Bab 7: PERGI

Romance Series 43636

Bab 7

Tubuh Camelia yang sedang tertidur itu di kendong dengan kedua-dua belah tangan nya. Common terasa begitu benci melihat wajah yang saling tidak tumpah dengan wajah Rose.

Kalau Camelia tiada, pasti sekarang ini, segala apa yang Camelia dapat, akan menjadi miliknya. Common tidak tahu, apa istimewanya seorang Camelia sehinggakan di layan sebegitu rupa.

Mereka di lahirkan daripada perut yang sama. Rahim yang sama. Tiada langsung bezanya. Bezanya sedikit sahaja, iaitu Common di lahirkan 10 tahun awal dan dia merupakan seorang lelaki.

" Err..Abang? " Camelia bersuara setelah terasa lenguh di kendong sebegitu. Walaupun, baru bangun tidur, wajahnya tetap kelihatan manis.

Common malas mahu melayan. Di kendong juga Camelia ke bilik lalu di baringkan di atas katil.

Camelia membetulkan kedudukan nya apabila melihat Common ingin melangkah pergi.

" Kita dekat mana ni, Abang? Kenapa Abang nak tinggalkan Lia sendiri dekat sini? " Camelia cuba mengejar langkah Common tetapi pantas pintu di kunci dari luar.

Pintu di ketuk dengan kuat..

" Abang..Abang... Bukak pintu ni, Abang.." Camelia sudah menangis. Dia terasa takut apabila melihat bilik kecil itu, yang di penuhi dengan sticker wanita seksi yang mampu memicu ghairah lelaki yang memandang. Dengan katil berbau hapak.

" Abang..bukak pintu ni..Abang.." Camelia meraung-raung dari dalam.

Sementara itu, dari luar, seorang lelaki botak dan berkerut buncit menyuakan beberapa not wang kepada Common. Mereka berjabat tangan sebelum Common berlalu pergi.

Ya, Inilah keputusan yang patut di ambilnya. Menjual Camelia kepada Bapak ayam.

Common melangkah dengan langkah yang luas tetapi dia tetap terasa rasa berat untuk pergi. Dia berhenti seketika.

" Aku dah tak larat nak nasihat kau ni, Mon. Kau dengan keras kepala kau ni, boleh pergi matilah. Kalau kau marah dekat Mak kau pun, tak payah lah, nak babitkan adik kau. Dia sikit pun tak bersalah dalam hal ni..

Jangan sebab seekor nyamuk, habis satu Selimut kau nak bakar. Aku sebagai kawan, Aku dah nampak dah apa yang betul, dan apa yang salah. Aku sokong kau bila kau buat benda betul, tapi nii, dah terlalu melampau, Mon.

Adik kau tu Mon. Takkan kau tergamak nak jual dia dekat bapak ayam? Wehh, dia tu tak berdosa dan terlalu kecil la."

Terngiang-ngiang kata-kata Lucas kepadanya sebelum dia berlalu dari rumah kawannya sebentar tadi.

Dia membawa Camelia bersama dan tumpang rehat sekejap di rumah, Lucas. Mulanya dia tidak mahupun memberitahu Lucas, tetapi entah macam mana dia boleh terlepas kata. Aduhh, mula lah Lucas nak korek rahsia segala.

" Aku sangat kecewa dapat kawan macam kau, Mon. Kecewa sangat. Kau memang takde hati dan perasaan. Dah, kau pergilah. Nak jual adik kau, sangat kan.. Jual lahh..kalau itu, mampu membahagiakan kau." Lucas menutup pintu biliknya sebelum mengunci dari dalam.

Sementara itu, Common yang duduk di ruang tamu, hanya mengeluh perlahan.

Dia dah janji pun. Memang petang ini, pukul 5, dia akan menjual Camelia. Takkan nak cancel pulak kan?

Hatinya mula membelah bahagi.

Ketika dia meneruskan langkahnya ke hadapan, dia mula terperasan apabila menyedari pengikat rambut strawberry milik Camelia tersarung cantik di tangannya.

Adududu..Automatik, dia memberhentikan langkah.

Ini yang buat dia rasa kucar-kacir ni.. Camelia selalu mengikat rambutnya menggunakan getah rambut itu.

Teruskan langkah kau, Common. Fikir balik apa yang kau rasa dulu. Inilah satu-satunya jalan untuk kau membalas dendam.

" Argh, Shit.."

Common terus berlari berpatah balik ke rumah pelacuran itu. Hatinya tidak tenang memikirkan keadaan Camelia. Batinnya juga tidak henti-henti mencarut.

Pintu rumah pelacuran itu terus di tendang dari luar. Pintu kayu itu, terus pecah jadinya.

Ya Tuhan.. Camelia sudah nampak lalok dan tersenyum seorang diri. Manakala di sebelahnya, terdapat seorang lelaki tua, sedang menuang segelas wain merah.

" Hoi, kau buat apa hah, dengan adik aku? Sial kau.." tengking Common lalu mencekak kolar baju lelaki tua itu. Rasa begitu bersalah kerana meninggalkan Camelia sebegitu.

Sesungguhnya, dia sudah gagal menjadi seorang Abang. Adakah Tuhan akan mengampunkannya? Kenapa dia terlalu bodoh? Itu adiknya..Darah dagingnya.. Tegarnya dia, ya tuhan.

" Kau apahal? Aku dah chup budak ni untuk malam ni. Kalau kau nak dia, tunggu lah lepas aku sedap-sedap dulu. Tunggu turn lahh." lelaki tua itu menjawab juga walaupun suaranya agak terketar-ketar.

Khudratnya mungkin tidak mampu menandingi khudrat lelaki muda seperti Common.. Tapi, kalau khudrat yang satu itu, nak suruh dia main satu hari pun dia okay..

Dasar manusia bertunjangkan nafsu semata-mata.. Tak sedar diri sudah tua. Kubur kata mari, rumah kata mari lah, Pak Cik..

" Dia adik aku lah, sial. Adik aku...Bodoh punya orang tua.." Satu tumbukan tepat di layang ke wajah lelaki tua itu.

Baru kena tumbuk sikit, dah jatuh terkangkang lelaki itu ke atas tilam.

Camelia yang sudah tidak sedarkan diri itu, masih lagi dengan dunianya. Tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.

Melihat keadaan Camelia sebegitu, Common semakin hilang kawalan. Amarahnya juga sudah memuncak naik.

Tumbukan bertubi-tubi terus hinggap di tubuh lelaki jahanam itu. Sehingga kan beberapa wanita yang merupakan pelacur lain, datang ke muka pintu, sambil menjenguk-jengukkan kepala.

" Apa kecoh-kecoh nih? " Lelaki botak dan buncit sebentar tadi, datang juga ke bilik itu, setelah mendengar bunyi orang berkelahi.

Kesempatan itu, di ambil oleh lelaki tua itu, untuk melarikan diri dan terus keluar dari bilik. Wajahnya sudah penuh berlumuran darah. Bibirnya juga sudah pecah.

" Ahmeng, lu ambik balik duit lu.. Aku nak adik aku balik. " Wang di keluarkan daripada poket seluar, lalu di lemparkan ke wajah lelaki bernama Ahmeng itu.

Camelia di dukung dan Common melintasi mereka semua yang sedari tadi memandang.

" Tunggu.." Ahmeng menghalang laluan menggunakan tangan nya.

Common terpaksa memberhentikan langkahnya.

" Lu ingat, senang-senang saje ke, lu punya adik nak lepaskan diri macam tu saja? Wahh, manyak cantik..." Ahmeng mengeluarkan pisau rambo yang sedari tadi terselit di celah tali pinggangnya.

" Aku dah bagi duit kau balik kan..Dah lah tu.. Kita dah takde apa-apa dah.. " bentak Common..

Muzik-muzik rancak begitu membingitkan telinga.

" Okay..kita dah takde apa-apa dah...tapi.. lu sudah kurang ajar maa.. Jadi, wa patut beri lu hadiahkan.." terus pisau rambo di tusuk ke perut Common..

Pelacur-pelacur kelihatan terkejut. Masing-masing sudah menjerit-jerit.

" Argghhh..." pisau yang terlekat di perutnya, terus di campak ke lantai. Sakitnya..Hanya Tuhan yang tahu.

Common terus berlari laju bersama-sama dengan Camelia keluar dari bilik itu. Tangga di turuni dengan pantas walaupun sakit di perut, begitu menusuk-nusuk.

" Kejar dia..Pastikan mereka tidak terlepas.." Suara Ahmeng dari atas, membuatkan langkah Common semakin laju.

Sekarang ini, dia harus berperang dengan rasa sakitnya.. Pilihan hanya satu. Perlu memaksa diri atau mereka akan di bunuh. Arghhh, Common lebih rela mati di luar sana, dari mati, di tempat jijik seperti ini.

Orang yang menghalang laluan nya hanya di rempuh dengan begitu sahaja. Sudah tiada masa untuk meminta lalu dengan cara yang elok.

Mereka perlu bersembunyi dahulu. Mengikut kecederaan di perut Common, ia agak serius. Common juga, pastinya tidak mampu untuk terus bertahan dalam jangka masa yang lama.

Common meletakkan Camelia di sebalik semak, sementara dia juga menyorok tidak jauh dari situ.

" Aku budak girl..Yang pantang menyerah.." Camelia menyanyi-nyanyi kecil.. Di bibirnya, tidak lekang dengan sengihan.

" Aduhh, diam lah.."

" Takkan berundur.. sebelum berjaya.."

" Aduhh, time ni la pulak kau nak menyanyi.." Common memekup mulut Camelia yang tidak henti-henti menyanyi itu.

Bunyi derapan tapak kaki berhampiran mereka, begitu mendebarkan Common. Di dalam hati, dia memohon semoga itu bukanlah geng-geng Ahmeng..

Syukur, tidak lama selepas itu, bunyi derapan tapak kasut itu, mulai hilang. Syukur, nafas lega di hela perlahan.

Baru sahaja Common mengintai dari sebalik semak, terasa bagaikan kayu keras menghentak kepalanya. Sakitnya..Uhhh, bagaikan di neraka rasanya.

Matanya mula memberat. Sudah lah, sakit di perut begitu mencengkam kalbu, ini di tambah pula dengan sakit di kepala. Pandangan nya mulai kabur.

" Tolong..jangan..Jangan..cederakan adik.. Aku... Camelia.. "

••••••

Yeay! Dah siap..Harap korg enjoy ya..Jangan curious Sgt nk tahu pasal siapa hentak kepala Common..nanti pening pulak kepala korg..hahah.. Yg lagu sue khaizar tu, saya mmg tidak berniat untuk menghina atau apa, just rasa lagu ni agak menarik..maaf.. ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience