“Kenapa! Kenapa semua ini terjadi pada aku? Aku tak mungkin mengidap kanser rahim. Doktor tu tipu,”jerit Junaidah sepertinya tidak dapat menerima apa yang telah doktor katakan kepadanya tadi.
Junaidah berada di dalam kereta baru sahaja selesai bertemu dengan seorang doktor pakar. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata doktor itu.
“Puan,hasil dari pemeriksaan terhadap puan kami mendapati ada sel-sel kanser di dalam rahim puan,”kata doktor itu.
“Sel-sel kanser tu boleh di buang melalu pembedahan kan. Kalau boleh di buang melalui pembedahan saya mampu je. Nak buat dekat hospital swasta pun saya mampu,”kata Junaidah merasa tidak ada masalah baginya untuk membuang sel-sel kanser itu dari dalam tubuhnya jika hanya perlu nengunakan wang untuk melakukan pembedahan itu.
“Maaf puan,sel-sel kanser itu sangat aktif dan telah merebak di dalam organ lainnya. Kanser puan sudah tahap 4,”kata doktor itu.
Junaidah terdiam dan tergamam mendengar kata-kata doktor itu. Junaidah tidak percaya dengan kata-kata doktor itu. Setelah mendengar saranan dari doktor,Junaidah mula melangkah keluar dari bilik doktor itu. Sebenarnya Junaidah tidak terlalu fokus apa yang di katakan oleh doktor itu. Tetapi yang pasti doktor itu telah memberi tarikh supaya Junaidah di masukkan ke dalam wad Hospital. Walaupun tidak mampu menghilangkan sel-sel kanser yang telah bersarang di dalam tubuhnya. Sekurang-kurangnya mampu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh Junaidah.
Masuk ke dalam kereta Junaidah tidak dapat memendung air matanya. Ia menangis dan menjerit tidak dapat menerima semuanya ini. Perlahan-lahan ia mula mengingati kejadian 3 tahun yang lalu. Ia mendapati dirinya mengandung. Tetapi ia merahsiakan tentang kandungannya itu dari suaminya. Junaidah mahu mengugurkan anak yang ada didalam rahimnya itu. Ia telah pergi bertemu dengan sahabatnya dan memberitahu niatnya itu.
“Ros kamu tahu tak tempat yang boleh aku gugurkan kandungan aku ni?”tanya Junaidah.
“Kamu nak gugurkan anak dalam perut kamu tu. Kamu biar betul Ju. Kamu tak kesian ke dekat suami kamu tu. Itu anak pertama dia,tentu dia akan seronok bila dapat tahu kamu mengandung,”kata Rosnah.
“Aku,sanggup bergadai dan berkorban apa sahaja untuk suami aku tu. Aku cuma tak mahu ada anak dengan dia je. Sebab aku dah ada anak 2 orang dengan bekas suami aku dulu. Lagi pun umur aku pun dah nak masuk 40 tahun ni,”kata Junaidah.
“Kalau kau tak nak ada anak dengan dia,kenapa kau kahwin dengan dia. Dan lagi satu kenapa kau tak makan ubat supaya tak mengandung je,”kata Rosnah seperti kecewa dengan sahabatnya itu.
“Aku dah makan ubat perancang...tapi satu malam tu aku terlupa makan sebab tu aku boleh mengandung ni. Aku rasa Ziyad tu tak cukup matang lagi,”kata Junaidah.
“Terpulang kamulah, tapi jangan satu hari nanti kamu menyesal sudahlah,”kata Rosnah.
Junaidah telah melakukan berbagai cara untuk mengugurkan anak yang ia kandungkan itu. Dan akhirnya Junaidah berjaya mengugurkan kandungannya itu. Ketika kejadian itu Ziyad tidak ada di rumah. Junaidah telah meminta bantuan sahabatnya Ros membawa dirinya ke hospital kerana mengalami tumpah darah yang agak banyak. Setelah berada di dalam wad baru Junaidah menelefon Ziyad suaminya.
Ziyad terus bergegas pergi ke hospital bila mengetahui isterinya itu mengalami keguguran. Ziyad benar-benar sedih bila mengetahui Junaidah keguguran. Apa lagi itu adalah anak pertamanya. Ia juga baru mengetahui kewujudan bakal anaknya itu setelah isterinya keguguran.
Junaidah menangis dan rasa sangat menyesal bila mengingatkan kejadian 3 tahun yang lalu. Sampai sekarang suaminya Ziyad tidak mengetahui tentang dirinya keguguran kerana dirinya sendiri yang mengugurkannya. Junaidah tidak mahu Ziyad tahu bahawa dirinya tidak mahu ada anak bersamanya. Junaidah mempunyai 2 orang anak bersama bekas suaminya. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua anaknya itu tinggal bersama bekas suaminya.
Bekas suami Junaidah adalah seorang ahli perniagaan. Manakala Ziyad suami barunya ini asalnya adalah pekerja yang bekerja di Syarikat Junaidah.Kerana kebaikan dan kecekapan Ziyad membuatkan Junaidah tertarik dengan Ziyad. Ziyad juga tahu Junaidah seorang janda dan telah jatuh hati dengan sikap Junaidah yang sangat mengambil berat tentang dirinya.
