Rate

BAB 5

Romance Completed 18418

Sara tertunduk dihadapan mertuanya. Mama dengan Papa Zayn terdiam setelah Sara memberitahu segalanya. Zayn juga terdiam.

“Sara minta maaf, ma. Sebab tindakan bodoh Sara tu, Abang Zayn terpaksa menipu mama.”

Tipu cakap yang Zayn rela sara ke Moscow. Tipu cakap yang Sara sihat. Tipu yang sara selalu call dia. Tipu yang Sara tak balik cuti sebab dia pergi lawat Sara dekat Moscow. Itu selalunya alasan Zayn bila mamanya bertanya tentang Sara.

Sara berkata dalam sedu-sedannya. Ibu mertuanya aka mak saudaranya itu mendekatinya lalu memeluknya. Terasa kehangatan pelukan ibu. Rindu pula dekat arwah mamanya.

“Dah Sara, dah. Jangan menangis sayang. Bukan salah Sara sorang, hmph?”

Zayn hanya memandang wajah isterinya itu. Betulkah keputusannya untuk cerai?

“Zayn, pujuk Sara ni.”

Semuanya sudah diberitahu mamanya, kecuali bahagian nak cerai tu. Zayn merasakan mamanya tak perlu tahu lagi hal cerai tu. Mama dia dah tua, nanti kena heart attack ke, high blood pressure ke, makin teruk nanti keadaan. Papanya pula, dari tadi duduk diam. Tak mahu masuk campur barangkali.

Zayn baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah Sara, namun Sara cepat-cepat bangun. Dia mengelap air matanya. Senyuman di tarik walaupun hatinya sebak.

“Sara okay dah mama. Sara nak buat air milo. Mama, papa, abang nak?”

Mamanya menarik senyuman manis. Namun kepalanya digelengkan. Papanya juga menggeleng kepala. Zayn, tak ada riak pada wajahnya. Sara membawa diri ke dapur. Di sana dia menangis sepuas-puasnya. Air dijerang di atas dapur. Dia menarik kerusi lalu meletakkan kepalanya ke atas meja. Memikirkan masa depannya tanpa Zayn.

Cerek sudah berbunyi. Dia mengangkat cerek tersebut untuk menuang ke dalam mug.

“Sara.”

Dia terkejut lalu tangannya terlepas cerek tersebut. Matanya hanya melihat pergerakan cerek tersebut di dalam slow motion. Tiba-tiba dia merasakan badannya ditarik ke belakang. Selamat. Dia selamat di dalam pelukan Zayn.

“Gila ke? Heater ada kenapa guna cerek?”

Zayn memarahi Sara. Sara kembali menangis. Zayn serba salah. Dia menekup wajah Sara dan memandang matanya. Sara kembali ditarik ke dalam pelukannya.

“Kenapa tarik Sara? Biar je la Sara cedera. Kalau abang tak sayang Sara, tak ada siapa sayang Sara.”

Zayn mengeratkan pelukannya. Gila ke Sara ni.

“Sara, Sara ingat Allah. Bawak mengucap sayang?”

Sara semain sebak mendengar suara Zayn. Benar tu, Allah masih sayangkan dia.

“Abang, maafkan Sara. Maafkan Sara.”

Sudah lencun dada Zayn dengan air mata Sara. Zayn mengeluh. Dia suruh Sara ingatkan Allah, dia pun sama. Cerai? Apa yang dia fikirkan? Benda halal yang Allah SWT paling benci. Kepala Sara dikucup.

“Zero zero. Abang maafkan. Kita mulakan balik relationship kita.”

Sara terhenti menangis. Benarkah apa yang dia dengar tadi? Zayn terima dia balik? Start anew?

Sara membelek muka suaminya, cuba nak cari jika apa yang dikatakan tadi hanyalah gurauan semata-mata.

“Abang serius barbie! I have decided that I want you. Kita deserve a second chance. Enam tahun, sayang. Enam tahun tu hari-hari abang terseksa, abang rindukan Sara. Abang pun salah sebenarnya. Abang tak ada reason nak halang Sara pursue your studies.”

Zayn ujar lebih lanjut. Sara memeluk Zayn erat. Bahagianya!

“Abang, terima kasih. Sara sayang abang.”

Zayn tersenyum. Tak adalah keras sangat hatinya. Ego sahaja kut yang buat dia nak cerai dengan bini tersayang ni.

“Sayang barbie abang ni.”

Sara tergelak. Dia memandang suaminya.

“Kenapa panggil barbie?”

Sara bertanya. Dah berbaik kan, boleh la tanya soalan macam-macam. Sebab si suami ada nak layan dia.

“Sebab, Sara masa pergi Moscow, rambut hitam. Balik Moscow, rambut perang. Kalau buat blonde, dah sama dengan barbie.”

Sara mengangguk. Sedar suaminya sedang memerli.

“Sara pakai inai bang, uban banyak tumbuh, stress study.”

Zayn tergelak.

“Kalau study Malaysia, tentu tak stress. Abang ada special treatment nak release your stress tu. Screaming every night releases stress you know.”

Zayn buat muka bijak. Sara sudah blush. Tak senonoh punya lelaki.

“Keep your sexual innuendo in the bedroom. Mama papa ada dekat ruang tamu tu. Malu sikit.”

Sara berkata manja. Zayn menarik muncung. Dah tak kisah tentang ego, bolehlah tarik muncung. Kalaulah dulu dia tak halang Sara, tentu mereka sweet je kan selama 6 tahun tu? Perkara dah lepas, biarkan sahaja.

“Yang oi, enam tahun, lama tu.”

Sara membiarkan sahaja suaminya. Sekarang, dia dah mendapat kembali cahaya di dalam hidupnya. Sukanya, Zayn masih lagi kekal dengan dia. Alhamdulillah.

Zayn membontotinya.

“Barbie, kalau pakai tudung, lagi first class tau.”

Zayn berbisik perlahan. Sara memandangnya sambil mengenyitkan matanya. Mesej diterima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience