Rate

BAB 2

Romance Completed 18418

6 tahun berlalu

Sara membetulkan letak sanggulnya. Pagernya pula sudah beberapa kali berbunyi. Jam di tangan dipandang.

“Oh shoot! Macam mana aku boleh lupa nak buat rounds? Damn you are in trouble missy.”

Sara berlari ke wad yang semua budak interns berkumpul ketika itu. Tengah syok dia buat marathon pecut ke wad itu terlanggar pula seseorang.

“Hey! Watch it.”

Lelaki itu bersuara geram.

Sara buat tidak tahu, maaf pun dia tak diucapkan. Siapa lelaki itu? Lagilah dia tak tahu, tak ada masa nak ambil tahu, dan tak mahu ambil tahu. Apa yang dia tahu, stetoskop dia jatuh, dia ambil dan cepat-cepat sambung dia punya marathon itu.

“Uuh, Sara, kau lewat.”

Syah, nama penuh, Syahrina a.k.a kawan berkepit Sara tu menegurnya. Sara yang sedang memegang lututnya menarik nafas laju-laju. Oxygen debt seyh, kembang peparu nak sedut balik segala Oxygen yang digunakan ketika berlari tadi.

“Aku tahu aku lewat, tapi mentor kita tak datang lagi kan?”

Ucap Sara sambil mengurut dadanya. Penat tau. Hospital ni besar. Dia turut memandang kiri kanan. Agakdah, mentor tak ada. Semua muka interns yang berhingus tu.

“Speak of the devil, here he comes!”

Syah cepat-cepat masuk dalam bulatan bersama si Sara tu. Mata Sara tertancap pada doktor lelaki itu. Mulutnya ternganga. Ya Allah, suami aku? Matidah lepas ni. Sara terasa wajahnya menjadi pucat. Enam tahun lepas, dia larikan diri. Macam tu sahaja, kalau dia mati dalam tempoh tu, agak-agak jadi isteri derhaka tak? Memang straight masuk neraka lah kan?

“Sorry I am late guys. Ada incident sekejap tadi. Okay, good, korang dah buat bulatan. Semalam korang ada meeting dengan Dean hospital ni, and attorney hospital ni pun I guess?”

Semua kepala mengangguk. Kecuali Sara yang masih lagi kaku.

“Good then. I am Zayn Taj, you can call me Mr Taj or Dr Taj. I’m a surgeon so kebiasaannya staff refer I Mr. But I don’t care as long as it is my name. So, I guess, korang ni akan jadi part of the trauma team bila jadi resident nanti, sebab tu dorang letak bawah saya.”

Syah mencuit Sara yang bagaikan patung itu. Sara mencondongkan kepalanya ke arah Syah itu.

“Apa dia?”

Sara berbisik. Syah mendekatkan kepalanya pula.

“Mr Taj, he is so hot in those scrubs. Kita boleh pakai scrubs ke kat sini?”

Sara memandang Syah dengan muka disbelieved dia tu.

“Ni private hospital babe, pakai je apa pun, boleh kut?”

Syah mengangguk laju-laju. Yelah, doktor yang pakai scrubs lagi bebas kuman berbanding dengan yang tak pakai. Yelah, for instance, bagi doktor lelaki, mereka kena pakai neck-tie. Can you imagine berapa banyak bakteria yang tersangkut pada neck-tie tersebut. Plus, scrubs are super comfy.

“Barbie! Ada apa-apa nak tanya?”

Semua mata tertancap pada Sara yang baru selesai berbisik itu. Kantoi. Apasal kena panggil barbie.

“Me Sir? I’m not barbie, I am Sara. And no questions.”

Sara buat muka bijaknya. Zayn Taj menarik senyuman sinis.

“Okay then, just because you were talking, I shall give you a spot quiz.”

Sara meneguk liurnya. Mak oi, betul ke laki aku ni kat depan? He is very bitter. Rambut pun dah ada uban sikit-sikit. “What do we use as the last resort for internal bleeding?”

Alamak. Come on Sara, soalan paling senang dalam dunia. Apa dah menatang tu. Ala, ada lagu nama dia. Ahacks!

“Tourniquet?”

Zayn hanya mengangguk. Soalan senang je tu, basic. Dia tak tumpukan perhatian lagi sekali, aku kasi soalan out of syllabus baru ternganga. Pergi Moscow rambut hitam, balik rambut dah perang. Air kat Moscow karat ke? Chet!

Selepas itu, Zayn membawa kumpulan itu survey pesakit yang ada, yang baru lepas operation tentunya. Mereka bergaul dengan para jururawat, doktor-doktor yang ada, dan ada juga yang bertanya soalan.

Sudah tiba masa untuk bersurai, namun Zayn memanggil Sara ke arahnya.

“Barbie! Awak tunggu. I have a few words to say.”

Sara memandang Syah macam mahu tak mahu saja. Tak nak berdua dengan suami dia ni. Takut kena marah pun ada. Namun, apa nak dibuat, Syah dah tinggalkan dia.

Sara hanya membontoti Zayn. Dia nak bawa pergi mana ni? Alamak. Dia bawa pergi bilik dia. Mati dah lepas ni.

“Sit.”

Sara cepat-cepat menarik kerusi lalu mendaratkan punggungnya. Zayn memandangnya tajam. Sara terasa kecil sangat di hadapan Zayn itu. Gulp.

“Is that your stethoscope?”

Sara cepat-cepat menyentuh stetoskop yang digantung pada lehernya itu. Kepalanya cepat-cepat diangguk. Saya punya okeh!

“Okay then. Now go. Disappear.”

Zayn berkata senada. Sara menarik muka peliknya, namun arahan Zayn tetap diikut. Itu saja dia nak tanya? No how are you? Sihat ke dak? Kenapa tinggalkan abang macam tu dulu? Tak ada nak marah-marah?

Sara baru sahaja ingin memulas tombol pintu apabila Zayn bersuara kembali.

“You better watch your back , barbie. Sekali kau mess-up, I will end your career, just like how you ended our marriage. Comprende?”

Sara rasa sesak nafas. Sebak pun ada. Badannya dikalih menghadap Zayn yang tidak beriak itu. Nafas ditarik panjang.

“Abang tahu kenapa Sara tinggalkan abang dulu? Abang tahu memang cita-cita Sara dari kecil nak ikut jejak langkah arwah papa and mama. I want to be a surgeon, like you and like papa. Tapi abang halang Sara. Masa Sara dapat offer UK, abang halang. Masa Moscow, abang halang jugak. I have no other option.”

Zayn hanya mendengar. Dia memusingkan kerusinya itu. Biadap. Namun, siapa tak geram bila isteri tak dengar kata.

“I gave you an option. Study locally, or we are over. You chose the latter. So stop calling me abang! Kau dah disrespect aku sebagai suami. Aku dah tak anggap kau sebagai isteri pun. Kau nusyuz. Faham?”

Sara mengetap bibirnya. Ingat Zayn saja yang geram, dia pun berhak geram tau. Impian dari kecil, tetiba terhalang sebab suami says no. Sara keras kepala, dia pilih apa yang otak dia decide. Ya, dia menyesal sebab tinggalkan Zayn macam tu saja, tapi dia tak menyesal kerana pergi Moscow. Now, she is back.

“ But itu perkara dulu. Sara dah ada depan abang sekarang. Kita masih sah suami isteri. Sara nak balik kepada abang.”

Sara bersuara tenang. Api tak boleh lawan api. Enam tahun dulu, api lawan api, tengok apa yang jadi. Sekarang masing-masing dah dewasa, kena berlagak pun macam orang dewasa.

“Siapa nak ambil engkau balik? Terima kasih Sara, and sekarang, dengan engkau dah ada balik dekat Malaysia ni, aku dah boleh berhenti feeding lies to my parents! Petang ni jugak aku pergi apply borang perceraian dari Mahkamah Syariah.”

Sara terkedu. Sara, apa kau dah buat ni. Kau ingat senang je Zayn ni nak maafkan engkau? Tapi Zayn tak faham. Sara pun tak faham dengan Zayn sebenarnya.

“Apa lagi kau tercegat situ? Get out, barbie!”

Sara cepat-cepat keluar. Separuh nyawanya melayang. Cerai? Serius kali ini. We are over tu memang maksudnya cerai? Sara, kau sanggup ke kehilangan Abang Zayn?

Sara memicit dahinya. Ini baru hari pertama, kalau hari-hari mengadap Zayn tu, mahunya tak menangis si Sara ni. Tambah-tambah kalau bercerai.

Sara memandang pagernya itu. Dia diperlukan di dalam Operation Room (OR). Selalunya, dalam OR tu banyak benda baru dipelajari, tambah-tambah lagi teknik untuk membedah. Dan, Sara memerlukan konsentrasi yang tinggi di dalam OR itu.

Tangannya dimasukkan ke dalam poket labcoat dia itu. Jarinya mencapai sesuatu yang metal dan juga sejuk. Apakah?

Sara mengeluarkan benda tersebut dan dia terkilan. Tangan kirinya pula cepat-cepat menarik turun stetoskop yang tergantung pada lehernya.

Sejak bila stetoskop dia jadi warna biru? Padanlah asyik duduk tanya Zayn tu, rupanya memang Sara terambil stetoskop dia. Stetoskop sendiri pula disimpan rapi di dalam poket. Hadoila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience