" Cari dimana Abang kau berada sekarang April. " Kata Ahmad.
April berfikir dimana dia nak mencari Abangnya yang telah lama menghilang. Hampir 10 tahun. Sejak dia berusia 13 tahun, Abangnya telah lari dari rumah Stoknya kerana tak sanggup hidup dalam kemiskinan.
Kini dalam usianya 23 tahun dia terpaksa bekerja keras untuk menghidupkan Arok dan adiknya dirumah. Begitupun adiknya yang berusia 15 tahun terpaksa memerlukan rawatan di hospital akibat Kanser hati tahap 3 yang ditanggungnya.
" Haih Mana aku nak cekau duit ni. Ash nak guna belanja besar untuk biaya bil hospitalnya. " Keluh April.
"Pa, Ma. Kenapa April yang harus tanggung beban ni. Kenapa bukan Abang Ar. " Tangisnya di malam sepi duduk di stesen bas menanti teksi melintasi kawasan itu.
" Aku tak boleh kata macam tu. Aku mesti kuat. Kuat demi atok dan Ash. "Katanya memberi semangat pada diri.
Deruan enjin kereta yang melaju di jalan raya dikejar oleh sebuah kereta yang terlihat berjenama mahal. Besar matanya apabila terdengar bunyi tembakan disana. Dan kereta meluru ke arahnya.
April berlari bersembunyi dibalik tong sampah yang tak jauh dari stesen bas.
Tap!!!!
Dentuman kuat dari Kereta yang berjenama Honda Civic itu merempuh stesen bas disisinya.
" Allahu akhbar. " April terkejut sambil menutup mulutnya kerana ketakutan.
Kereta yang mengejar tadi berhenti disisi jalan dan ingin turun dari kereta. Namun teman disebelahnya tidak membenarkan.
" Biarkan dia mampus disana.Hubungi Dhaniyah. Semua settle. " Suara lelaki yang menggunakan Cap berwarna putih didalam kereta tempat memandu.
Apabila kereta tadi pergi dari sana, April melihat kiri dan kanan tiada kereta atau sesiapa disana. Dia melihat kereta yang melanggar stesen bas itu. Terlihat ada dua orang lelaki didalamnya.
" Ya Allah. Encik!! Encik!! " Panggil April.
" Selamatkan Boss saya. " Kata lelaki ditempat duduk depan dan menunjuk lelaki yang ada di seat belakang yang sedang terluka akibat hentakan kuat dan kesan tembakan di lengannya.
April membantu mengeluarkan lelaki yang ada di tempat duduk belakang. Dibawa keluar dan dibaringkan di tempat pejalan kaki. Dia kembali membantu 2 lelaki yang parah berada didepan.
POMMMPPP!!!!
Kereta tadi meletup dan terbakar hangus. Serpihan besi kereta terlempar ke arahnya dan mengakibatkan kesan luka calar dikakinya. Nasib menyebelahi 3 lelaki yang terbaring di depannya kini.
" Ya Allah. Syukurlah aku dapat selamatkan mereka dari letupan tu. " Kata April membuka Cardigan dan dikoyak menjadi dua bahagian.
Satu bahagian diikatkan nya pada luka dikakinya. Manakala sebahagian dia balutkan pada lengan lelaki yang iras-iras dengan lelaki tiktokers dari Indonesia Marlon Abraham.
" Hssstttt. " Lelaki itu kesakitan.
" Tahan sikit. Aku nak hentikan pendarahan dekat tangan encik je. Bukan nak bunuh Encik pun. " Kata April.
Lelaki itu membuka sedikit matanya dan melihat tidak jelas siapa di depannya. Perempuan yang menyelamatkannya. Dia melihat gadis itu sedang menghubungi seseorang.
" Ye baiklah.. Terima Kasih. " Kata April lalu memutuskan panggilan.
" Makin lamalah aku kat sini. " Kata April yang baru menghubungi Ambulance.
Namun tanpa diduga kereta tadi datang semula. Nasib menyebelahi April dan 3 lelaki tadi, April mengheret satu persatu lelakinya di masuk kedalam semak dibelakang stesen bas. Dan dia juga turut sama bersembunyi disana. Tanpa sengaja kakinya tersadung dan menghempap tubuh lelaki yang digelar boss tadi.
Terasa degupan jantung yang kuat di dada lelaki itu. Bibirnya jelas terlekat dibibir lelaki tadi. Namun dia tak boleh bergerak kerana dirangkul erat oleh lelaki itu. Mendengar bunyi dari kereta polis yang sedang meronda, 4 orang lelaki tadi berlalu dari sana.
April bangun dari tubuh lelaki itu dan mengesat bibirnya yang berbau Alkohol dari mulut lelaki itu.
" Ada sesiapa ke? " Tanya pegawai polis itu.
" Hishh kalau aku tak kenang kau tengah parah, Dah lama aku hempuk kau dengan karate aku. " Kata April.
" Ada sesiapa disini? " Kata polis itu lagi.
" Ada. Kejap. " April keluar dari dalam semak.
" Cik ok ke? " Tanya Polis itu.
" Ok. Tapi ada 3 orang tak ok. " Kata April menunjuk didalam semak.
" Apa dah jadi? " Tanya Polis lagi seorang.
" Tak pasti. Yang saya tahu ada sebuah kereta mengejar dan melepaskan tembakan pada kereta ni dan mengakibatkan kemalangan ni. " Kata April.
Polis yang melihat kedalam semak berlari mendapatkan pegawai yang bercakap dengan April.
" Tuan. Betul ni kereta Tengku Adham. " Kata Polis itu.
" Hah? Tengku? " April terkedu.
Ambulance datang dan membawa mereka bertiga ke hospital yang dengan segera. Dan April dibawa ke balai polis untuk membuat Aduan tentang kemalangan tadi.
April keluar dari Balai dengan menahan sakit luka dikakinya. Nasib ada seorang pegawai melihatnya yang berjalan lambat keluar dari Balai Polis.
" Kenapa cik? " Tanya pegawai itu.
" Takde apa encik, luka sikit je. " Kata April.
" Cik Mawar April Binti Ahmad. " Panggil pegawai dari arah dalam bangunan.
April menoleh melihat gadis yang menyebut namanya penuh dengan binti sekali. Besar matanya apabila melihat teman sekolahnya Aisyah didepan pintu utama bangunan.
" Aisyah Zainal!! " Teriak April.
" Eee lamanya aku tak jumpa kau. " Kata Aisyah.
" Miss you Syah. " Kata April.
" Miss you more my sweet friend. Kenapa kau kat sini? Tu kaki tu kenapa? " Tanya Aisyah.
" Aku buat statement kat sini sebab kemalangan tadi masa aku tunggu teksi. " Kata April.
" Masih macam dulu kan. Pentingkan nyawa orang dari nyawa kau sendiri. " Kata Aisyah.
" Dah benda tu jadi depan mata aku. takkan aku nak biarkan. " Kata April.
" Hah yelah. Tu je yang kau pandai kan. Cuba sekali sekala sayangkan nyawa kau tu sikit. " Marah Aisyah.
" Aku tolong sebab aku masih ada perikemanusiaan. Jangan sampai aku hilang benda tu and buat don't no je. " Kata April.
" Dah lah, Jom aku bawak kau ke hospital. Takut kena jangkitan kaki kau tu. Kena potong susah pulak. " Gurau Aisyah.
" Amboii. Gurau kasar nampak. " Kata April ketawa. Sambil berjalan kekereta Aisyah.
" Malam Puan! " Kata seorang pegawai pada Aisyah.
" Malam. " Balas Aisyah dan dianggarkan oleh April yang berada di sisi Aisyah.
" Cantik kawan Puan. Bujang ke? " Tanya pegawai lelaki itu.
" Tentulah. Kenapa berkenan ke Lan? " Kata Aisyah.
"Adalah sikit kenan. " Gurau Azlan.
" Tak payah. Kau nak letak mana si Manja tu? " Tanya Aisyah.
" Ish Puan ni. " Kata Azlan.
" Dah lah Lan. Aku gerak dulu. " Kata Aisyah.
" Baik Puan. Hati-hati. Bye Mandak. " Kata Azlan.
April hanya senyum membalas lambaian Azlan padanya dan Aisyah.
Aisyah menghantarnya ke hospital dimana 3 orang lelaki tadi dihantar.
" Mawar sorry tau. Aku tak dapat tunggu and hantar kau. Husband aku dah call. " Kata Aisyah.
" Takpe aku oklah. Kau hantar kat sini pun aku dah bersyukur. " Kata April.
" Kau hati-hati tau Mawar. " Kata Aisyah.
" Iye. Dah pergilah. Nanti aku call kau. " Kata April selepas bertukar nombor phone tadi.
" Take care tau. " Pesan Aisyah lagi.
" Ye. " Kata April dan berlalu apabila kelibat Vios Aisyah hilang dari radar.
April menuju ke arah wad kecemasan dan mengisi nama disana. Dia duduk disisi seorang wanita pertengahan umur namun masih terlihat menawan.
" Kenapa kaki? " Tanya wanita itu.
" Oo luka. " Kata April.
" Mawar April!! " Panggillan dari speaker yang menyebut namanya.
" Pergi dulu Aunty. " Kata April.
" Takpe silakan. " Kata Wanita iu.
April berlalu melintasi 2 lelaki yang diselamatkannya bersama seorang lelaki yang membelakanginya. Namun April tidak perasan akan wajah keduanya. Lalu pergi kemeja Doktor yang bertugas.
" Nasib Ziyad Afiq tak kenapa-kenapa. Korang ingat nyawa ni ada berjual dekat pasar raya ke hah?!! " Tanya Tengku Adham.
" Kalau takde orang tolong tadi macam mana? And one more thing. Siapa yang berani buat kacau dekat kawasan tu? " Tanya Tengku Adham.
" Dyy. Dah-dah lah marah tu. Takde makna nak marah mereka berdua melainkan anak kita yang buat masalah. " Kata Tengku Eshaal.
" Dah. Aaron, Alfred, pergi tengok Ziyad. Dia ok ke tak? " Kata Eshaal lagi pada anak buah anaknya Ziyad.
" Cik Mawar April? " Kata Doktor itu.
" Iya saya. " Kata April.
" Kat mana luka? " Tanya doktor itu.
April menunjukkan balutan dari Cardigan dipahanya. Dia membuka perlahan. Dan jelas separuh dari jeans yang dipakainya hampir separuh terkena darah.
" Parah jugak ni. " Kata Doktor itu lagi.
" Kena jahit ke? " Tanya April.
" Nampak gaya macam tu lah, sebab apa ni? " Tanya Doktor itu lagi.
" Ada kemalangan dekat jalan Arshad tadi. Terkena serpihan letupan kereta. " Kata April.
Dan Tengku Adham dan Tengku Eshaal yang ada diluar bilik rawatan terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh gadis itu.
Share this novel