____________
Jam sudah menunjukkan pukul 01.00 pagi kelihatan seorang gadis remaja berumur 18 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya. Gadis itu bernana Nur Haslinda. Haslinda baru pulang dari melepak dengan rakan-rakannya yang sama liar sepertinya. Haslinda sudah putus sekolah dari umur 15 tahun. Beginilah kehidupan hari-harinya hampir 2 tahun ini. Setiap malam pasti Haslinda akan keluar di ambil oleh Mat rempit yang ia kenali.
Tok,tok,tok.
Bunyi ketukan tangan Haslinda di pintu utama rumahnya. Tak lama kemudian pintu di buka oleh ibunya bernama Jasmin.
“Kamu nak jadi apa ni setiap malam keluar...dah pagi baru nak balik,”kata Jasmin seperti kecewa dengan sikap anak sulungnya itu.
Haslinda tidak mempedulikan kata-kata ibunya itu. Dengan bersahaja Haslinda melangkah masuk ke dalam rumah. Kemudian Jasmin menutup pintu dan menguncinya.Tiba-tiba muncul ayah Haslinda yang bernama Bakar. Tangan Bakar tiba-tiba menampar pipi Haslinda.
“Kau nak jadi apa! Setiap malam keluar malam,pukul 1.00 pagi baru nak balik,”kata Bakar dengan amarahnya.
Haslinda menatap tajam mata ayahnya itu dan tersenyum sinis.
“ Linda jadi macam ni semua sebab ayah. Daripada Linda jadi mangsa ayah sendiri,lebih baik Linda jadi habuan orang luar,”kata Haslinda sambil berjalan masuk ke dalam biliknya.
Masuk ke dalam bilik Haslinda menangis sepuasnya. Haslinda nampak kuat dan liar di luar tetapi dalamannya terlalu lemah. Ia menjadi liar dan di anggap sebagai bohsia semua kerana ayahnya. Kerana 3 tahun yang lalu ayahnya itu telah meragut sesuatu yang sangat berharga dari dirinya. Haslinda telah mengadu kepada ibunya tetapi ibunya meminta perkara itu di rahsiakan. Dengan alasan untuk menyimpan aib keluarga.
Setiap malam Haslinda akan keluar bersama mat-mat rempit. Haslinda akan berkumpul bersama berapa orang yang mempunyai cara hidup yang agak liar sepertinya. Selalunya Haslinda akan mengenakan pakaian yang akan gelap. Haslinda juga seorang perokok tegar. Ketika umurnya 16 tahun ia sudah mula merokok.
Malam Haslinda akan keluar dan akan pulang dalam pukul 1.00 pagi. Tetapi bila pukul 11.00 pagi Haslinda akan bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya. Haslinda telah bekerja di kedai makan itu dari umurnya 15 tahun. Haslinda tidak mengharapkan wang dari ayah dan ibunya. Jika boleh Haslinda ingin keluar dari rumah itu. Supaya tidak akan bertemu dengan orang yang telah membuat dirinya menderita secara dalaman. Tetapi gaji di kedai makan ini tidaklah mahal. Mana mungkin untuk dirinya menyewa rumah dengan gaji tak seberapa ini.
Haslinda ada seorang mak saudara yang tinggal di negeri lain. Tetapi Haslinda tidak rapat dengan mak saudaranya itu. Haslinda juga mengetahui mak saudaranya itu sudah berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda dari mak saudaranya itu. Ibu saudaranya itu bernama Junaidah.
Pagi ini Haslinda bangun lewat hampir pukul 9.00 pagi. Haslinda bangun dan mencuci mukanya. Kemudian pergi ke dapur untuk melihat ada sarapan apa yang boleh ia jamah. Haslinda membuka tudung saji di atas meja dan kelihata ada mee goreng di dalam bekas. Lalu Haslinda mengambil pinggan dan garfu untuk makan mee goreng yang telah di masak oleh ibunya itu.
Haslinda mempunyai 3 orang adik di bawahnya. Ketiga-tiga adiknya itu masih bersekolah. Adik-adiknya semua adalah lelaki. Hatinya sering kali bertanya kenapa ayah yang sepatutnya melindungi dirinya telah sanggup membuat dirinya derita. Haslinda masih ingat ketika kejadian menimpa dirinya itu telah berlaku pentengkaran antara ibu dan ayahnya. Tetapi ayahnya telah melepaskan amarahnya terhadap dirinya. Ayahnya selalu mengatakan semua itu terjadi berpunca dari ibunya.
“Kamu baru bangun,Linda?”tanya Jasmin ketika ia masuk ke dapur.
“Haah,Linda baru bangun je. Orang tua tu mana?”kata Linda.
“Ayah kamu tu biasalah pergi melepak dekat kedai kopi pagi-pagi ni,”beritahu Jasmin
“Mak dah masak pun,masih nak pergi mengopi lagi dekat kedai,”kata Haslinda.
“Hari ni kamu kerja tak?”tanya Jasmin pada anaknya itu.
“Hari ni Linda kerja macam biasalah,dekat pukul 11.00 nanti baru pergi...kawan Linda akan datang ambil,”kata Haslinda.
Bersambung...
Bohsia Itu Isteri Dia.
Share this novel
tq update