PROLOG

Humor Completed 97141

"Papa nak Sayf cari wanita yang bernama Arabella Iris, tak kiralah macam mana cara sekalipun".

"Kenapa Sayf nak kena cari dia? Kenal dia pun tak."

"Ini adalah arahan, papa tak kira, Sayf kena akur."

Dato' Lokman memberi perintah.

"No, papa, Sayf tak boleh ikut arahan papa, Siapa dia Arabella Iris? sampai Sayf nak kena cari dia."

"Kalau Sayf tak nak ikut arahan papa, segala hak keistimewaan yang papa dah berikan pada Sayf akan ditarik balik."

"Sayf tak faham lah, kenapa papa beria sangat nak Sayf cari perempuan tu?."

"Arabella Iris, Sayf, 'Perempuan' tu ada nama." Dia menegur, sakit betul hatinya bila gadis itu disebut 'Perempuan'.

Sayf mendengus kasar.

Sambil menghempas duduk di atas sofa di dalam bilik kerja papanya di dalam rumah agam itu.

"Nak atau taknak, Sayf kena ikut juga arahan papa, cari Arabella, kalau tak, Sayf takkan dapat lagi hak keistimewaan tu. Titik."

Dilontarkan arahan mandatori berserta ugutan, sambil memandang tepat ke wajah anaknya.

"Ini adalah perintah, no excuse", dia membuang pandang ke luar jendela. Hati tuanya meruntun-runtun mahu berjumpa dengan keluarga Arabella, ada perjanjian lama yang perlu dia lunaskan.

"Tolong cari dia, papa bagi tempoh enam bulan." Tangannya ditepuk perlahan pada meja.

Terus menyambung kata, sambil mengatur langkah keluar dari bilik kerjanya itu.

Sayf Adrian meramas-ramas rambutnya, serabut hatinya, perjanjian lama apa yang papanya dah buat sampai dia plak yang terpalit.

Kacau bilau fikirannya saat ini, sebab tu dari siang tadi papanya beria - ria nak jumpa dia pada malam ni.

Berteleku sambil tangan menutup muka, siku ditongkat ke lutut. Lama dia berkeadaan begitu. Di mana harus dia mencari perempuan tu. Malaysia ni bukannya kecik.

"Aarghhhhhhhhhh".... Dia melepaskan jeritan geram.

Satu bala dah datang.

Di bilik utama rumah agam, kelihatan Dato' Lokhman membelek-belek gambar lama.

Perasaan sayu bertandang di hati.

Kelihatan ada satu gambar dia tengah memangku seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan 5 tahun, rambut bertocang. Sangat comel.

Kelihatan juga gambarnya bersama satu keluarga. Ada tulisan di belakang gambar tersebut....'Kenangan terindah..(Lokhman, Razif, Sofiah, Arabella Iris)'....

'Arabella di mana kamu sekarang nak? apa khabar ibu bapamu?' Hati tuanya bermonolog sendiri.

Air mata lelakinya tiba-tiba berlinang.

Rindu pada mereka tetiba menjengah, ntah hidup, ntah dah tiada mereka sekarang ni.

Dia melangkah ke balkoni biliknya, mata terpejam - pejam bila angin malam menampar-nampar lembut mukanya. Dia menarik nafas dalam - dalam.

Awan di langit kelihatan mendung, sah malam ni hujan akan turun.

Ingatan 15 tahun dulu tetiba menjengah. Di sebuah perkampungan nelayan.

Menurut Razif, dia dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri terdampar di tepi pantai. Razif dan keluarganya telah menyelamatkannya dirinya, dan menjaganya sehingga dia pulih seperti sedia kala.

Selama berbulan-bulan dia nak pulihkan dirinya dari kesan trauma, semua dokumen hilang, yang dia masih ingat, bot yang dia naiki karam ketika membuat lawatan tapak ke sebuah pulau bagi pembinaan resort.

Selama itu juga dia terperangkap di perkampungan itu, sehinggalah polis menjumpainya semula hasil laporan dari Keluarganya.

"Razif, abang sangat terhutang budi dan nyawa dengan Razif" Mendatar suaranya.

"Dah tanggungjawab saya Abang Lokhman, menolong orang yang dalam kesusahan."

"Lagipun saya dah anggap Abang Lokhman seperti ahli keluarga saya sendiri, abang tak perlu ada rasa rendah diri." Razif membalas sambil melepaskan pandangan pada lautan yang luas terbentang. Nafas dihembus perlahan.

*****

Usai solat maghrib dan makan malam, Razif mengajaknya duduk di beranda depan rumah.

"Razif, abang ada perkara nak cakap dengan kamu".

Memulakan kata sambil mencicah biskut tongkat ke dalam air kopi O panas.

"Cakap la bang, apa perkara tu?"

"Abang kalau boleh nak eratkan lagi hubungan keluarga dengan Razif."

"Abang ada seorang anak lelaki, umur dalam 10 tahun."

Dia menyambung kata. Razif kelihatan dapat mengagak apa yang akan disuarakan.

"Sebagai permulaan janji abang. Abang berharap sangat Arabella Iris jadi suri hidup anak abang bila dia besar nanti, tolong tolak jika ada pinangan dari orang lain untuknya, abang berharap Razif dapat terima cadangan abang. Abang akan datang sini untuk tuntut janji abang, Arabella Iris hanya untuk Sayf Adrian"

"Abang harap Razif setuju dengan cadangan abang."

Razif beriak biasa. Nafas ditarik dalam - dalam. Dia sendiri keliru, apa yang perlu dia katakan pada Abang Lokhman, 'Ya' atau 'Tidak'. Sebab kelihatannya Abang Lokhman sangat berharap.

"Bukan saya tak setuju dengan cadangan abang, tapi Arabella tu kecik lagi, umurpun baru mencecah lima tahun, jauh lagi masa depan dia."

"Saya tak boleh ramalkan masa depan dia macammana Abang Lokhman, Lagi - lagilah soal jodoh."

Razif menyambung kata, kelu lidahnya bila mendengar permintaan berat dari Abang' Lokhman.

"Razif, abang berharap sangat Razif setuju dengan cadangan abang, ini sebagai ucapan terima kasih abang pada Razif kerana menyelamatkan abang dan menjaga abang sehingga abang pulih sepenuhnya sampai hari ni, bolehkan Razif?"

Dia masih tidak berputua asa.

Razif kelihatan serba-salah. Berkerut-kerut mukanya berfikir.

Akhirnya dia akur, mengangguk perlahan.

"Terima kasih Razif, Razif adik abang dunia akhirat", sambil menepuk - nepuk belakang Razif, dipeluknya erat tubuh itu.

"Abang janji Razif, Arabella akan tetap jadi menantu abang bila dia dah besar nanti, abang akan datang sini untuk tuntut janji abang, walaupun cepat atau lambat."

Tok...tok...tok...

Ingatannya mati di situ....

Kelihatan isterinya Datin Suraya terjonggol di muka pintu sambil menatang dulang dan diletakkan di meja kopi.

Mempamit suaminya agar duduk bersama di sofa.

"Abang, ni ada air kopi O panas dengan biskut tongkat yang abang nak tadi."

Sejak kejadian 15 tahun dulu, air kopi O panas dan biskut tongkat telah menjadi kegemarannya.

"Abang dah slow talk man to man ke dengan Sayf?".

"Bagaimana reaksi dia?"

Si isteri melontarkan pertanyaan.

"Emm, takde la man to man sangat, tapi lebih kepada ugutan."

Dibalasnya pertanyaan sang isteri.

Berkerut dahi Datin Suraya.

"Ugutan?"

"Saya tak kisah abang nak ugut ke apa, tapi yang saya risau, anak bujang abang akan memberontak."

"Abang cuba lah bincang elok - elok dengan Sayf." Ni soal hati dan perasan."

Datin Suraya melepaskan kata.

"Susah nak bincang dengan dia, abang belum pun cakap lagi Arabella tu siapa pada dia, abang cuma minta dia tolong carikan dulu tempat keberadaan Arabella."

"Sebab nanti abang boleh dapatkan info berkenaan orang tua Arabella."

"Abang yakin ker Arabella masih belum berpunya? 15 tahun bukan jangkamasa yang singkat tau bang"

Datin Suraya melontarkan hujahannya. Dah lama di fikirkan akan perkara itu.

Sejak kepulangan suami ke pangkuannya semula, Dato' Lokhman dah menceritakan perihal perjanjian tersebut. Sejak dari itu perkara ini bermain di fikirannya.

Apa jua perkara serta keputusan tidak boleh dibangkang dan dibantah, jika A katanya maka A la bagi Dato' Lokhman.

Peristiwa lama menjengah kembali.

Masih kuat diingatan Dato' Lokhman sebelum memasuki kereta polis.

"Abang harap Razif akan berpegang pada janji, abang akan datang sini untuk menunaikan janji itu." Dibalas anggukan oleh Razif. Tubuh itu dipeluk erat seakan tidak mahu melepaskan.

Tubuh kecil Arabella juga dipeluk erat dan dicium. "Pakcik akan datang lagi yer sayang", jaga dirimu baik-baik. Dengar cakap kedua orang tua Bella, jadi budak baik." Dibalas anggukan oleh anak kecil itu, Bella seakan mengerti apa yang dikatakannya.

Ingatan itu lenyap di situ. Lalu menyambung kata kepada isterinya.

"Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji."

Dato' Lokhman mematikan kata. Terus berlalu ke bilik air di dalam biliknya, Datin Suraya memandang sepi langkah suaminya.

Hmmmmmmm... Panjang keluhan Datin Suraya bersama hembusan nafas, berlalu keluar menghantar dulang ke dapur.

Happy reading semua. Jom layan karya kedua EL. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience