Rate

BAB 3

Romance Completed 18418

Sara menggeliat sepuas-puasnya. Lenguh satu badan berada dalam OR itu selama 4 jam. Itu baru 4 jam. Sara duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik rehat itu lalu menghidu kopinya. Bau kopi boleh menenangkan.

“Hey Sara, baru nampak batang hidung kau. Busy huh?”

Sara mengangguk kepada Syah yang menegurnya itu. Dia nampak fresh, semalam tak on-call la tu.

“Baru habis operation babe. Budak tu teruk sangat, mangsa car-crash. Habis ribs dia patah, sekarang neuro tengah check for any head damage. Takut ada amnesia ke apa ke.”

Sara berkata senada. Baru sahaja dia ingin menghirup kopinya, pagernya berbunyi. Alahai, tak sempat nak lepas lelah.

“Got to go, ICU needs me.”

Sara menyerahkan mug kopinya kepada Syah. Syah hanya tersenyum. Lumrah hidup doktor, busy memanjang sewaktu housemanship. Bila dah habis tu, bolehla lepas nafas lega sikit. Sikit je tau, on call masih demanding.

“Mr Zayn. You paged?”

Sara berbuat profesional di hadapan lelaki yang dia sayang tu. Memang kena profesional, sini tak sapa tahu dorang ni husband and wife. Zayn tak mungkin nak bagitahu, kata dah apply borang cerai.

“Yes, barbie! Now, tolong masukkan IV tu. Nurse tadi entah kemana pergi.”

Sara menganggguk lalu membuat apa yang disuruh. Sara cuba mencucuk tangan pesakit itu namun tangan Sara tiba-tiba sahaja kejang. Jarum tersebut jatuh ke lantai. Zayn memandang Sara dengan pandangan yang menikam.

“Nak cucuk IV pun tak boleh?”

Sara rasa macam nak pecahkan muka orang je apabila mendengar nada sinis Zayn itu. Namun dia menenangkan dirinya.

“Tangan cramp. Low potassium, I did not eat nor drink in the last 12 hours.”

Zayn hanya mengangguk. Dia meletakkan chart board dia di hujung katil pesakit yang masih belum sedarkan diri itu lalu mengambil alih tugasan Sara. Sara hanya tercengang.

“Apa lagi duduk situ, pergi cafe and grab some food. Bananas will be good.”

Sara hanya tersenyum. Ada lagi side baik rupanya Zayn ni. Ingatkan nak seksa hidup Sara dekat hospital ni. By the way,kenapa asyik panggil Sara ni barbie ye? Tak faham betul perangai Zayn tu.

Sara kemudian mengetuk dahinya. Aiseh, lupa lagi nak pulangkan stetoskop itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience