BAB 6

Drama Completed 626

Shima dan JO cinta bersatu....

Shima bangun dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.
Penat sungguh rasanya. Tangannya yang bersimen dipandang sepi.

“Dah bangun tuan puteri.” Jo muncul dengan tiba-tiba.

“Baru aje bangun.”

“Mari sarapan.”

“Tak nak!” Shima menolak.

“Kenapa pula?” agak keras suara Jo. ‘Aku penat-penat buat, dia sedap
kata tak nak! Memang nak kena paksa guna cara lebih baru ni.’ Bisik hati Jo.

“Mesti ada susu kan?” jawab Shima. ‘Kenapalah buah hati aku ni
faham-faham yang aku tak suka minum susu.’

“Mestilah ada. Untuk tulang yang sihat. Orang tu dah la patah tangan,
ini kes tulang tak kuat. So, kena minum susu banyak-banyak.” Sindir Jo.

“Pedasnya.......” Shima bangun dari pembaringannya. Mereka berdua menuju
ke meja makan.

“Pedas sebab memang sayang dah makan cili.” Kata J. Galak dia ketawa
sehingga Shima menarik muka sedih pun tidak dipelukannya.

“Orang tak suka minum susu la.” Shima cuba mengelak diri.

“Okey. Nampaknya abang terpaksa guna cara paling baru untuk paksa sayang
minum susu.” Kata Jo dengan mata yang bersinar.

Shima sudah dapat meneka dengan pandangan Jo.

“Mula la tu nak guna cara pengotor.” Teka Shima.

“Eh, macam mana boleh tahu ni?” soal Jo. Dia terasa pelik juga.

“Yelah. Saya minum.” Shima mengalah.

“Kali pertama sayang abang ni mengalah. Ini yang buat abang makin
sayang. Mari abang suapkan yer?” sebaik sahaja habis diucap kata-kata
itu, Jo mengucup dahi Shima.

Shima tergamam.

“Itu tanda terima kasih sebab awak sayang pada diri sendiri demi hidup
bersama abang selamanya.” Kata Jo ikhlas.

“Abang...” Shima rasa terharu. Mulai saat ini Shima akan minum susu
tanpa di paksa lagi. Ini semua gara-gara susu cap dutch lady yang wajib
ada dalam rumah ini. Nasib la!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience