Aku memandang sepi sekotak air cap dutch lady yang amat dibenci sejak
aku hidup di universiti dulu.
“Abang, kenapa abang suka paksa saya minum susu?” aku bertanya soalan
yang sama setiap kali melihat muka suamiku ini.
“Sebab abang nak sayang sihat.” Selamba sahaja wajah Jo menjawabnya. Aku
ni rasa geram sahaja. Dia masih menguyah roti yang aku buat khas untuknya.
“Banyak cara boleh sihat abang. Tak minum susu pun boleh sihat.” Aku apa
lagi. Cuba memangkah segala kata-katanya mengenai susu.
“Eh, siapa cakap macam tu? Dah! Dah! Jangan macam-macam soal. Kan abang
paksa sayang guna cara baru tau.” Aku terkejut. Cara Baru? Aku mengaru
kepala yang sememangnya tidak gatal ini. Cara apa? Aku nak tahu juga.
“Cara baru ye?” aku menaikkan sebelah kening sambil menjeling ke
arahnya. Dia tersenyum sahaja. Buat seram sejuk pula senyuman yang
dipamerkan oleh Jo.
“Ya. Cara baru. Nak tahu tak? Kalau nak tahu, cuba jangan minum susu
kejap lagi.” Kata-kata itu membuat aku terkejut. Tambahan pula dia
menjeling ke arah aku yang sedang duduk sebelahnya.
“Apa? Saya memang tak nak minum pun.” Aku sudah berdiri tegak. Tiba-tiba
Jo menarik tangan aku dan aku terus terduduk atas ribanya. Aku
benar-benar terkejut dengan tindakan yang pantas itu.
“Jo!” panggilku kegeraman.
“Kata nak tahu cara baru, inilah cara barunya.” Jo tersenyum. Dia
mengambil susu dutch lady yang atas berhampiran dengannya. Dia isikan
dalam segelas cawan. Dalam fikiran aku pelbagai andaian yang timbul.
Sungguh menakutkan.
Aku melihat dia minum air susu tersebut dulu dan dia buat-buat kumur
dalam mulutnya. Tak sangka suami aku ni pengotor juga. Dia memegang
kepala ku dan makin lama, makin hampir mulutnya dengan mulutku. Aku dah
boleh jangka apa yang dia maksudkan. Dengan pantas aku menolak tubuhnya
sekuat hati tetapi tidak berjaya.
Share this novel