BAB 1

Humor Completed 97141

Di kejauhan kelihatan seorang gadis duduk di atas batang pokok mati yang tumbang di tepi pantai itu, matanya terlalu fokus memandang ke laut.

Leka dia memandang ke arah ombak - ombak yang setia menghempas pantai.

Angin lembut menampar - nampar pipinya, melayang-layang tudungnya ditiup angin.

'Sangat mendamaikan', getus hatinya.

"Bella".. Kedengaran ada suara yang memanggil namanya.

Dia berpaling ke arah tuan empunya suara.

Kelihatan seorang pemuda datang mendekat ke arahnya.

"Wan..." Sahutnya bila pemuda itu duduk di sebelah.

"Kenapa tak balik rumah lagi? Wan lalu sini, ternampak Bella duk mengelamun sensorang".

"Oh!, Jap lagi nak balik rumah, Bella nak ambil angin kejap."

"Wan dari mana?" Tanya Bella ke arah pemuda itu.

"Wan dari pekan, kebetulan lalu sini, nampak Bella." Tukas Azwan sambil mengambil tempat di sebelah Bella.

"Macammana kat sekolah hari ni? Bella masih jadi cikgu ganti kat sekolah tu lagi kan?"

"Ok aje Wan, haah masih lagi, tengok la sampai bila mereka nak guna khidmat Bella."

Bella menyambung kata. Mata masih leka memandang ke arah laut, kelihatan burung camar bertembangan mencari makanan.

"Wan tak kerja ke harini?" Tanya Bella

"Harini Wan cuti, nak bawa mak pergi klinik, ada temujanji dengan doktor".. Azwan membalas pertanyaan Bella sambil kaki menguis-nguis pasir - pasir pantai.

"Hari dah petang, Bella rasa nak kena balik dulu, nanti ayah bising" Bella berura- ura untuk mengundur diri.

"Haah, jomlah Wan hantar, Wan pun nak balik juga ni, dah alang - alang satu jalan kan." Azwan mempelawa Bella.

"Emm..Takpe lah Wan, lagipun rumah Bella tak jauh dari sini. Bella boleh jalan kaki je".. Bella menolak, bukan jual mahal, tapi risau ayahnya tak suka. Ayahnya selalu berpesan agar dia tak rapat dengan mana - mana lelaki. Bukan tiada yang masuk meminang.. ramai.. tapi semua ditolak mentah - mentah oleh ayahnya.

Dia pernah mendengar, setiap kali ada yang masuk meminang, ayahnya akan berkata, bunga di taman telah disunting orang..

Pelik, tak pernah plak sebelum ni ayahnya menerima mana - mana pinangan orang.

Tapi didiamkan aje, malas nak bertanya. Jika dah tertulis jodohnya, maka berkahwin lah dia.

Bella mengatur langkah pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari situ. Wan juga beransur pulang ke rumahnya.

******

Malam itu, usai menikmati makan malam bersama ibu dan ayahnya, Bella membantu ibunya mengemas dapur.

"Ibu, Bella nak tanya sesuatu boleh?" Sambil tangan ligat mencuci pinggan - mangkuk di sinki.

"Tanya la Bella, tak perlu nak minta izin".. Ibunya membalas sambil memandang ke arah anaknya.

"Ibu, kenapa setiap kali ada orang datang masuk meminang, ayah selalu cakap, bunga si taman telah disunting orang? Kenapa bu?"

Bella bertanya, sudah lama dia simpan soalan ni, hanya menunggu masa sesuai untuk bertanya.

Puan Sofiah terkesima bila mendengar soalan dari si anak, dia memejam mata memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan pada anaknya.

"Nanti Bella tanya ayah yer, hanya ayah yang boleh bagi jawapan". Jawapan selamat dari si ibu.

"Tapi kenapa bu?"

"Selama ni, setiap kali yang datang, semua ayah tolak, kawan - kawan lelaki Bella pun dah 2,3 orang ayah tolak." Bella seakan tidak berpuas hati dengan jawapan ibunya.

"Bella jadi pelik atau ada perkara yang Bella tak tau di belakang Bella?", Bella masih lagi dengan ulahnya.

"Sabar yer nak, sedikit masa lagi ayah mesti bagitau Bella semuanya." Ibu cuba menenangkan dirinya.

Puan Sofiah membalas sambil mengatur langkah keluar dari dapur, risau berlama-lama kat situ, takut dia akan terlepas cakap. Suaminya yang mulakan, biarlah suaminya yang akhiri.

Selesai mengemas dapur, dia melangkah masuk ke bilik.

Solat Isyak dan merebahkan diri di atas katil. Baru terasa penatnya setelah seharian melayan karenah murid - murid di sekolahnya.

Walaupun dia hanyalah sebagai guru ganti, tapi tugas dan amanah yang harus dipikul tetap sama.

Kedengaran handphonenya berbunyi, siapa yang teks dia melalui WhatsApp malam - malam buta ni. 'Asal nak mengelamun ada je yang mengacau.' Desisnya di dalam hati.

Tetap juga tangan mengagau-gagau handphone di meja kecil tepi katil.

Dikenalpasti siapa yang teksnya.

'Hmmmmmm'....Bella melepaskan keluhan kecil. Tapi tetap juga dibuka.

......'Assalamualaikum..Bella dah tidur ker? Maaf kacau memalam.'

......'Blom lagi Cikgi Irsyad, baru je nak masuk tidur, kenapa Cikgu?'

......'Oh! Takde apa, saja je nak chat Bella'.

......'Oyeke, ngat ada apahal yang penting tadi, ehh! Takpe la cikgu, saya pun dah mengantuk, esok nak bangun awal, saya tidur dulu yer'.

Mematikan kata, Malas nak melayan, macam takde kerja lain, chat anak dara orang malam-malam buta. Getusnya.

......'Ok baik Bella, esok kita jumpa kat sekolah yer, selamat malam..'

Bella meletak semula handphonenya ke tempat asal, tiada hati untuk membalas.

Dia akui, Cikgu Irsyad memang suka nak dekat - dekat dengan dia, sejak dari mula dia masuk mengajar lagi. Tapi dia malas nak melayan, takut jadi ulat bulu naik daun.

Bukan dia tak tau, perangai Cikgu Irsyad, pantang nampak perempuan dahi licin, semua nak dilayan.

Tidur lagi baik, moga - moga dapat bermimpi si pemilik tulang rusuk. Tapi siapa?, Tanpa sedar dia terlena sendiri.

******

Di waktu pagi, selepas solat subuh, dia bersiap-siap untuk ke sekolah seperti biasa.

Agak kelam kabut dia pagi ni. Ini mesti penangan mimpi malam tadi, seronok sangat mimpi bertemu prince charming. Tapi yang penting handsome, walaupun tak pernah terserempak di alam nyata.

"Bella tak sarapan dulu ker?" Puan Sofiah menyapa, setelah kelihatan anaknya keluar dari bilik.

"Eh! Takpe la ibu, Bella dah terlambat ni, nanti Bella makan kat sekolah jer."

"Ni ibu dah sediakan bekal, nanti Bella jangan tak makan". Bekas berisi makanan dihulur kepada anaknya

"Terima kasih bu, sayang ibu." Dipeluk sejenak.

Berlalu pergi setelah menyalami tangan ibunya

Kereta kelisa auto milik ayahnya dihidupkan enjin, nasib ayahnya ada dua kereta. Boleh dia pakai kereta yang satu ni.

Sejak dapat lesen, kereta itulah yang dia selalu bawa ke mana-mana.

Dalam keadaan tengah memandu, sempat lagi difikirannya memikirkan pasal Cikgu Irsyad. Harap tak jumpa lah dengan Cikgu Irsyad harini, malas nak melayan.

Ramai lagi cikgu - cikgu wanita lain yang terhegeh - hegeh pada Cikgu Irsyad, kenapa dia juga yang nak dikejar. Nak kata dia cantik..Emmm tapi memang cantik pun, terperasan pulak, sapa lagi nak puji diri - sendiri..Yea tak?? Bella tersenyum - senyum sendiri.

Masuk pagar sekolah, parking kereta, dari jauh dah nampak kelibat Cikgu Irsyad, kelihatan seperti mencari - cari seseorang.

Baik dia menyorok atau lalu jalan lain. Getus hatinya. Cepat - cepat langkah di hala ke laluan lain, tak kisah walaupun jauh sedikit, janji tak bertembung dengan Cikgu Irsyad.

Dia masuk ke bilik guru dengan keadaan termengah-mengah.

"Kau dah kenapa ni Bella?, tak cukup nafas nampaknya." Cikgu Hanim di sebelahnya menegur.

"Maraton tadi Kak Hanim, lari daripada ulat bulu." Jawab Bella bersahaja.

Cikgu Hanim menggelengkan kepala, taulah dia siapa yang dimaksudkan Bella dengan 'Ulat Bulu' tu.

Happy reading semua. Jom layan karya kedua EL. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience