JO pula...
Macam mana aku nak buat Shima minum susu. Kan tulang dia jadi reput
macam mana? Aku juga yang susah. Bila aku dengar dia cerita tak suka
minum susu sejak kecil lagi, aku tergamam seketika. Boleh pula macam tu?
Aku ni, kalau tak minum susu memang tak sah. Susu tu penting bila waktu
sarapan.
Aku memandang kosong komputer riba yang ada di depanku. Macam mana yer?
Tiba-tiba aku disergah dari belakang.
“Macam mana ya!!!” Aku terkejut.
Kedengaran seseorang ketawa dengan galaknya. Aku kegeraman. Memang nak
kena minah ni. Sedap kenakan orang tersayang dia sendiri. Cubit kan!
“Macam mana apa awak? Awak ada masalah ke?” soal Shima.
“Masalah? Ada ajer...” aku sengaja buat nada sedih. Saja mahu menarik
perhatian dia.
“Masalah apa ni? Cuba cerita pada Shima. Mana tahu boleh tolong.” Pujuk
Shima. Aku tersenyum lebar dalam hati.
“Masalah isteri yang tak suka minum susu!” kataku sambil ketawa sekuat
hati. Seronoknya dapat kenakan Shima semula. Huh! Baru kau tahu siapa Jo
yang sebenar?
“Oh kenakan kita!” katanya dengan kuat. Dia cuba mencubit lengan aku
tetapi pantas aku mengelaknya. Ada hati nak main cubit-cubit. Senang aje
nak elak.
“Itulah hakikatnya. Awak memang tak suka minum susu. Macam la minum susu
tu boleh mati.” Sengaja aku menyakatnya.
“Awak tu... Macam la tak minum susu boleh mati.” Eh, menjawab pula bini
aku ni. Tak boleh jadi.
“Sekurang-kurangnya tulang awak tu boleh jadi lebih kuat. Tak la lembik
aje.” Seronoknya aku dapat melafazkan kata-kata itu.
“Awak kata saya lembik?”
“Yelah! Awak lembik. Buat kerja sikit dah tak larat. Banyak penyakit la.
Gastrik la. Pening la.” Gurau aku. Aku tersenyum.
“Sampai hati awak cakap saya macam tu.” Kata Shima lemah. Air matanya
mengalir. Dia berlari meninggalkan aku. Aku apa lagi. Rasa bersalahlah.
Niat aku hanya bergurau. Tak sangka Shima ambil serius dengan kata-kata itu.
“Shima, saya gurau aje.” Panggilku tetapi Shima tidak pedulikan
panggilan aku. Kini, Shima berada dalam kereta. Dia menghidupkan enjin.
Aduh! Nak ke mana pula Shima ni?”
“Shima, tunggu! Saya gurau aje. Betul! Saya tak tipu!” Aku cuba
tinggikan suara agar dia boleh mendengarnya tetapi hampa kerana kereta
itu telah pergi.
Share this novel