April dipanggil ke ruangan doktor untuk berbincang soal sakit adiknya. Dia tahu hanya tinggal beberapa bulan saja dia akan kehilangan Ash buat selamanya. Penyakit yang dihidap adiknya bukanlah penyakit biasa. Ianya adalah kanser hati. Penyakit yang banyak membunuh secara senyap-senyap.
" Cik faham kan. Hospital swasta ni. Cara pembayaran dia macam mana? " Tanya Doktor didepannya.
" Tahu Dok. Saya akan usahakan bayar hari ni selepas balik dari kerja. " Kata April.
" Baiklah. Kalau tidak, Pihak kami terpaksa hentikan kesemua perubatan terhadap adik Cik. " Katanya lagi.
" Ye baiklah. Terima kasih Dok. " Kata April dan berlalu meninggalkan Doktor itu yang memandangnya Hiba.
April keluar dengan fikiran bercelaru. Mana nak cari bilik sewa, Mana nak bayar bil hospital. Mana nak fikir makan minumnya. Akhirnya dia tersandar dan teresak di dinding menghadap keluar tingkap.
" Besar dugaan Kau kali ni kat aku. Hingga aku tak mampu nak menanggungnya sendiri. " Kata April.
"Saya teman awak tanggung sakit tu. " Kata Ziyad yang muncul dari sisinya.
" Awak ni? " Berkerut dahi April mengingat dimana dia menemui lelaki itu. Dan apabila Dia teringat, bola matanya membesar dan menganggukkan kepalanya.
" Ye awak yang selamatkan saya dari maut terbakar dalam Honda tu. " Kata Ziyad.
" Awak dah ok ke? " Tanya April.
" See. Awak nampak saya tak ok ke? " Tanya Ziyad.
April hanya senyum tawar.
" Awak nak tak bantu saya? " Tanya Ziyad.
" Apa dia? " Tanya April.
" Jadi pembantu rumah saya. Saya akan settlekan semua bil hospital adik awak. " Kata Ziyad.
" Hah? Biar betul? " Tanya April.
" Betullah. Awak hanya perlu buat kemas Apartment saya, masakkan saya dan teman saya bila saya nak pergi ke majlis-majlis yang memerlukan saya bawa teman. " Kata Ziyad.
" Tapi pagi saya kerja? " Kata April.
" It's okey dear, Pagi awak kerjalah. Petang balik tu baru awak selesaikan urusan rumah. " Kata Ziyad.
" Kat mana Villa Encik. Jadi senang sikit saya cari bilik sewa area sana. " Kata April.
" O no no no. Awak akan tinggal dekat Apartment saya. " Balas Ziyad.
"Hah? Biar betul? " Kata April.
" Nak atau tak. Peluang hanya sekali ini. " Kata Ziyad.
" Tak boleh fikir ke? " Tanya April.
" Herm 5 Minit. " Kata Ziyad.
" Mana cukup!! "Kata April.
April berfikir sejenak. Betul atau tak dia harus mengikut apa yang dimahukan lelaki itu. Betul ke dia akan lunaskan semua bayaran tunggakan Ashar.
" Baiklah. Saya setuju. " Kata April.
" Deal? " Tanya Ziyad dan menghulur tangannya.
" Deal. " Kata April. Menyambut huluran tangan Ziyad.
" Thanks atas kucupan mesra semalam tu. " Kata Ziyad lalu meninggalkan April yang sudah pasti wajahnya memerah.
Dia terfikir bagaimana lelaki itu tahu dia terr dan tanpa sengaja menciumnya. Malunya bukan kepalang.
Dia begegas melihat Ash sebelum Ash dipindahkan ke dalam ICU kejap lagi.
" Akak? " Sapa Ashar.
" Ash mungkin akak tak dapat selalu ada disisi Ash. Akak kena cari duit lebih untuk perubatan Ash kat sini. Doakan Akak sihat selalu ye. Akak doakan Ash akan cepat sembuh. " Kata April.
Dia begegas keluar dari ruangan Ash dan pergi ke tempat kerja. Dia akan mandi ditempat kerjanya saja.
Pin!! Pin!! Pin!!
Hon kereta dari arah belakang memberhentikan langkah April. Dia menoleh melihat siapa yang. menghonnya.
" Jom. Uncle dan Aunty hantar kamu. " Kata Eshaal.
" Eh Aunty takpelah. " Kata April.
" Takpe. Jomlah. " Kata Eshaal.
Nak taknak April yang telah lambat pergi kerja akhirnya masuk kedalam kereta.
" Aaron. Hantar dia pergi kerja dulu. " Kata Adham.
" Kamu kerja mana? " Tanya Aaron berpura tak tahu.
" AEZ Holdings. " Kata April.
Eshaal dan Adham senyum mendengar nama Syarikatnya disebut gadis itu. Kereta bergerak menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh April.
" Sapa nama Awak? " Tanya Adham.
" Mawar April Binti Ahmad. Panggil April je. " Balas April.
" Uniknya nama. " Tanya Eshaal.
" Arwah Mama yang bagi. Dia bagi tahu bulan lahir saya pada April waktu bunga Mawar yang Arwah Mama tanam mulai kembang. Sebab tu Mama bagi nama Mawar April. " Kata April.
" April ada berapa beradik? " Tanya Adham.
" 3. Saya anak kedua, Ada Abang tapi tak tahu dimana dia sekarang. Dan adik saya Muadz Ashar. " Kata April.
" Tinggal dengan siapa and kenapa dengan badan awak tu. Penuh dengan birat merah dan biru. " Tanya Eshaal.
" Errr. Macam mana nak cakap ye. " Kata April mengaru kepalanya yang tak gatal.
" Bagitahu je. Kami takkan bagitau sesiapa. " Kata Adham.
" Atok yang buat. Dia tahu Ash tak boleh demam atau sejuk sebab akan menyebabkan sel kanser dia cepat merebak. " Kata April.
Aaron memandang sekilas gadis disisinya memang benar kedua lengannya penuh dengan kesan calar dan birat merah seperti kena rotan.
" Tadi subuh masa balik, tup tup Atok bagitahu yang Ash tak sihat dan dia kata tak payah nak bawak ke hospital dia tetap akan mati juga. " Kata April mengesat air matanya yang mulai mengalir mengingat kejadian subuh tadi.
" Habis sekarang April tinggal kat mana? " Tanya Eshaal kesian.
" April tinggal dengan kawan April. " Tipu April.
Sampai saja dia didepan pintu utama syarikat, April keluar dari pintu penumpang dan mengucapkan terima kasih kepada mereka dan berlalu pergi ke dalam syarikat agar dia sempat untuk membersihkan dirinya.
Dhaniyah menapak keluar dari kereta Mazda milik Muadz dan pergi ke tingkat atas Syarikat AEZ milik Ziyad. Muadz melakukan keretanya menuju ke flat tempat tinggalnya dulu untuk datang melawat kedua adiknya.
10 tahun dia meninggalkan April dan Ash bersama Atoknya. Dan dia hanya mengirimkan setiap bulan wang belanja dan wang perubatan untuk Ashar. Dia memarkir kan keretanya di tempat parking yang berada disisi flat.
Dia membawa beberapa plastik makanan untuk mereka. Mendaki tangga dan sampai ke tingkat tempat tinggalnya. Dia melihat Atoknya Mu'min yang sedang berang dan mula mengamuk melemparkan setiap barang yang ada didalam rumah mereka.
" Kenapa dengan Atok? " Tanya Muadz pada Haji Idris.
" Eh Muadz. Lama kau tak balik sini. " Kata Haji Idris.
" Sibuk sikit pakcik. " Kata Muadz.
" Kenapa dengan Atok? " Tanya Muadz lagi.
" Adik kau dah lari tiggal kan dia kat rumah ni seorang diri. " Kata Haji Idris.
Lepas plastik ditangan Muadz apabila mendapat tahu kedua-dua adiknya lari dari rumah mereka.
" Tapi kenapa? Setiap bulan Muadz beri belanja pada Atok untuk April dan Ashar. " Kata Muadz.
" Siapa nak tahan dengan baran Atok kau ni. Kau tak lihat April semalam hampir mati dirotan oleh Atok kau. Habis badan dia berbirat. Ada yang koyak. " Cerita Haji Idris.
" Apa? " Muadz terkejut dengan apa yang dibuat oleh Atoknya pada kedua adiknya.
" April tak sanggup sambung sekolahnya lepas habis SPM apabila Kanser Ashar dah mula merebak dari tahap pertama dan kini ke tahap ketiga. " Kata Haji Idris.
Muadz melangkah masuk kedalam dan memegang bahu Atoknya. Mu'min menoleh ke belakang dan dengan sekejap Muadz menghayunkan penumbuknya ke wajah orang tua itu.
Mu'min tersungkur kelantai akibat tumbukan dari Muadz diwajahnya. Muadz mendekati dan memijak dada Mu'min dan menunjuk wajah Mu'min.
" Aku tak sangka ada Atok yang sanggup buat macam ni kat Cucunya sendiri. " Kata Muadz.
" Apa yang aku dah buat. " Tanya Mu'min.
" Tiap bulan aku bagi kau duit tiga ribu ringgit untuk perubatan Ash dan banyak untuk April sambung belajar, Tapi kau makan semua duit tu dan kau paksa April untuk bekerja menanggung bayaran Hospital Ashar!!!! " Kata Muadz.
" Kau dengar sini orang tua. Kalau ada apa-apa jadi dekat April dan Ash. Aku akan pastikan kau tanggung semuanya. " Kata Muadz.
" Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu ke budak hingusan. " Kata Mu'min melawan.
" Jangan pernah kejut harimau yang sedang tidur. Silap langkah susah hidup kau. " Bisik Muadz di telinganya.
Muadz berlalu keluar dari rumah itu dan menapak ke arah Haji Idris.
" Pakcik ada gambar April dan Ash masa mereka dah besar ni? " Tanya Muadz.
" Ada kalau tak silap. Muadz tunggu kat sini kejap. " Kata Haji Idris berlalu ke rumahnya.
" Nah ni je yang Pakcik ada. " Kata Haji Idris.
Muadz menyambut huluran gambar dari Haji Idris. Jelas terlihat seorang gadis tanpa solekan bersama seorang budak lelaki berusia lingkungan 13 atau 15 tahun disisinya yang memakai hos oksigen sedang tersenyum indah.
" Terima Kasih PakCik. Barang-barang tu. PakCik ambil. Saya sedekah. " Kata Muadz dan berlalu dari sana.
Kini dia terpaksa meminta teman-temannya untuk mencari April dan Ashar. Dia masuk semula kedalam kereta Mazdailiknya dan mula menghidupkan enjin kereta itu. Dia mengeluarkan Phone nya dan mula mengambil semula gambar itu dan menghantar pada kesemua group MA Holdings miliknya. Termasuk Geng gelapnya.
- CARI TAHU DIMANA MEREKA BERDUA BERADA SEKARANG. SESIAPA YANG DAPAT MEMBAWA MEREKA KEPADAKU, AKU AKAN BERIKAN WANG TUNAI 50K UNTUK SETIAP SEORANG DARI MEREKA - MUADZ ARHAM.
Dia mula memandu menuju ke Syarikat miliknya yang berada di tengah-tengah bandar. Namun tidak perasan akan April yang sedang melintasi jalan menuju ke kedai makan sebelah jalan untuk membeli sarapan dan makan tengah hari.
Lampu merah menandakan Muadz terpaksa berhenti. Dia memandang cermin sisi dan melihat seorang gadis yang mengenakan Hoodie paras tumit dan jelas tersarung legging dikakinya berwarna hitam dan mengenakan heels dikakinya. Tudung shawl yang hanya diletakkan di bahu.
" Cantik. " Kata Muadz. Namun dia terfikir siapalah nakkan padanya yang bergelumang dengan dosa dan maksiat.
" Mana kau berdua dik. " Kata Muadz sebak.
Sampai di Syarikat miliknya, Dia duduk diatas kerusi didalam ruangannya dan menghadap ke arah tingkap besar dibelakangnya.
Tok!! Tok!! Tok!!!
" Masuk. " Kata Muadz.
" Ar. " Panggil Ayden.
" Masuklah Den. " Kata Muadz.
" Siapa gadis dalam gambar tu? Dia ada buat hal dengan kau ke? Kau nak aku call orang-orang kita untuk cari perempuan keparat tu? " Kata Ayden dan mula duduk santai disofa yang ada dalam ruangan Muadz.
Muadz merenung tajam pada Ayden membuatkan Ayden salah tingkah didepannya.
" Sekali lagi kau cakap macam tu. Aku akan pastikan kau makan menggunakan tiub lepas ni. " Kata Muadz memberi amaran pada Ayden.
" Rileks bro. Aku nak tahu apa hal kau cari gadis tu? " Tanya Ayden.
Muadz tak mampu mengawal amarahnya lalu melepaskan pada gambar yang pernah dilukis oleh April padanya satu tika dulu hingga cerminnya pecah berderai akibat tumbukan Muadz.
Lakaran bunga Mawar didalam frame terlihat kotor akibat darah yang mengalir dari jemarinya. Keluar air matanya saat dia mengenang waktu April menyerahkan lukisan itu pada dirinya.
" selamat ulang tahun Abang Ar. Maaflah April tak tahu nak bagi apa. Cuma ni je yang April dapat berikan pada Abang Ar. Tanda April sentiasa ada dihati Abang Ar. " Kata April memberikan Lakaran indah sekuntum mawar besar. Indah dipandang.
" Maafkan Abang. " Hanya itu yang mampu terucap saat ini.
Share this novel