Rate

BAB 4

Romance Completed 18418

Zayn termenung di dalam biliknya. Dapat 30 minit break, lega sedikit. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Dia, trauma surgeon,aka general surgeon macam-macam kena handle. Walaupun dia boleh dikategorikan sebagai orthopedic, namun dia masih gemar buat kerja secara general. Sekali sekala sahaja ada patient buat appoinment pasal tulang dengan dia. Kalau bahagian trauma ada kes tulang patah ke cedera ke, dia take-over lah.

Telefon bimbitnya berdering. ‘Mama?’

Zayn mengangkat telefonnya.

“Assalamualaikum mama.”

Salam baru sahaja di beri namun ibunya terus memarahinya. Apa kes?

“Zayn, Sara balik pun kamu tak bagitahu? Anak apa kamu ni ha! Mama rindu dengan menantu mama tu.”

Laju je mama dia serbu. Zayn terkilan. Macam mana mamanya tahu? Ni mesti kerja Sara ni. Tak guna. Baru je nak apply cerai. Pandai dia pusing cerita.

“Mama, siapa bagitahu?”

Bodoh tak bodoh soalan tu. Yelah, tak boleh nak terus tuduh Sara, kan?

“Sara call mama tadi. Dia ajak mama tidur rumah kamu hujung minggu ni. Tapi mama tolak, mama nak kamu dua datang tidur sini malam ni. Adik beradik kamu pun ada sini malam ni.”

Zayn mengepal penumbuknya. Sara ni memang dah melebih. Tak faham ke yang Zayn dah tak mahukan dia.

“Hrmph. Okayla ma, Zayn ada patient ni.”

Salam diberi dan telefon dimatikan. Dia bangkit serta merta dan terus mencari Sara tu. Dia sudah terpandang kelibat Sara di cafe. Tengah makan.

Dia merapati Sara dan cepat-cepat menarik lengan Sara. Sara yang baru ingin mencapai jus oren itu tertumpahkan jus itu ke atas bajunya sendiri. Habis basah. Namun Zayn butakan sahaja matanya lalu cepat-cepat mengheret Sara keluar hospital.

Sara kecut perut. Nasib baik shift dia sudah tamat buat hari ni. Sara tahu apa yang Zayn marahkan itu. Mama dah call Zayn. Sara hanya menikus di dalam kereta itu.

Kereta dipecut sehingga 140km/j. Nasib baik jalan lenggang hari ni. Kalau tak dah lama accident. Zayn memakirkan keretanya ke dalam garaj, dan dia membuka pintu rumahnya.

Sara diheret ke dalam bilik. Dia kemudian menolak Sara ke atas katil. Sara terkilan. Zayn sedar ke tak ni?

“Kau call mama?”

Zayn mengherdiknya. Sara tersentak lalu mengangguk. Air matanya mengalir.

“Kau ajak mama datang tidur rumah ni?”

Angguk lagi. Kali ini sara memberanikan diri untuk bersuara.

“Tapi mama tolak.” “DIAM!”

Sara semakin kuat sedunya apabila melihat Zayn yang nyaris-nyaris menamparnya tadi. Sampai hati. Tapi Sara, kau lagi sampai hati buat laki kau macam tu dulu.

“Sorry.”

Zayn meminta maaf. Entah apa yang merasuknya sampai nyaris berlaku kasar terhadap Sara itu. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Sara. Dia memandang Sara.

“Sara, can you understand. I dah tawar hati dengan you. I nak cerai.”

Semakin lebat Sara menangis. Dia memegang tangan Zayn.

“Abang, maafkan Sara. Sara langgar cakap abang dulu. Sara sedar Sara tak patut tinggalkan abang sebab nak sangat study dekat Moscow. I get it now. Please, ampunkan Sara. Terima Sara balik?”

Sara sudah menunduk dan mencium tangan suaminya. Zayn menarik tangannya lalu berdiri.

“Semua dah terlewat Sara, enam tahun. Enam tahun abang tunggu Sara call abang. Say that you are sorry, tapi sekali pun Sara tak buat. Tengok-tengok dah buat internship dekat hospital tu. You denied me, your husband. Abang maafkan, tapi susah bagi abang nak terima Sara balik.”

Zayn berkata sayu. Sekarang, Sara tahu betapa hancurnya hati suaminya. Memang dia rasa bersalah meninggalkan Zayn dahulu, tapi dia hanya mengejar cita-citanya. Salahkah?

“Abang please. Jangan buat Sara macam ni. I love you. Sara hanya kejar cita-cita Sara nak jadi macam arwah papa dan mama.”

Zayn mengeluh.

“Cita-cita Sara tu lagi penting dari suami Sara? Malam ni, kita pergi rumah Mama, kita come clean. Abang dah tak sanggup nak menipu mama papa abang tau. Abang cover Sara dah cukup lama. Sekarang, abang nak semua ni berakhir. I can live without you. And I can get a better woman as wife.”

Sara hanya mengangguk. Sedar bahawa dia telah membuat keputusan yang amat salah enam tahun dahulu. Apabila difikirkan balik, kalau dia dengar kata Zayn supaya sambung pelajarannya di Malaysia sahaja, tentu dia tidak berada di dalam situasi ini.

Nampaknya, Sara kena juga lepaskan abang Zayn. Abang boleh hidup tanpa Sara, tapi Sara macam mana? Sara mengelap matanya. Nampaknya, memang dah tak boleh buat apa-apa dah ni.

“Sara perlu balik ke hospital.”

Zayn mengangguk. Dia hanya diam semasa memandu. Keras betul hati dia ni. Yelah, dulu, ego dia kena pijak sebab bini lari.

Sebelum Sara kembali ke lokernya untuk menukar baju, dia memandang Zayn. Dia keluar hospital sekali dengan kot putihnya tadi.

“Sorry, Sara terambil your stetoskop.”

Sara meletakkan stetoskop tersebut ke dalam tangan Zayn lalu berlalu sebelum air matanya menitis buat kesekian kalinya.

Zayn hanya merenung kelibat Sara sebelum menghilang. Wajahnya diraup. Kesian juga dia tengok Sara tu. Namun, kalau terkenangkan kembali tindakan Sara dahulu, tak ada makna nak kesian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience