awak nak isteri awak berpelajaran, setaraf dengan awak. Anything that comes from your mum, my mum pasti setuju. So... kita boleh tangguhkan rancangan mereka itu untuk beberapa tahun.”
“Dan selepas itu? You think I’ll walk down the aisle with you?”
“God! Shut up, Aeriq! Awak ingat semua perempuan nak awak ke?”
Tak guna! Aeriq ketap rahang.
“Selepas tu… kita akan fikir kemudian.”
Aeriq ketawa sinis. Fikir kemudian? What a brilliant plan. Cakap dengan perempuan low IQ cuma buang masa je. Whatever! Aeriq bergegas angkat punggung. Seolah tidak sudi duduk berlama-lama di situ.
“Eh! Tunggu dulu Mr Aeriq Zayyan, a.k.a Mr Prince Charming a.k.a calon suamiku!” Safa senyum lebar, tapi sikit pun tak buat Aeriq rasa senang. Malah semakin terbakar.
“Saya belum habis cakap.”
“Plan bodoh awak tu, lupakan!”
Safa bagi senyuman paling sweet. “Plan bodoh tu yang akan menyelamatkan kita, Aeriq! Think about it. Saya kena belajar. Keluarga takkan desak kita kahwin cepat. Kalau saya tak buat macam ni, silap-silap bulan depan kita kena paksa kahwin.”
Pergerakan Aeriq mati. Tidak jadi mahu buka langkah. Genggam jemari. Ada betulnya kata-kata budak hingusan tu.
“But… I’ve got a little problem, Aeriq.”
Kening Aeriq terus terjongket tinggi. Ah, she’s got a problem. Cakap kemain yakin!
“Mama pasti akan halang. So, saya takde duit nak bayar pengajian nanti. Sebagai calon suami, awak kena tanggung semua kos pengajian saya. Takde hal kan? Awak kaya, saya miskin. Saya janji, bila dapat kerja nanti saya bayar pelan-pelan. Tanpa bunga. Anggap je awak sedang beramal pada masyarakat yang memerlukan.”
Aeriq pandang dingin. Wajah mengejek. “Awak nak belajar, tapi saya yang kena tanggung kos?”
“Anggap je saya buat loan dengan awak. Kalau awak tak setuju, saya mengadu pada Ami.”
“Awak ugut saya?” Nada itu dingin. Menakutkan.
“Takkanlah… siapa berani ugut Prince Charming kegilaan satu Malaya ni? It’s just an option, not a threat.”
“Is that how you’re begging me for help?” Wajah Aeriq semakin beku. Nafasnya kasar.
“It’s a win-win situation. At least awak tak dipaksa oleh Ami untuk kahwin cepat-cepat dan awak juga takdelah rasa annoying tengok muka saya asyik-asyik muncul depan awak.”
Aeriq diam. Argh, Ami… dia sudah lelah dengar ugutan Ami. Nak bernazar botakkan kepalalah, nak ikut misi kemanusiaan ke Gazalah dan macam-macam idea gilanya. Paling sadis, nak remove nama dia sebagai anak Ami. Macam mudah je Ami cakap, ingat semudah remove nombor dari group WhatApps family ke?
“Whatever!” Aeriq terus berlalu.
Safa terpinga. Bangun dengan tergesa-gesa. “So, is it a yes or a no, Aeriq?!” Jeritannya bergema, buat wajah Aeriq bertukar warna. Semakin ketat.
“Aeriq Zayyan! Tak setuju saya lapor kat Ami! Saya bakal isteri awak, so basically awak kena tunaikan tanggungjawab awak untuk sara saya! Aeriq!”
“It’s a yes so shut up!” Aeriq jerit, tak toleh langsung. Wajah merah padam. Satu restoran dengar jeritan Safa. Sial!
Safa melonjak. Yes, it’s a yes! Tak sia-sia dia hadap makhluk paling bongkak itu.
“MAMA tak setuju!”
Safa telan nasi macam telan pasir. Makan malam yang sepatutnya berlangsung dengan aman damai mulai terasa berbahang.
“Kenapa mama? Aeriq tetap akan jadi menantu mama. Ini rancangan Aeriq juga, dia nak bakal isteri dia berpelajaran, bukan setakat pegang sijil SPM.”
“Mama tak percaya. Kalau betul rancangan Aeriq, awal-awal lagi mereka dan beritahu mama. Ni mesti kerja kamu kan? Kenapa tak kahwin dulu lepas tu baru sambung belajar?”
Safa buang dengus. “Sebab saya tak nak gendong-gendong anak buat assignment.”
“Tentang hal anak kamu boleh je bincang dengan Aeriq kan? Mama yakin dia akan mengerti.”
Safa bingkas bangun. “Nak bincang apa dengan playboy tu mama? Pernah dengar buaya tembaga darat lepaskan mangsa ke? Tak, mama! Silap-silap tiap tahun saya beranak!” Suara Safa meninggi.
“Astaghfirullahal ‘Azim.… Safa! Kamu…”
“Assalamualaikum, Ida…”
Satu suara lembut tiba-tiba bergema, memberi salam. Sontak mematikan pertelingkahan dua beranak itu. Hampir serentak Safa dan mama toleh.
“Maaflah kalau kami ni muncul tiba-tiba…”
Safa telan ludah bila matanya bertembung dengan sepasang mata yang sedang marak, menikam tajam.
‘Safa Alayna… you’re dead.’
Gerakan bibir itu jelas, walaupun tanpa suara. Bulu roma Safa terus mencanak.
Share this novel