Bab 2 Malam Yang Menakutkan

Drama Completed 253133

Haslinda tidak tahu kemana Ramli akan membawanya pergi.Tetapi jalan yang Ramli lalui ini adalah jalan yang jarang orang lalu ,yang akan membawa mereka berdua ke sebuah hutan. Haslinda semakin hairan bila Ramli tiba-tiba sahaja memberhentikan motosikalnya di kawasan berhampiran hutan.

“Wei! Dah kenapa kau berhentikan motor dekat sini.”kata Haslinda tidak puas hati.

“Kau,turunlah dulu.”arah Ramli.

“Okay,aku turun.”Ucap Haslinda sambil mula melangkah kakinya turun dari motorsikal Ramli.

Setelah Haslinda turun dari motorsikal Ramli. Ramli pun menongkat motorsikalnya itu ditepi jalan. Kemudian Ramli juga turun dari motorsikalnya itu. Haslinda dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Ramli. Tetapi dia juga tida tahu kenapa Ramli membawa dirinya di kawasan hutan yang sunyi ini. Haslinda merasakan Ramli tidak akan melakukan perkara yang tidak elok kepadanya. Kerana Ramli ibarat seperti abangnya sendiri. Ramli lah tenpat ia meminta pertolongan bila perlu. Ramli juga tahu Haslinda telah mengagap dirinya sebagai abang angkat.

“Wei! Kau nak buat apa dekat kawasan hutan ni?”Tanya Haslinda sambil memandang ke arah Ramli yang menghampiri dirinya.

Tetapi Ramli hanya diam tidak membuka mulutnya untuk menjawab pertanyaan dari Haslinda. Sebaliknya Ramli semakin menghampiri Haslinda dan tangannya menolak Haslinda sehinga terjatuh diatas rumput.

“Kau ni dah kenapa! Main tolak-tolak pulak.”Jerit Haslinda yang mula dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Ramli.

Tetapi Ramli tetap diam,setelah Haslinda terjatuh ke atas rumput. Tangan Ramli tiba-tiba membuka tali pingangnya. Haslinda dapat merasakan Ramli sudah di rasuk hawa nafsu syaitan. Haslinda tahu tiada sesiapa yang akan mampu menolongnya di kawasan hutan ini. Apa lagi sekarang ini sudah larut malam tiada ada sesiapa yang akan melalui kawasan ini.

“Ramli! Tolong istighfar...aku tahu kau tak akan sanggup lakukan semua tu. Lagi pun aku dah anggap kau macam abang aku sendiri.”kata Haslinda merayu kepada Ramli.

Tetapi Ramli hanya diam dan tangannya mula membuka zip seluarnya. Haslinda yang melihat gerak-geri Ramli hanya mampu berdoa di dalam hati. Dan air mata Haslinda mula banjir membasahi pipinya. Haslinda mula merasakan semua lelaki sama sahaja hanya mementingkan nafsu sahaja. Dulu ayahnya sendiri sekarang ini Ramli yang salalu membantu dirinya juga sanggup untuk memperkosa dirinya. Haslinda sudah pasrah dengan hidupnya ini.

Tiba-tiba Haslinda melihat Ramli menutup kembali zip seluarnya dan membetulkan kembali tali pingangnya. Sepertinya Ramli membatalkan niatnya untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap Haslinda. Haslinda merasa sangat lega melihat Ramli membatalkan niatnya. Tetapi kelegaan hati Haslinda hanya sementara sahaja. Kerana tiba-tiba Ramli terus berjalan ke arah motorsikalnya dan menunggang motosikalnya itu pergi dari kawasan ini.


Ramli telah meninggalkan Haslinda keseorangan di kawasan hutan. Haslinda bagaikan tidak percaya sekarang ini ia tinggal seorang diri di kawasan hutan. Haslinda mula ketakutan apa lagi hari sudah larut malam. Kawasan ini tersangat gelap,air mata Haslinda mula mengalir kembali membasahi pipi. Perlahan-lahan Haslinda melangkah kakinya mengikut jalan yang ia lalui bersama Ramli.

Oouu,oouu.

Kedengaran bunyi burung hantu,perasan takut mula menyelubungi Haslinda. Tetapi Haslinda tetap mengagahkan dirinya untuk melangkah keluar dari kawasan hutan ini. Ia tidak sangka Ramli akan memperlakukan dirinya sebegini. Nampaknya sudah tidak ada lagi orang yang boleh Haslinda percayai selepas ini. Haslinda mengambil telefon pintarnya untuk meminta bantuan. Tetapi di kawasan ini tidak ada line dan telefon pintarnya juga sudah hampir kehabisan bateri.


Haslinda sendiri tidak pasti bila ia akan sampai ke rumahnya dengan berjalan kaki. Kerana kawasan hutan ini agak jauh dari kawasan rumahnya. Haslinda sendiri tidak pernah sampai ke kawasan ini sebelum ini. Perasaan takut mula menyelubungi Haslinda kerana kegelapan malam yang hanya di terangi oleh bulan sahaja. Tiba-tiba Haslinda mendengar bunyi motorsikal menghala ke arahnya. Motorsikal itu berhenti berhampiran Haslinda. Haslinda hanya terdiam melihat motosikal itu. Kerana Haslinda kenal dengan motosikal itu dan orang yang menunggangnya. Dia adalah Ramli, sepertinya Ramli telah berpatah balik untuk mengambil Haslinda.

“Cepat naik,aku hantar kau balik.”Kata Ramli memberi arahan.

Haslinda tanpa fikir panjang terus membonceng motosikal Ramli itu. Setelah itu Ramli mula memulas minyak untuk mengerakkan motosikalnya itu. Ramli menunggang motosikalnya ke arah rumah Haslinda. Haslinda sudah boleh menarik nafas lega kerana Ramli berpatah balik untuk mengantar dirinya pulang. Malam ini Haslinda sampai di rumahnya dalam pukul 2.30 pagi.

Di dalam rumah kelihatan Jasmin agak gelisah menunggu Haslinda pulang. Belum pernah lagi anaknya pulang selewat ini. Selalunya paling lewat Haslinda pulang hampir pukul 2.00 pagi sahaja. Sekarang ini jam di dinding rumah sudah menunjukkan hampir pukul 2.30 pagi tetapi kelibat anaknya itu masih belum muncul lagi.

Preng!preng!preng.

Kedengaran bunyi motosikal di depan rumah Jasmin. Jasmin mengangak itu mungkin motosikal kawan anaknya. Jasmin segera membuka pintu dan berharap Haslinda yang pulang di hantar oleh kawannya. Setelah Jasmin membuka pintu,Haslinda segera berjalan masuk ke dalam rumah. Ramli yang telah mengantar Haslinda juga telah pergi setelah Haslinda turun dari motosikalnya.

“Kenapa balik lewat sangat ni? Mak susah hati takut kamu terjadi apa-apa.”kata Jasmin kepada anaknya itu.

“Mak,jangan risaulah pandailah Linda jaga diri.”beritahu Haslinda sambil berjalan ke arah biliknya.

“Mak,nak bagitahu kamu ni. Esok kamu tak payah kerja, sebab esok Mak Long akan datang ambil kamu.”Beritahu Jasmin kepada anaknya itu

Haslinda berhenti melangkah kakinya dan menoleh ke arah ibunya itu.

“Bukan ke mak cakap hari tu Mak Long nak datang minggu depan?”Tanya Haslinda agak hairan.

“Memang semalam Mak Long kamu cakap minggu depan baru nak datang. Tapi hari ni Mak Long call tanya tentang kamu nak tak tinggal dengan dia. Mak,bagitahulah kata yang kamu setuju nak tinggal dengan dia. Sebab tu dia kalut nak datang esok.”beritahu Jasmin.

Hati Haslinda merasa lega kerana esok Mak Longnya yang bernama Junaidah akan datang. Esok Haslinda tidak akan bertemu dengan Ramli lagi. Esok pagi Haslinda akan menelefon Mak Cik Munah majikanya untuk memberitahu dia tidak akan lagi bekerja di kedai Mak Cik Munah.

Di sebuah rumah kelihatan Junaidah dan suaminya Ziyad sedang berada di dalam bilik. Kelihatan wajah Junaidah agak pucat dan badannya agak kurus. Ziyad memeluk isterinya itu dan cuba menenangkannya. Ziyad tahu ini satu tamparan besar buat diri Junaidah. Junaidah telah memberitahu suaminya itu tentang penyakitnya. Kerana badannya semakin lemah Junaidah memberi cadangan kepada suaminya itu mengambil Haslinda tinggal bersama mereka. Supaya Haslinda boleh membantu dan menemaninya di rumah.


Ziyad mengikut sahaja kehendak isterinya itu. Walaupun Ziyad kurang suka dengan Haslinda. Kerana Haslinda agak sosial dan liar perwatakannya. Haslinda juga tidak begitu menghormati orang tua. Membuatkan Ziyad tidak suka dengan Haslinda. Apa lagi Ziyad juga mengetahui Haslinda anak saudara isterinya itu seorang perokok. Bagi Ziyad, Haslinda itu seperti Bohsia kelakuannya.

Ziyad juga tahu Junaidah tidak mahu meminta tolong kepada anaknya. Kerana anak Junaidah tidak begitu rapat dengan Junaidah. Lagi pula kedua orang anaknya itu masih berlajar dalam bidang yang mereka minat.

“Bie,esok pagi kita pergi ambil anak saudara Ayang tu tau.”Kata Junaidah kepada suaminya yang lebih muda darinya itu.

“Okay,esok kita pergi ambil anak saudara Ayang tu...Cuma Bie harap dia tak buat perangai Bohsia dia dekat sini.”kata Ziyad.

“Bie,jangan risaulah. Linda tu tak berani nak buat perangai liar dia dekat sini punya.”kata Junaidah.

“Yalah,Bei percaya cakap Ayang tu.”kata Ziyad.

“Bei,badan ayang ni rasa lemah sangat.”adu Junaidah.

“Dekat mana yang Ayang rasa sakit tu? Meh sini,Bei tolong sapukan minyak.”kata Ziyad sambil tangannya mula mengambil minyak angin.

“Bei,tolong ambilkan ubat Ayang tu.”arah Junaidah sambil tangannya menunjukkan ke arah ubatnya yang terletak di atas meja soleknya.

“Okay.”kata Ziyad sambil tangannya mula mengambil ubat yang di minta oleh isterinya itu.

Pagi ini Ziyad tidak masuk kerja kerana akan membawa Junaidah isterinya itu pergi ke rumah adiknya Jasmin. Perjalanan ke rumah Jasmin hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Walaupun berlain negeri tetapi tidaklah begitu jauh. Kerana Junaidah tinggal di Pulau Pinang manakala adiknya itu tinggal di Perak Utara. Pagi dalam pukul 9.00 mereka berdua telah bertolak dengan menaiki kereta.

Jam menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi. Kedengaran bunyi motosikal di depan rumah Jasmin. Jasmin segera keluar pergi ke arah motorsikal itu.

“Mak Cik,mana Linda?”Tanya Ramli bila melihat bukan Haslinda yang keluar dari rumah.

“Linda,mulai hari ni dia tak kerja dah. Sebab Linda akan ikut Mak Long dia tinggal dekat Penang.”Beritahu Jasmin.

“Tapi semalam Linda kata, minggu depan baru Mak Long dia tu datang ambil.”Ujar Ramli.

“Semalam tiba-tiba je Mak Long dia call cakap nak datang ambil hari ni.”Beritahu Jasmin.

“Kalau macam tu tak pa lah, Mak Cik. Saya pergi dulu.”kata Ramli sambil tangannya mula memulas minyak pergi dari kawasan rumah Jasmin.

Tak lama setelah Ramli pergi dari kawasan rumah Jasmin. Kelihatan sebuah kereta berhenti di halaman rumah Jasmin. Jasmin tersenyum melihat kereta itu. Kerana kereta itu adalah kereta Junaidah dan suaminya Ziyad.

Bersambung...

Terima kasih sudi baca. Macam manalah nasib Haslinda bila tinggal dengan Mak Long dia tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience