Bab 5 "Aku nak kau datang ke rumah aku... Aku tak boleh bawa dia ke klinik," balas Alif Putra tetap mahu sahabatnya itu datang ke rumahnya melihat keadaan Nur Ariana. "Kenapa pula tak boleh? Kau kan ada kereta," soal Amir yang agak hairan dengan penjelasan Alif Putra. "Sebab dia tak ada dokumen pengenalan diri. Nanti jadi apa-apa dekat klinik jadi susah." Alif Putra memberi alasan supaya Amir mahu datang untuk melihat keadaan Nur Ariana. “Okey la. Aku akan datang sekarang juga. Keadaan orang gaji kau tu sekarang ni macam mana?” kata Amir yang setuju dengan permintaan Alif Putra. “Dia tak sedarkan ...