Bab 3- LIPATAN SEJARAH

Romance Series 43636

Bab 3

10 tahun yang lalu.

Seorang gadis kecil berpakaian comot di tolak untuk duduk di kaki seorang lelaki matang berpakaian mewah dan kemas.

Gadis tersebut kelihatan takut-takut tetapi dia tetap juga memandang wajah lelaki matang itu. Pada anggaran matanya, lelaki itu berusia lingkungan 30-an. Nampak macam bapak orang.

" Inilah budak yang Aku cakap tu. " suara seorang lelaki lain dari belakang, membuatkan gadis itu terkejut sebelum jatuh tersembam ke lantai.

" Gadis cemerkap! " ujar lelaki matang itu.

" Tapi, dia yang paling sesuai. Berkulit putih dan berwajah comel. Pasti apabila dia membesar nanti, dia akan menjadi gadis yang cantik. " balas lelaki yang masih berdiri di belakang.

Pandangan mata hazel yang tajam memandangnya membuatkan Dian jadi tidak tentu arah. Takut.

" Okay, Aku beli dia. Nanti payment semua, kau uruskan dengan PA Aku. Dah-dah, pergi balik." Halau Farrel dengan angkuhnya.

Lelaki yang sedari tadi berdiri di belakang terus berlalu dengan wajah tersenyum lebar. Sudah terbayang not-not wang dollar terbang masuk ke dalam poketnya.

" Mari adik. Mari saya tunjukkan bilik adik. " Puan Warda menghampiri Dian yang masih lagi duduk termangu-mangu di situ.

Dian mengangkat wajahnya. Anak matanya sudah berkaca-kaca.

" Lahhh, kenapa nangis ni? Dian.. Mari Mak bawa ke bilik. Kita mandi ya." Puan Warda menyentuh tangan Dian. Jatuh simpati dia akan nasib gadis kecil itu. Kasihan.

Dian mengesat air matanya. Dia mengikuti langkah Puan Warda dari belakang. Agak kekok sebenarnya untuk dia berjalan di dalam rumah besar itu. Cantik sangat macam dalam istana yang ada dalam buku cerita dongengnya.

Tak sampai 10 minit melangkah, kata-kata lelaki yang menjual nya kembali terngiang-ngiang di fikiran. " Abang terpaksa jual adik. Bukannya Abang tak mampu jaga adik, tapi Abang nak adik tolong Abang balas dendam dekat Tuan Farrel. "

Lelaki itu memekup kedua-dua belah pipi Dian yang tembam. " Setiap malam, dari bilik Dian, pada pukul tepat 12 tengah malam, Abang akan menunggu di sebalik pokok sambil menyalakan lilin. " ujar lelaki itu sebelum air matanya menitis di hujung pelupuk mata.

Bukan kerelaan nya sebenarnya untuk menjual Dian. Dianlah merupakan satu-satunya keluarga nya yang ada selepas Ibu bapa mereka terkorban di dalam nahas jalan raya. Sejak itu, mahu ke mana-mana pun, mereka akan bersama-sama.

" Pokok mana? " soal Dian. Anak matanya jernih memandang Abangnya yang baru berusia belasan tahun itu.

Lelaki itu tersenyum kecil. Tak sangka Dian mahu menolong nya. " Pokok yang bertentangan dengan bilik Dian. Pokok epal yang paling tinggi."

" Pokok epal? Paling tinggi? "

" Yes. "

Dian menganggukkan kepalanya. Baiklah, dia setuju.

" Terima kasih, dik. Pengorbanan ni, terlalu besar untuk abang. Abang janji Abang akan keluarkan adik secepat mungkin dari sini. I' m promise. " Jari kelingking di tautkan.

Dian mengalirkan air matanya yang di tahan-tahan ketika mereka berpelukan. Sebaik sahaja pelukan di longgarkan, cepat-cepat dia menyeka air mata. Senyuman pahit di lemparkan.

Lelaki itu memimpin tangan Dian untuk masuk ke dalam perkarangan rumah Tuan Farrel.

" Dian! "

Suara Puan Warda yang tiba-tiba bersuara itu, terus membuat kan segala apa yang terlayar di fikirannya, terus hilang.

Dian kelihatan terpisat-pisat.

" Dah sampai dah depan bilik Dian. Baju semuanya dah tersedia dalam almari. Mak dah sediakan juga barang-barang untuk mandi kamu. Errr, Dian nak mandi sendiri ke, atau nak Mak tolong mandikan? " soal Puan Warda sambil menolak pintu bilik yang terletak paling hujung itu.

Pada aras itu, hanya ada 4 buah bilik sahaja.

" Mandi sendiri. " jawab Dian sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Wah, bukak pintu je, automatik aircond dengan lampu terbuka. Ajaib nauu..

Tak dapat terbendung dah, sikap kagum Dian.

" Dian boleh bersihkan diri sekarang ya. Malam ini, kita akan makan sama-sama dekat bawah." ujar Puan Warda sambil tersenyum sebelum dia beredar keluar, tak lupa juga untuk menutup pintu.

Dian melompat-lompat di atas katil empuk itu lagaknya seperti kera masuk dapur.

Seronoknya hidup ni.. Akhirnya, apa yang dia impikan menjadi kenyataan.. Tak sabar nak tunggu kejutan lagi pada hari-hari yang bakal mendatang.

••••••••

Nelson menyentuh parut di perutnya. Parut itu mengingatkannya kepada peristiwa lama yang selama ini di simpan rapat daripada pengetahuan orang lain.

Peristiwa hitam pada malam itu, telah membuatkan dia di tikam dengan teruk di sebabkan oleh insan yang paling di sayanginya.

Shit!

Dia akan membalas dendam. Tunggulah sehingga hari itu tiba. Akan di balas apa yang dia rasa kepada insan itu. Dasar pengkhianat.

" Kau akan mati.. Tak esok, mungkin lusa. Hahahahha. " Dia ketawa terbahak-bahak tetapi jelas sekali cairan panas perlahan-lahan meleleh di pipi.

Nelson cuba untuk membuka buku baru di dalam hidupnya. Tetapi mengingatkan, apa yang telah terjadi, membuatkan dia bangkit untuk terus berjuang. Berjuang menuntut pembalasan.

Hitunglah hari-hari kau mulai sekarang sebab Aku akan mula masuk di dalam hidup kau.. Tunggu lah dengan hati-hati sebab seadainya Aku dekat dengan kau, hujung pisau rambo ni, Aku akan robek segala isi perut kau.

•••••••

Farrel menyemak laporan kewangan yang di bawa oleh PAnya sebentar tadi.

Nampak nya purata keuntungan perniagaannya semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu. Jika hal ini berlanjutan, mereka akan mengalami kerugian yang paling terbesar di dalam sejarah.

Butang interkom di tekan. " Mary, masuk sekarang. " suaranya kelihatan serius.

Dia bergerak ke sofa sambil membawa laporan kewangan itu. Butang kemejanya di buka sedikit untuk menghilangkan kepanasan badan.

Tok..tok..tok..

" Masuk."

Mary yang berpakaian formal itu, terus masuk ke dalam. Dia duduk di sofa bertentangan dengan Farrel. Melihat dari wajah lelaki itu sahaja, dia tahu bahawa Farrel sedang beremosi.

Candu!

Ya, Tuan Farrel memerlukan candunya.

Selalunya ketika beremosi, Tuan Farrel akan berulit dengan candunya.

" Saya akan sediakan kereta untuk Tuan. Baliklah dahulu. " jawab Mary dengan berhati-hati.

" Pukul 5 petang, kumpulkan ahli lembaga syarikat. Akan ada mesyuarat tergempar. " jawab Farrel sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Dian..

Hanya nama itu yang terbayang di saat ini.

Tunggu Aku. Aku perlukan kau, my honey bunnie.

Boleh nampak yang bertapa obsesnya Tuan Farrel ni dekat Dian.. Gilo..Ini kerja gilo..

Selamat pagi korang! Maaf andai ada kesalahan. harap korang enjoy..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience