" April? " Sekali lagi Zyhan menyebut nama gadis itu.
Secepat mungkin Zyhan mengunci pintu keretanya apabila melihat April ingin membuka pintu itu.
" Bukak lah. " Kata April.
" No. " Kata Zyhan.
Zyhan mulakan perjalanan menuju ke tempat yang lebih aman untuk berbual dengan gadis yang dirinduinya.
April duduk berpeluk tubuh dan memandang keluar tingkap. Dengan wajah murung tak puas hati.
" Kenapa wajah monyok tu? " Tanya Zyhan senyum. Gembira hati dapat melepas rindu pada buat hati.
" Mana ada monyok. Suka sangat. " Kata April. Dengan sindiran.
" Sayang marah Abang ke? " Tanya Zyhan.
" Awak sendiri tahu jawapan dia. Buat apa tanya lagi. " Kata April.
Zyhan berhenti dekat tepi pantai Taman damai. Dia menutup aircond apabila melihat jemari April memucat. Dia memusingkan sedikit tubuhnya agar dapat menatap wajah kekasihnya.
" Please jangan marah Abang lagi. " Kata Zyhan cuba mencapai jemari April.
April menarik perlahan jemarinya dari pegangan Zyhan.
" Makin aku disini, Semakin aku tak faham dengan diri aku. Makin kesini makin aku tak faham dengan hidup aku. Rupanya makin aku kesini, Makin aku sakit. " Kata April. Airmatanya mulai jatuh ke pipi. Tak mampu nak dibendung lagi.
" Maafkan Abang Sayang. Bukan Abang nak jadi semua ni. Cuma Abang masih tak mampu nak tunaikan janji Abang untuk memperisterikan Sayang. " Kata Zyhan cuba menghapus airmata April. Namun April mengelak.
" Makin kesini, Aku makin hancur. Tapi aku tak tahu. Aku harus apa, Aku harus bagaimana? Sebab setiap kali aku cuba sembuh dari trauma, sembuh dari sakit ni, Tapi rasa trauma itu, Rasa sakit tu makin menjadi-jadi. Dan aku tak tahu nak buat apa. " Kata April lagi. Airmata semakin menjadi.
" Sayang please dengar cakap Abang dulu. " Kata Zyhan.
" Awak nak cakap apa lagi? " Kata April.
" Please jangan macam ni. Abang rindukan Sayang. Selama Abang kat sini takde satu saat pun Abang lupakan Sayang. Cuma Abang tak mampu nak bercakap dengan sayang. " Kata Zyhan.
" Alasan. " Kata April.
" Sayang. Sampai bila Sayang nak jadi macam ni, Abang dah sedih sangat tengok Sayang macam ni. Abang rindukan Sayang yang dulu. Abang rindukan Sayang yang periang, Abang rindukan Sayang yang suka happykan orang. " Kata Zyhan.
" Awak yang buat saya macam ni. " Kata April.
" Sebab tu Abang nak Sayang jadi macam dulu. Abang nak Sayang jadi periang semula. Abang menyesal dengan apa yang Abang dah buat. " Kata Zyhan menggenggam jemari April erat.
" Awak tahu, siapa orang yang masih bertahan sama awak? Hmm. Disaat awak sedang jatuh. Awak tahu, Siapa orang yang masih percaya dengan awak? Disaat semua orang dah tak percayakan pada awak. Dan awak tahu, Siapa orang yang masih bertahan bersama Awak? Disaat semua orang pergi meninggalkan awak. Dan itu adalah aku. Orang yang saat ni awak hancurkan. Dan aku tak pernah tinggalkan awak, melainkan awak tinggalkan saya. " Kata April menunjuk dadanya. Sakit terlalu banyak memendam. Airmata yang makin deras mengalir dikesat kasar.
Zyhan keluar dari keretanya dan membuka pintu dimana April duduk. Dia menggenggam erat jemari April dan membawanya ke pasir putih saat matahari mulai terbenam selepas turunnya hujan.
" Sampai bila aku mampu untuk bertahan. Kalau semuanya kini berbeza. " Kata April.
" Bagi Abang peluang untuk tebus semua kesalahan Abang. " Kata Zyhan.
" Sakit rasa dikecewakan. Lebih sakit bila kita tak tahu dimana silap kita. " Kata April.
" Abang janji takkan kecewakan sayang lagi. Tolong. Jangan tinggalkan Abang. Abang merayu. " Kata Zyhan.
" Bagi April masa. " Kata April.
Zyhan memegang kedua belah pipi April. menghapus airmata yang mengalir di pipi April.
" Pandang mata Abang. " Pinta Zyhan.
April memandang lekat mata coklat Zyhan.
" Abang berjanji dengan nama Allah, Abang takkan sia-sia kan pertemuan ni. Sejauh mana Abang dihantar, Sayang pasti akan ada. Abang pernah berdoa andai Sayang jodoh Abang, dekatkanlah Sayang pada Abang. Dan jika Sayang bukan jodoh Abang maka jauhkanlah sayang dari diri Abang. " Kata Zyhan.
" Jadi? " Tanya April.
" Allah dekatkan Sayang pada Abang. Allah hantar Sayang tanpa pengetahuan Sayang dan Abang. Kita bertemu semula disini. " Kata Zyhan.
" Baik. April bagi Abang peluang. Tapi peluang terakhir. " Kata April akhirnya. Cukup dia mendera Zyhan kali ni. Dia berpuas hati.
" Terima kasih Sayang. " Kata Zyhan mengucup pipi April.
" Oppsss. Sorry. terlebih. " Kata Zyhan.
" Nanti April adu kat Abang Muadz. " Kata April.
" Adulah. Mana dia dapat datang sini cepat. " Kata Zyhan mengusap pipi yang sedang merona merah.
" Benci macam ni. " Kata April berlalu menuju ke kereta.
" Eh nak kemana? " Tanya Zyhan.
" Balik IPD. Nak jumpa dengan Fauzi. " Kata April.
" Buat apa nak jumpa Tuan Fauzi? " Tanya Zyhan mengejar April menapak ke kereta.
" Nak belajar seni bela diri. " Kata April.
" Tak payah. Abang je ajar Sayang cukup. " Kata Zyhan memutuskan.
Kereta bergerak menghantar April balik kerumah sewanya dekat rumah Fakhrul.
Share this novel