BAB 5

Drama Completed 626

Jo terkejut....

Apa? Aku rasa nak tercabut nyawa aku disaat aku mendapat panggilan
telefon dari pihak hospital yang menyatakan isteriku kemalangan.

Aku bergegas ke hospital. Aku terus menuju ke tempat kecemasan.

“Asshima Binti Azmi. Dia di mana?” soal aku cemas. Apasal pula ramai
orang kemalangan malam ni?

“Asshima Binti Azmi.” Panggil seorang jururawat.

“Nama isteri saya tu.” Jerit aku cemas. Aku menghampiri jururawat tersebut.

“Ikut saya, isteri encik dah dipindahkan ke wad lain. Keadaannya stabil.
Lagi satu tangan kanannya patah.” Bagaikan ingin gugur jantung aku
mendengar tangan kanan isteriku patah.

Aku hanya mampu memerhati sahaja wajah isteriku yang pucat. Nasib baik
tidak apa-apa. kasihan isteriku ini.

Selepas Shima sedar, wajahnya sedih. Air matanya mengalir.

“Kenapa nangis ni?”

“Mesti awak marah saya kan?”

“Takkan saya nak marah orang yang saya sayang. Dah bersyukur sangat awak
selamat. Kesayangan saya ni selamat.” Aku jujur dengan apa yang aku
rasa. Sememangnya aku sayang pada dia. Siapa tak sayang bini oi?

“Tapi saya ni kuat merajuk.”

“Tak la. Mana ada kuat sangat. Sedang-sedang aje.” Gurau aku. pantas
tangan kirinya mencubit lenganku. Aku membiarkan sahaja. Asalkan boleh
melihat senyumannya pun aku dah rasa bahagia.

“Tangan sakit pun masih nak mencubit lagi?” soalku. Dia hanya mampu
tersengih. Aku memeluknya perlahan.

“Abang sayang pada sayang....” bisik aku perlahan di telinganya.

“Sayang, sayang juga pada abang.” Shima menuturkan kata-kata yang amat
aku idamkan untuk mendengarnya.

“Terima kasih!” ucapku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience