Sayf Adrian menatap gambar yang diberikan oleh papanya. Dipusing gambar itu ke belakang. "Arabella Iris", tanpa riak dia berkata perlahan. Mana nak cari Arabella Iris dalam masa enam bulan ni? Papa seolah - olah mendera perasaannya. Dah le suka mengugut. Hmmmm.. Buntu..
Dia menatap lama gambar budak perempuan yang rambut bertocang itu, bagaimana rupa dia sekarang ni? adakah masih comel seperti zaman kanak - kanaknya ini. Dengan alamat pun takde, mana nak cari. Malaysia ni bukan nyer kecil macam ruang tamu rumahnya ini.
Hmmmmm... Satu keluhan panjang dia lepaskan. Papa hanya bagi klu, keluarga itu tinggal di perkampungan nelayan. Ingat dekat Malaysia ni ada satu je ker perkampungan nelayan. Dia meraup wajahnya. Sebal terasa dalam dirinya.
Dia mencapai handphone di atas meja kopi dan mencari satu nombor di dalam contact handphonenya. Setelah terjumpa ditekan butang dial.
"Joe, esok kau free tak? aku ada job untuk kau. Esok kau datang pejabat aku kita bincang." Ujar Sayf seakan memberi arahan.
Setelah itu, panggilan ditamatkan. Dia mengatur langkah keluar dari bilik dan menuju ke arah sofa. Dilabuhkan punggungnya di situ. Siaran TV yang ada di depannya ibarat seperti layar putih sahaja. Terasa kosong seperti jiwanya juga.
Sayf Adrian sudah lama tinggal berasingan dengan Dato' Lokhman dan Datin Suraya. Dia sememangnya seorang yang suka berdikari walaupun anak tunggal. Lebih - lebih apabila sudah mempunyai syarikat sendiri. Rumah banglo 2 tingkat yang mempunyai enam bilik serta kolam itu adalah dibeli hasil kerja kerasnya sejak dulu.
Dia meletakkan tangan di atas kepala sambil membaringkan tubuhnya di atas sofa. Nama Arabella Iris seakan berputar - putar di dalam fikirannya. Bagaimana rupanya dan bagaimana bentuk badannya. Kalau warna kulit dia dapat la nak mengagak sebab tengok daripada gambar budak kecil itu, kulitnya putih kemerah - merahan dan budak kecil itu juga berambut lurus.
"Awak, jangan pergi, tunggu saya," Gadis cantik itu berlari meninggalkan Sayf di sebalik pokok besar itu. Sayf seolah - olah terpinga - pinga, dia tercari - cari gerangan gadis cantik yang memakai kebaya berwarna putih berkilau itu.
Di kawasan berumput cantik, seolah rumput carpet yang indah terbentang, di tambah dengan bunga - bungaan yang berkembang mekar serta diselangi dengan pokok - pokok besar yang rendang menambahkan lagi kenyamanan di kawasan itu. Sangat indah dipandangan mata Sayf. Matanya masih melilau mencari gadis cantik itu. Sekejap sahaja sudah menghilang. Dalam berjalan tanpa arah, mata tidak pandang ke bawah, Sayf terlanggar batu besar. Dia terjatuh ke bawah bukit. Gedebukkkk...
"Aduhhhhh" Dia terjerit kecil sambil menggosok dahinya. Dia tersedar dan kembali ke alam nyata.
"Laaaa..Aku bermimpi rupanya." Dia berkata perlahan. Dilihat dirinya yang terjatuh tersembam ke bawah dari atas sofa. Boleh tahan juga sakitnya apabila muka yang jatuh tersembam ke bawah dulu. Dia menggosok - gosok dahinya. Berdenyut..
Mimpi ni pun satu, kalau nak jatuh, bagi la warning awal - awal, nanti dia boleh bersedia. huhhhhh...
Di ruang matanya, terbayang semula wajah gadis cantik di dalam mimpinya itu, ibarat filem yang dimainkan semula. Terlayar - layar di ruang matanya.
Ni lah bahananya dari tadi asyik terfikirkan satu nama Arabella Iris, sampai terbawa - bawa ke alam mimpi. Boleh pula dia termimpikan perempuan cantik tu. Emmm tak kisahlah janji cantik.
Dia mengerling jam di dinding, baru menunjukkan ke angka 2.00 pagi. Langkah diatur masuk ke bilik. Denyut di dahi masih terasa.
*******
Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, Sayf melangkah turun ke bawah, dilihat pembantu rumahnya sedang sibuk membuat sarapan. Kak Tina, pembantu rumah yang bekerja balik hari, dia memang tak benarkan pembantu rumahnya itu bermalam. Tak elok, lagipun Kak Tina Balu anak dua. Ada anak - anak yang dia kena jaga di rumah. Dan dia pula bujang, kang tak pasal - pasal kena tangkap basah dan jadi bapa segera.
"Encik Sayf, sarapan dulu encik, saya ada buat meehoon goreng Singapore." Pelawa Kak Tina sopan.
"Ok boleh juga, lagipun malam tadi saya tak makan, terasa lapar pula." Ujar Sayf sambil mengatur langkah ke arah meja makan.
"Sedap Kak Tina masak. Kalau macamni hari - hari, boleh boroi perut saya ni." Puji Sayf, sambil meneruskan suapan.
Setelah selesai sarapan, dia terus bergerak pergi ke tempat kerjanya.
*******
Tok...
Tok....
Tok...
"Masuk", Lantang suara Sayf.
Kelihatan Suzie, Setiausahanya terjonggol di muka pintu.
"Encik Sayf, Encik Joe dah sampai." Ujar Suzie.
"Ok, boleh suruh dia masuk." Arah Sayf.
Kelihatan Joe melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Sayf.
"Job apa kau nak bagi aku ni?", Dia tunakkan matanya tepat ke wajah Sayf.
Sayf mengambil gambar itu lalu dia meletakkannya di depan Joe.
"Kau nak suruh aku cari orang dalam gambar ni ker?." Tanpa berbasa - basi, dia terus membuat pertanyaan.
"Yer betul, tepat sekali tekaan kau. Aku nak minta kau cari budak kecil bertocang tu, dibelakang gambar ada tercatat nama dia. Sekarang ni umur dia lingkungan 20 tahun. Kau carilah macammana sekalipun janji sebelum 6 bulan kau mesti dapat maklumat dia.
Joe kelihatan mengangguk. Sebagai penyiasat persendirian, dia kena terima apa jua job berkaitan kerjanya. Lagipula dia dan Sayf dah kenal rapat dari zaman belajar di Universiti lagi.
"Menurut papa aku, keluarga ni tinggal di kawasan perkampungan nelayan. Aku harap kau dapat cari cepat. Soal bayaran aku akan bayar 2X ganda dari bayaran asal yang kau terima." Sayf membuat tawaran. Soal duit tiada masalah baginya. Dia amat berharap agar Joe dapat melaksanakan dengan cepat kerana tempoh enam bulan yang diberikan papanya amat singkat. Perasaan risau juga membelenggu pada dirinya. Manakan tidak, sepatutnya dia yang yang mewarisi harta papanya terpaksa diserahkan kepada orang lain. Lagi tak boleh diterima akal fikirannya kalau semua harta itu jatuh ke tangan sepupunya yang mata duitan itu. Dia dan sepupunya memang tak sependapat.
Joe mengangguk perlahan, dia snap beberapa gambar dari gambar asal itu. Sebabnya Sayf tak benarkan dia bawa gambar asal.
Setelah Joe snap gambar itu, Sayf cepat - cepat simpan semula. Papanya dah warning siap - siap, supaya dia tidak hilangkan gambar itu. Jika tidak kereta mewah yang papanya belikan akan dirampas. Emm, sejak akhir - akhir ni , papanya suka sangat main ugut - ugut.
Kalau bukan mengugut bukan Dato' Lokhman la orangnya.
Joe meminta diri setelah perbincangan dengan Sayf selesai. ada urusan lain yang dia perlu laksanakan.
Sayf cuba mencari maklumat gadis itu di media sosial. Baginya orang zaman sekarang mustahil jika tiada akaun di laman sosial. Semua dah bersaing, bukan macam dulu.
Dia menaip nama panjang 'Arabella Iris', Ada juga yang keluar tapi lain benar dengan rupa budak yang rambut bertocang itu.
'Nama dah sama, tapi bukan dia', getusnya perlahan.
Happy reading semua -Es Lilin-
Share this novel