"Bella dah balik", Teriak Bella di muka pintu sambil membuka kasutnya.
"Senyap jer, mana ibu dan ayah?" Bella masuk ke dalam rumah dan melilau mencari ibu dan ayahnya.
"Ibu", Bella masih melaung.
Senyap!
"Ibu", Masih lagi melaung.
"Yer..Yer, ibu kat belakang, yang terpekik melolong ni dah kenapa?." Jerit ibu dari belakang rumah.
"Takde la, senyap sunyi jer rumah, pintu depan tak berkunci. Kang masuk pencuri baru tau", Balas Bella, segera masuk ke bilik, membersihkan diri dan bersolat.
Usai mengerjakan solat Zohor, Bella menapak ke meja makan. Dibuka tudung saji, "wahhhhh...Sedapnya..", Bercahaya matanya. Dilihat ada lauk masak lemak pucuk sayur manis dengan labu, sambal belacan, ikan selar goreng dan ulam - ulaman. Sangat membuka seleranya yang tengah lapar. Masakan ibunya adalah yang paling sedap dalam dunia. Memang torrbaaaeeekk.
Tidak membuang masa, Bella terus mengisi perutnya yang tengah kelaparan itu. Tadi semasa kat sekolah dia hanya dapat mengalas perutnya sahaja. Kesibukan kerja selalu dia utamakan dari ambil masa untuk makan. Bila dah sakit baru menyusahkan orang.
"Pelan - pelan makan tu Bella, jangan nak gelojoh sangat, apa punya anak daralah ni." Kedengaran suara teguran dari ibunya yang sedang memegang bakul kain, mungkin baru lepas angkat kain baju dari jemuran.
"Emm.. Maaf bu, Bella lapar sangat, tadi kat sekolah makan sekadar alas perut je." Ujar Bella sambil memperbetulkan tingkahnya.
Puan Sofiah menggeleng - gelengkan kepala melihat tingkah anaknya.
"Ibu....Ayah pergi mana bu?", tanya Bella setelah dari tadi dia tidak nampak kelibat ayahnya.
"Oo, ayah ikut Pakcik Seman pergi kebun kelapa." Jawab Puan Sofiah.
"Oooo...", Bella mengangguk sambil meneruskan suapannya.
Selesai mengemas meja makan dan mencuci pinggan makannya, Bella masuk ke bilik, harini banyak buku - buku latihan muridnya yang perlu dia semak.
*******
"Hai sorang jer?",
Bella yang tengah kusyuk memilih buku nota dan alat - tulis menoleh ke arah suara yang menegur. Terkejut dia, nasib baik takde lemah jantung.
'Takde orang lain ker yang perlu dia jumpa? asyik - asyik si duda ulat bulu ni.' Desis Bella di dalam hati. Buat moodnya ke laut dalam je la.
Dia cuba memaniskan muka. "Ooo, Cikgu Irsyad, buat apa datang kedai buku ni?", Soalan lain yang terpacul dari mulutnya. Soalan dari Cikgu Irsyad dibiarkan berlalu.
"Kalau datang kedai buku mestilah nak beli buku atau alat tulis sayang oi, takkan nak beli tayar pulak", Jawab Cikgu Irsyad berseloroh.
Bella mencemik. 'Orang tanya betul - betul dia jawab main - main pulak.' Gumam Bella di dalam hati. Cehh! Sayang konon.
Cikgu Irsyad mengekor Bella dari rak ke rak.
Bella tak hiraukan Cikgu Irsyad yang dari tadi asyik mengekori dia. Rimas betul dengan perangai Cikgu Irsyad. Kat sekolah dia asyik cuba mengelak, kat sini boleh pulak terjumpa.
"Cikgu Irsyad cakap tadi nak beli buku atau alat tuliskan, kenapa ikut saya? Dah takde kerja lain yer", Bella mula berdongkol. Buang tabiat orang tua ni.
"Emm yer..yer..Tadi memang ingat nak beli, tapi dah jumpa Bella kat sini, terus tak jadi pulak.", Ujar Cikgu Irsyad yang masih lagi mengekori langkah Bella.
Bella jadi makin tak selesa. Hilang tumpuan dia nak beli barang.
"Ishhhh.. Cikgu Irsyad tak penat ker dari tadi ikut saya. Kan dah banyak masa cikgu terbuang." Bella mula kurang senang dengan tingkah Cikgu Irsyad yang masih lagi mengikutinya.
"Mana ada penat, tak penat pun, lagi suka ada la." Cikgu Irsyad menjawab sambil tersengih - sengih seperti kerang busuk.
Malas nak melayan ulat bulu naik daun itu, Bella cepat - cepat memilih, terus ke kaunter pembayaran dan mahu cepat cabut dari situ.
'Rimas betul. .Nak shopping pun tak senang.', dia berdongkol dalam hati.
Cepat - cepat Bella keluar dari kedai buku itu meninggalkan Cikgu Irsyad yang masih memanggil - manggil namanya. Bella buat - buat pekak, dia menonong menuju ke arah tempat parking kereta.
Sampai saja kat rumah, kelihatan motosikal ayahnya dah berada di tepi rumah. Kelihatan ayahnya tengah rancak bersembang dengan Azwan di atas pangkin bawah pokok mangga.
"Sembang apa tu? seronok nampaknya", tegur Bella sejurus keluar dari kereta. Di tangan penuh dengan beg plastik berisi alat tulis dan buku nota. Semua tu dia beli untuk dibuat hadiah kepada anak muridnya. Sebagai merangsang semangat belajar mereka.
"Eh! Wan bila sampai? Tanya Bella pada pemuda itu. "Harini cuti lagi ker?". Bella masih lagi bertanya. Azwan bekerja sebagai penolong pegawai di salah satu jabatan kerajaan yang terletak di tengah pekan.
"Haah, harini halfday, bawa mak pergi check-up bulanan." Jawab Azwan seraya mencicah biskut tongkat dengan kopi panas yang dihidangkan ibunya.
"Penyakit kencing manis Mak Zarah dah semakin ok ker Wan?" Tanya Bella. Sudah menjadi rutin buat Azwan membawa ibunya untuk buat rawatan susulan bagi penyakit kencing manis ibunya.
"Macam tu lah Bella, makan tak nak control, dah puas nasihat. Tak diendahkannya. Suka sangat makan makanan manis - manis, air manis sehari bergelas - gelas." Keluh Azwan. Susah benar nak menasihati ibunya.
"Takpe la Wan, selagi boleh nasihat, kita cubalah nasihat. Takut makin melarat pulak nanti." Ujar Bella sambil meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
*******
"Ibu, Bella pergi dulu yer?," Laung Bella tergesa - gesa ke pintu utama, kunci kereta yang berada di tempat kunci pada dinding dicapainya.
"Bella, tak makan dulu ke nak?, ibu masak nasi lemak pagi ni" Ibu melaung dari dapur.
"Tak sempat ibu, pagi ni ada perhimpunan." Jawab Bella. Pagi tadi selepas subuh, boleh pula dia berbaring, sampai terlajak pagi ni sebab terlelap.
Sampai di sekolah, dia terus bergegas ke bilik guru. Tidak dilupa membawa bersama hadiah alat tulis yang dah siap berbungkus cantik untuk diberi kepada anak muridnya. Semalam semasa soalan kuiz, masing - masing dapat markah tinggi. Bella dah berjanji untuk memberikan mereka hadiah.
Selesai perhimpunan, ada sejambak bunga mawar di atas mejanya. Bella memandang sekeliling, kelihatan guru - guru dah bersiap - siap untuk masuk ke kelas bagi pengajaran pagi itu. Diangkat jambangan bunga itu dan mencari - cari kot - kot ada kad yang terselit, tapi hampa.
"Siapa pula yang bagi bunga ni", dia berkata perlahan.
"Wah dapat bunga mawar, untungnya tuan badan, ada peminat." Usik Kak Hanim yang baru berura - ura nak duduk di tempatnya bersebelahan dengan tempat Bella.
"Siapa yang bertuah bagi bunga tu Bella?", Kak Hanim dengan sikap kepocinya berpisah tiada. Dia juga penghibur di bilik guru ini. Riuh satu bilik guru kalau dia ada.
"Entahlah Kak Hanim, Bella baru nak tanya akak, kot - kot akak tahu. Bunga ni memang dah ada atas meja Bella, masa Bella masuk sini selepas perhimpunan tadi, siapa la yang bernasib malang tu yang bagi bunga ni?" Bella menggeleng - gelengkan kepalanya.
"Kalau akak nak bunga ni ambillah, Bella bagi akak." Bella menyuakan jambangan bunga itu kepada Kak Hanim.
"Eh mana boleh macam tu, orang tu dah bagi Bella, Bella ambil dan simpanlah. Sedih dia kalau dia tau bunga dia bagi kat Bella, Bella bagi pulak kat orang lain."
Nasihat Kak Hanim memandang tepat pada Bella.
"Tapi Bella tak tau sapa yang bagi bunga ni."
"Tak pe, Bella simpanlah. Oklah, akak masuk kelas dulu yer". Kak Hanim berlalu meninggalkan Bella yang masih termangu - mangu.
Happy reading semua. -Es Lilin-
Share this novel