Bab 8 : KEINGINAN

Romance Series 43636

Bab 8

10 tahun lalu..

Dian membetulkan ikatan reben di rambutnya sambil tersenyum simpul di hadapan cermin. Sudah lama dia mendambakan kehidupan sebegini. Mewah, kaya, di pandang tinggi..

Gadis yang sedang duduk di atas katil kemudiannya datang menghampiri Dian. Bahu Dian di peluk dengan tangannya.

" Kau suka kan, kehidupan bagaikan puteri raja macam ni? Dapat pakai baju cantik-cantik, makan makanan sedap-sedap, dapat pergi melancong ke luar negara selalu. Senang cakap, apa sahaja yang kau nak, semuanya akan dapat." gadis itu tersenyum sinis sambil menggawang-gawangkan tangannya ke udara.

" Suka." jawab Dian.

" Kau nak semua ni secara kekal atau untuk hari ni sahaja? " soal gadis itu lagi.

" Kekal.." Dian menjawab lagi. Kali ini, dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

Gadis itu menyikat rambut Dian yang sangat cantik dan lembut beralun itu.

" Kalau kau nak semua ni, secara kekal, kau kena buat sesuatu.. " dia mula memasukkan jarum.

" Nak kena buat apa? " soal Dian, polos.

Gadis itu terus menarik kepala Dian. Lalu di bisikkan sesuatu ke telinga itu.

Dian yang sudah di kawali perasaan terlalu ingin menjadi kaya, dia lantas menganggukkan kepalanya.

Lantakla, apa nak jadi. Yang penting, dia akan menjadi merasai kesenangan di dalam hidupnya.

•••••••

Pada malam itu, Dian mempersiapkan apa yang patut. Dia sudah bersedia.

Dia berdiri di tepi tingkap tatkala semua orang sudah tidur pada lewat malam itu.

Dia menunggu isyarat lilin daripada Abangnya, Common. Setiap malam, pastinya Common akan datang untuk menunjukkan isyarat lilinnya. Belakang pokok epal paling tinggi..

" Aku rasa bersalah pulak.. tapi, Aku tak nak hidup susah dah.. Apa je, yang Abang Common ada? Dia tak boleh bagi aku kekayaan seperti sekarang.. Tak..Dian..Ini keputusan terbaik.." Dian menganggukkan kepalanya sendiri.

Pada masa itu, dari sebalik pokok epal di seberang jalan sana, Common hadir sambil menyalakan lilin. Rasa rindu begitu menggebu-gebu kepada adiknya yang seorang itu.

Dian melambai-lambai tangan nya kepada Common sambil menunjukkan ke arah pintu pagar yang tidak berkunci. Isyarat menyuruh Common ke situ.

Common menggelengkan kepalanya. Mau mati ke? Tuan Farrel punya rumah, begitu banyak pengawasan.. Kena tangkap nanti, mau sia-sia pulak dia kena bunuh.

Dian membuat lagi isyarat.. Seolah-olah memaksa dengan wajahnya yang di buat-buat, comel.

Common menggelengkan kepalanya sekali lagi. Gila betul. Permintaan yang tak munasabah.

Pergerakan mulut Dian yang menyebut perkataan ' Pleasee' dengan sengaja di leretkan, akhirnya membuatkan Common mengalahkan juga.

Dia pasti, Dian sangat merindukannya. Mereka tinggal bersama dahulu, tetapi terpisah di sebabkan oleh Tuan Farrel.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke pintu pagar yang tidak berkunci itu. Matanya melilau ke sekeliling dan sangat berjaga-jaga.

" Abang! " Entah bila Dian sudah berdiri di hadapan pintu utama. Dia mendepakan tangan kepada Common sambil tersenyum.

Common terus berlari mendapatkan Dian.

DUSH !!!!

Tubuh Common terus tumbang ke tanah. Tak sempat berkutik, matanya terus terpejam. Sempat dia melihat senyuman di bibir Dian sebelum dia memejamkan mata.

Dian di bawa masuk oleh Puan Warda ke dalam rumah. Sementara para pekerja yang lain sedang menguruskan Common. Tubuh yang sudah tidak sedarkan diri itu, di angkat lalu di bawa masuk ke dalam sebuah van yang di parkir di dalam garaj.

Sejak hari itu, Dian sudah tidak nampak lagi kelibat Common pada setiap malam di pokok epal itu. Entah ke mana perginya abangnya itu.

••••••••••••

" Sakit daddy.. Sakit...Dian sakit.." Dian meringis apabila tubuhnya di libas dengan tali pinggang lelaki itu.

Sakitnya begitu mendalam. Mungkin kulitnya juga tersiat.

Zappp...Zapppp..Zappppp..Zapppp ..

Bunyi libasan tali pinggang itu, tidak berhenti sejak tadi. Malah, semakin mengganas pula, Farrel melibas tubuh mulus yang tidak di kenalan sebarang pakaian itu.

" Saa... Saa.. Sakit...Ampun kan Dian.."

Farrel tidak langsung mempedulikan rayuan itu. Hatinya yang sakit ini, sapa yang nak kisah? Alangkah betapa remuknya, hatinya, tatkala terlihat Dian dan Daniel bercumbuan di dapur ketika dia pulang tadi..

Siapa Dian untuk menduakannya? Farrel paling benci, kalau barangnya di sentuh orang lain.

Jadi, Dian tu cuma barang dalam hidup kau? Kau tak anggap dia special ke? Habis tu, bunga ros nihh. Kau nak bagi dia sebab apa?

Arghhh, kalau dah jadi barang Aku, sampai mati pun, tetap barang Aku. Aku tak suka berkongsi atau pakai bekas orang lain.

Dian melutut di kaki Farrel tatkala Farrel sudah duduk menunduk di sisi katil.

" Sumpah, saya tak tahu apa-apa. Dia tarik saya, dan terus cium. Saya tak sempat nak..."

" Sempat apa? Hah, sempat apa? Kau tak sempat nak bersetubuh dengan dia dekat dalam bilik pulak? Eiiii, kau memang mencabar Aku lah Dian." Farrel mengusutkan rambutnya.

" Tak...Bukan macam tu.." Dian pantas menyangkal.

Sejak bila pulak dia kiss Daniel? Eiii, memang tak lah.

" Ehhh, daddy nak pergi mana? " soal Dian apabila Farrel sudah melangkah ke pintu.

Farrel berhenti sekejap dengan wajahnya yang begitu kecewa. " Pergilah mana-mana pun, bukan ada orang nak kisah. "

Terus dia berlalu keluar sebelum menutup pintu.

Dian masih lagi dalam keadaan terkejut dengan kenyataan yang baru di sebut oleh Farrel. Bunyinya macam merajuk pun ada.

•••••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience