Bab 4: SALAH FAHAM

Romance Series 43636

Bab 4

DANIEL DAH LAMA MINAT DEKAT DIAN. SEJAK DIAN MASUK KE DALAM KELAB BERKUDA INI LAGI. DIAN, DANIEL TAK RETI NAK BERSWEET-SWEET BAGAI MACAM BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG. APA YANG DANIEL TAHU, IALAH PERASAAN INI.

ENTAH, SEJAK BILA PERASAAN INI ADA. BILA DIAN TIADA, DANIEL JADI TIDAK TENTU ARAH. DANIEL BAGAIKAN HILANG DARI RADAR. DANIEL TAK BOLEH BUAT KERJA KALAU SEHARI TAK JUMPA DIAN. BOLEH GILA AGAKNYA DANIEL NANTI.

JADI, HUJUNG MINGGU INI, FAMILY DANIEL AKAN DATANG KE KEDIAMAN DIAN, UNTUK BERBINCANG SOAL HUBUNGAN KITA.

DANIEL TAHU, JAUH DI LUBUK HATI DIAN, MESTI DIAN CINTAKAN DANIEL JUGAK KAN? HAHA, TAKPE, TAK PAYAH CONFESS. CUKUPLAH, HUJUNG MINGGU NI, KELUARGA KITA BERBINCANG.

ARGHH, TAK SABARNYA NAK BERSATU DENGAN DIAN. LOVE YOU SAYANG.

DARI KEKASIHMU,
DANIEL.

Surat itu di baca berulang-kali sebelum di ronyokkan dengan hati yang mendongkol geram. Sejak bilanya mereka bercinta? Pandai-pandai sahaja Daniel ni.. Eiii, kalau orang lain baca, mesti mereka akan salah faham.

Dian melemparkan surat itu ke lantai, terus dia berlalu naik ke atas. Nak datang hujung minggu? Eeii, melampau nya..

Qas yang menyorok dari sebalik dinding, terus mengambil surat itu. Siapa yang hantar surat dekat Dian? Kenapa Dian nampak macam marah aje? Begitu banyak persoalan di dalam benak fikiran nya.

Ngeee, geli tekak Qas yang membacanya. Daniel yang kaki perempuan tu nak dekat Dian? Macam takde lelaki lain yang berkualiti. Kalau Dian bersetuju pun, belum tentu Qas akan merestui.

Kini giliran Qas pula mencampak kertas itu ke lantai. Dia terus bergerak keluar dari rumah. Pergi jogging lagi bagus.

Kereta mewah Tuan Farrel mula memasuki perkarangan rumah. Ben membuka pintu untuk majikannya sambil menundukkan pandangan nya. Seram!

Tuan Farrel melangkah masuk ke dalam rumah. Pakaian nya di lempar ke wajah seorang maid yang berdiri di pintu. Mood tak baik ni.

Elok sahaja dia ingin naik ke tingkat atas, terlihat satu ronyokkan kertas di atas lantai.

Ni pantang tok nenek nya.. Pantang sungguh. Dia upah maid berjuta dalam rumah ni, bukannya untuk goyang kaki sahaja. Kertas besar macam tu, takkan tak nampak kot? Ish, memang nak kena potong gaji ni.

Kertas itu di ambil. Dia mula melangkah ke dapur untuk mencari maid-maidnya. Of course lah, nak beri sepatah dua ceramah.

Kertas itu dipandang sekilas lalu.

DIAN CINTAKAN DANIEL?!

What?!

Kertas itu di buka dengan hati yang berdebar-debar. Seluruh isi surat itu di baca berulang-kali untuk mengelakkan dia daripada tersalah baca.

What the hell!

Rupanya selama ini, Dian dan entah jantan mana entah yang bernama Daniel itu sedang di lamun cinta.. Haha, nak datang hujung minggu untuk berbincang? Langkah mayat Farrel dulu.

Ingat dia dengan senang hati nak lepaskan Dian begitu sahaja? Memang lah dia tidak cintakan gadis itu, tetapi gadis itu sudah sebati di dalam hidupnya. Sex partner nya.. Nope! Farrel takkan biarkan sahaja.

" Diann?! " nama itu di laung kuat sehinggakan satu isi rumah mendengarnya.

Dian yang kebetulan sedang membaca buku segera turun ke bawah. Bala apakah yang sedang menantinya?

Farrel memandang kelibat Dian sambil mencekak pinggang. Wah, sudah pandai ya mahu memadu kasih bagai? Lupakah Dian bahawa dia itu seorang hamba sahaja? Hamba yang di naik tarafkan?

" Kenapa daddy? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? " soal Dian dengan suara yang lembut.

Farrel mencengkam rambut Dian lalu di tolak gadis itu ke sofa. Tubuh itu di tindihnya dengan kasar.

Rontaan Dian sedikit pun tidak mampu membuatkan cengkaman itu terlepas. Malah, semakin lama semakin kuat pula Farrel mencengkam sambil menarik rambut ikal Dian.

Terasa sehingga ke akar rambut di buatnya. Kulit kepalanya bagaikan hendak tercabut sahaja.

" Sakit...Sa..kit...Daddy.." suara Dian kedengaran lemah meringis.

Tahu pulak sakit! Tak fikir langsung perasaan Aku ni! Dasar perempuan murah!

" Apa? Sakit? Aku punya sakit, kau tak fikir ke?" Farrel menampar-nampar pipi itu sehingga kan raungan Dian tidak lagi kedengaran.

Dian tak mampu lagi melaung. Hanya air matanya sahaja cara untuk dia menzahirkan rasa sakit itu.

" Aku paling benci orang tak sedar diri. Aku dah bela kau dari kecil sampai besar, tapi kau boleh pulak eh, nak buat muka tak malu nak bercinta bagai? Nihh! " Pakaian Dian di rentap kasar di bahagian dada sehingga terkoyak.

" Ada lagi ke, lelaki yang boleh terima perempuan kotor macam kau? Tiap malam layan Aku. Haha, Aku salute lah dengan lelaki tu, kalau boleh makan sisa orang lain. " Satu-persatu kata-kata hinaan terbit dari mulut itu.

Dian memejam matanya.. Air mata di alirkan lagi tanda dia benar-benar di rundum kesedihan dan kekecewaan.

Farrel melepaskan cengkaman nya. Rambutnya di raup ke belakang. Terus dia berlalu masuk ke dalam bilik. Kesal.

Dian juga terus berlalu masuk ke dalam bilik. Terasa malu apabila semua orang gaji dan pekerja sedang mengintai. Sampai hati Daddy! Langsung tidak melakukan usul periksa dahulu.

Bibirnya yang pecah di seka perlahan. Sakit.

Sementara itu, dari dalam bilik, Farrel menghempas tubuhnya di tengah katil. Kenapa ya Tuhan? Sejak bila Aku nak jadi cemburu sangat ni? Hei, Aku tak suka budak tu pun lah.

Aku anggap dia macam pelacur. Cumanya dia layan Aku seorang sahaja. Tapi, kenapa? Kenapa bila Aku baca surat tu, Aku rasa sakit sangat? Hati Aku pedih..Jiwa Aku meremuk..

Hah, tak payah layan setiap perasaan bodoh ni,Farrel. Buang masa kau sahaja. Lebih kau siap sedia untuk meeting pukul 5 nanti. Dah.. Buang perempuan tu dari ingatan sekarang!

•••••••

Wanita tua itu memandang pemandangan yang indah terbentang dari menara tempat yang dia duduki sekarang ini. Sudah dua puluh tahun dia tinggal di atas puncak menara seorang diri.

Anak patung yang di perbuat daripada bantal kecil yang diikat dengan tali, di tekap ke dada. Air matanya menitis lagi buat kesekian kalinya.

" Sampai hati kau buat Aku macam ni? Sampai hati! Sumpah Aku tak pernah buat semua tu. Kalau perlu junjung al-Quran pun, Aku sanggup. " Anak patung itu terus di lempar ke lantai.

Sudah tidak guna lagi dia merintih bagai nak rak. Anak nya yang berhati batu tu, bukannya akan dengar pun. Dasar anak tak guna! Kalau tahu, dari kecil lagi dia gugur kandungannya. Menyesal tak sudah mengandung kan manusia berhati dajjal tu selama 9 bulan 10 hari.

Pasti, sekarang ini, anaknya sedang menyakiti seseorang lagi. Biasalah, kalau tak puas hati sahaja, pasti ada sahaja orang yang menjadi mangsa. Dia sudah terlalu muak untuk mengingati anaknya itu. Tetapi biasala, naluri seorang Ibu. Pasti dalam sehari itu, akan muncul juga ingatan tentang anak-anak nya.

Camelia! Ya dia masih ada lagi anak perempuan nya.

Tetapi, sejak Camelia di bawa lari oleh anaknya yang tak guna tu, memang dia tak tahulah pasal Camelia tu. Dasar bajingan betul, Cammon ni!

Peristiwa 12 tahun yang lalu kembali terlayar diingatan..

" You, tahukan Rose, Isangat mencintai you. Haruman you, tubuh you, segala-galanya tentang you, membuatkan I ketagihan. I mahu you jadi milik I sahaja. I akan merubah hidup you. Kita akan bina sebuah kehidupan yang baru dan lebih sempurna. " lelaki itu mengelus pipi Rose yang mulus itu.

Rose membiarkan perlakuan lelaki itu. Dia juga menikmati keasyikan sentuhan tangan kasar itu.

Almaklumlah, suaminya yang sedang terlantar sakit itu, tidak mampu melayani keinginan nya. Jadi, hidup tetap perlu di teruskan. Tidak salah untuknya mencari seseorang yang mampu memuaskannya keinginan nya pada setiap malam dengan sentuhan yang hangat.

PRANG?!

Bunyi kaca pecah itu, pantas membuatkan Rose bangun dari pembaringannya. Hatinya bergegup laju. Tidak mungkin! Tak, itu bukan anaknya bukan? Bukankah sepatutnya, Common pulang dari sekolah pada pukul 2 petang? Tetapi sekarang, masih pukul 1:30 petang.

" Tepilah! " Rose menolak tangan lelaki itu.

" Why? Suami you memang nak mati dah kan? Asal? You takut suami you sihat balik, dan akan marah kita? Hey, kalau perlu izin dia sekarang, I akan minta lah. Ingat I takut ke, dengan lelaki yang lumpuh nak mati tu? " begitu bongkak lelaki itu berkata-kata.

Tidak malukah lelaki itu? Sudah lah berlaku curang. Ini nak pisahkan suami isteri pula. Haish, memang masuk neraka terus lah jawabnya.

" Diam lah." Rose terus berlalu ke dapur. Diikuti dengan lelaki itu, semestinya. Kaki kepit, biasalah.

Tiada sesiapa pun! Fuh, lega! Dadanya diurut perlahan.

Matanya sempat meliar keluar. Dari luar, dia ternampak bayangan seorang lelaki muda berlalu dengan basikal merahnya. Itu..seperti.. Common?

Ya Tuhan! Adakah, Common sudah ternampak dirinya yang sedang berselingkuh itu? Allah! Inilah perkara yang paling ingin dielaknya.

" Kenapa you? Ada apa-apa ke dekat luar? " Lelaki itu turut menjenggukkan kepala ke luar.

" Ish, you ni! Jangan nak melekat dengan I sangat boleh tak? I tengah serabut ni." Rose menengking lelaki itu sebelum berlalu keluar dari ruangan dapur.

Hah, sudah! Pasti akan ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Jantung Rose sudah berdegup kencang. Pelbagai kemungkinan mula mengganggu benak fikiran.

maaf lambat update! Riya betul² minta maaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience