Haslinda telah siap berpakaian rapi untuk pergi kerja. Haslinda mula berjalan keluar dari rumahnya untuk menunggu seseorang datang mengambilnya. Haslinda tidak mempunyai motorsikal yang ia ada hanya sebuah basikal.Basikal ini pun sudah terlalu uzur. Motorsikal ada tetapi kepunyaan ayahnya,Haslinda pernah ingin menunggang motosikal ayahnya itu. Tetapi tidak di benarkan oleh ayahnya. Kerana itu Haslinda hanya akan menumpang sesiapa sahaja yang sanggup menumpangkan dirinya.
Jam hampir pukul 11.00 pagi kelihatan sebuah motosikal berhenti di depan rumah Haslinda. Haslinda tersenyum melihat motosikal Dinamik berwarna kuning itu berhenti didepan rumahnya. Haslinda mula melangkah kakinya menuju ke arah motosikal itu.
“Kenapa lambat? Dah nak dekat pukul 11.00,”kata Haslinda sambil kakinya mula naik ke atas motosikal itu.
“Alah,bukan lewat sangat pun. Mak Cik Munah mesti faham punya,”kata lelaki yang datang untuk mengambil Haslinda itu.
“Yalah,harap Mak Cik Munah tak marah kita sampai lambat,”kata Haslinda.
Setelah Haslinda naik ke atas motosikal, barulah kawannya yang bernama Ramli itu menekan gear dan tangannya mula memulas minyak untuk pergi ke kedai tempat Haslinda bekerja. Ramli dan Haslinda sama-sama bekerja di kedai makan Mak Cik Munah. Mak Cik Munah memang sudah masak dengan perangai Haslinda. Mak Cik Munah sudah berapa kali menasihati Haslinda supaya tidak bergaul terlalu bebas. Kerana sangat merbahaya pergaulan bebas sebegitu. Apa lagi keluar malam-malam dengan lelaki yang tidak ada hubungan apa-apa.
Tetapi segala nasihat itu Haslinda anggap sebagai angin lalu sahaja.
Pukul 11.10 pagi barulah Ramli dan Haslinda sampai di kedai makan Mak Cik Mudah. Sampai sahaja di kedai, Haslinda turun dari motorsikal dan masuk ke dalam kedai. Haslinda terus mengambil apron untuk di sarungkan ke tubuhnya supaya tidak mengotorkan bajunya. Mak Cik Munah mengelengkan kepala melihat Haslinda dan Ramli baru sahaja sampai.
“Kenapa sampai lambat hari ini?”tanya Makcik Munah.
“Bukan salah Linda tapi Ramli yang lambat datang. Linda dah tunggu lama dekat luar rumah,”beritahu Haslinda membela dirinya.
“Saya kalau tak pergi ambil Linda boleh je sampai awal,”kata Ramli.
“Oo,baru aku tahu selama kau anggap aku ni menyusahkan kaulah. Kalau kau tak mau datang ambil...aku boleh je suruh kawan aku yang lain tolong hantarkan,”kata Haslinda sepertinya kurang suka dengan kata-kata Ramli.
“Alah,aku bergurau je lah. Janganlah marah,”kata Ramli merasa serba-salah.
“Sudah la tu...kamu berdua pergi buat kerja cepat,”kata Mak Cik Munah.
“Baik,Mak Cik Munah,”kata Haslinda dan Ramli serentak.
Haslinda dan Ramli mula melakukan pekerjaan mereka seperti biasa di dalam kedai makan itu. Haslinda akan mengambil order para pelangan yang masuk ke dalam kedai ini.Manakala tugas Ramli adalah membacuh air yang telah di order oleh pelangan. Mencuci dan mengemas juga adalah pekerjaan Haslinda. Dahulu pada mula-mula Haslinda bekerja di sini,Haslinda mengunakan basikal untuk datang ke kedai ini. Setelah setahun bekerja barulah Haslinda menumpang Ramli untuk datang bekerja. Jika Ramli bercuti atau ada hal Haslinda akan meminta bantuan kawannya yang lain.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Haslinda dan dan beberapa pekerja lain sedang mengemas dan membersihkan kedai kerana sudah masanya mereka menutup kedai. Kelihatan di luar sudah ada dua tiga buah motorsikal. Mereka menunggu Haslinda dan Ramli habis kerja. Ada yang berpasangan ada juga yang tidak ada pasangan.
“Wei,hari ni korang semua nak lepak mana?”tanya Ramli.
“Jom ikut aku,kita lepak dekat satu tempat ni,”kata salah seorang mat motor itu.
“Aku ikut je ke mana korang bawa,”kata Haslinda.
“Linda,kau naik dengan aku je lah. Nanti balik aku terus hantar kau,”kata salah seorang lelaki itu.
“Boleh juga, lagi pun Ramli dia hal tak boleh ikut lepak malam,”beritahu Haslinda.
“Mesti hal nak jumpa awek dia la tu,”kata seorang gadis yang lebih kurang sebaya Haslinda.
“Sorry la, malam ni aku tak boleh join,”kata Ramli.
“Esok pagi macam mana? Kau ambil aku ke tak? Kalau tak aku nak minta tolong diorang ni je,”kata Haslinda.
“Esok macam biasalah,aku akan ambil kau,”kata Ramli sebelum menungang motosikalnya itu.
“Aku,kekadang konfius tengok kau dan Ramli ni,”kata Nadia kawan Haslinda.
“Kau konfius apa pulak dah,”kata Haslinda.
“Kekadang tengok kau dengan dia dah macam cauple je,”kata Nadia.
“Dia dah ada awek la...aku dengan dia macam abang angkat dengan adik angkat je,”kata Haslinda.
“Tak kira adik angkat ke abang angkat,tapi lama-lama boleh terangkat juga,”kata lelaki bernama Sham.
Membuatkan mereka semua ketawa mendengar kata-kata Sham.
“Jomlah, tunggu apa lagi,”kata salah seorang dari mereka.
“Okay...malam ni jalan raya kita yang punya,”kata Sham dan tangannya mula memulas minyak setelah menekan gear.
Malam ini Haslinda di hantar pulang oleh lelaki bernama Sham. Hampir pukul 2.00 pagi baru Haslinda sampai di rumahnya. Jasmin ibunya setia menunggu kepulangan Haslinda. Ia tahu Haslinda berkelakuan agak liar kerana kesalahan suaminya. Tetapi ia tidak mampu berbuat apa-apa bila memikirkan anak-anaknya yan masih kecil. Jasmin tahu Haslinda terluka dan derita dengan perbuatan suaminya itu. Menyebabkan Haslinda sering tidak mahu berada di rumah.
Haslinda berhenti sekolah kerana di buang sekolah. Kerana setelah kejadian itu Haslinda tidak ke sekolah hampit 3 bulan tanpa sebab. Menyebabkan pihak sekolah memberi surat dan Haslinda juga tidak mahu ke sekolah. Setelah itu Haslinda mula bekerja di kedai Mak Cik Munah. Setelah bekerja di kedai Mak Cik Munah ia mula berkenalan dengan mat-mat motor. Sebenarnya Ramli masih baru bekerja di kedai Mak Cik Munah. Sebelum ini Ramli bekerja di sebuah kilang. Setelah ia berhenti kerja di kilang itu barulah Ramli bekerja di kedai Mak Cik Munah. Apa lagi ketika itu kedai Mak Cik Munah memang ingin menambah pekerja.
Tok,tok,tok.
Kedengaran bunyi ketukan di balik pintu. Jasmin segera membuka pintu,sebaik pintu dibuka Haslinda segera melangkah masuk ke dalam rumah.
“Linda,tak elok balik lewat-lewat macam ni,”kata Jasmin menasihati anaknya itu. Ini bukan pertama kalinya Jasmin cuba menasihati anaknya itu. Sudah berkali-kali kalimat itu keluar dari mulut Jasmin.
“Orang tua tu mana?”tanya Linda sambil kakinya melangkah ingin masuk ke dalam biliknya.
“Orang tua tu dah tidur dah,”beritahu Jasmin.
Jasmin tahu orang tua yang di maksud oleh Haslinda itu di tuju kepada suaminya. Jasmin mengekori Haslinda masuk ke dalam bilik anaknya itu.
“Kenapa pulak mak masuk bilik Linda ni?”tanya Haslinda bila melihat ibunya itu ikut masuk ke dalam biliknya.
“Mak,nak bagitahu kamu sesuatu ni,”kata Jasmin sambil mula melabuhkan punggungnya di atas katil.
“Kalau nak bagitahu tentang orang tua tu,Linda tak mau dengar,”kata Haslinda sambil merebahkan tubunya di atas katil.
“Bukan pasal orang tua tu...ni tentang Mak Long kamu. Minggu depan Mak Long kamu nak datang,”beritahu Jasmin.
“Mak long,nak datang sini biar je la. Bukan ada kena-mengena dengan Linda pun,”kata Haslinda.
“Mak Long, datang sini nak ambil Linda tinggal dengan dia,”kata Jasmin sambil menatap wajah anaknya itu.
“Betul ke? Sedangkan anak dia sendiri pun dia tak bela,”kata Haslinda seperti tidak percaya.
“Betullah,”kata Jasmin.
Jika benar Mak Long nya itu ingin datang mengambil dirinya tinggal bersama. Haslinda dengan senang akan mengikuti Mak Longnya itu. Supaya dirinya boleh pergi jauh dari orang yang telah membuat hidupnya sengsara dan derita. Seseorang yang seharusnya melindungi dirinya tetapi orang itu yang telah menghancurkan hidupnya.
Pagi ini Ramli datang sedikit awal mengambil Haslinda. Haslinda nampak sangat senang hati hari ini. Kerana impiannya untuk keluar dari rumah itu akhirnya di makbulkan. Tetapi Haslinda sendiri tidak tahu niat sebenar Mak Longnya itu. Haslinda tidak peduli semua itu, yang penting ia boleh keluar dari rumah itu sudah satu rahmat baginya.
Malam ini seperti biasa sekumpulan mat motor sudah berada di depan kedai Mak Cik Munah yang sudah di tutup.
“Wei,aku nak bagitahu korang ni. Minggu depan aku dah tak boleh lepak dengan korang semua,”beritahu Haslinda.
“Kenapa pulak dah...”kata Sham.
“Minggu depan aku akan ikut Mak Long aku tinggal dengan dia,”beritahu Haslinda.
“Tak best la, kau tak dak,”kata Nadia.
“Kau tak payah la,ikut Mak Long kau tu,”kata Ramli.
“Tak kira, aku akan tetap ikut Mak Long aku tu,”kata Haslinda.
Kelihatan reaksi Ramli seperti kurang suka mendengar Haslinda ingin tinggal bersama Mak Longnya.
“Linda,minta satu rokok kau tu,”minta Ramli.
“Hisap rokok nak,beli tak mau,”keluh Haslinda sambil memberikan sebatang rokok kepada Ramli.
“Hari ni kau nak naik dengan aku je lah,”kata Ramli.
“Yalah,”balas Haslinda.
Malam ini setelah melepak dan merempit di jalan raya mereka semua mula menunggang motosikal untuk pulang. Haslinda telah menumpang Ramli. Haslinda perasan Ramli tidak membawa motorsikalnya itu ke arah jalan pulang. Haslinda tidak tahu kemana Ramli akan membawanya.
Bersambung...
Kemana agaknya Ramli bawa Haslinda tu. Janganlah kita menghukum seseorang tanpa kita ketahui kisah sebaliknya. Setiap orang yang lahir di dunia ni ada kisah mereka tersendiri.
Share this novel