Bab 3 Berangkat Ke Rumah Mak Long

Drama Completed 253133

Jasmin menyambut kedatangan kakak dan abang iparnya itu. Selama ini ada juga Junaidah kakaknya itu bertandang ke rumahnya tetapi biasanya tidak lama. Hari ini kedatangan Junaidah dan suaminya itu ke rumah Jasmin kerana ingin mengambil Haslinda untuk tinggal bersamanya.

Haslinda tahu sebentar tadi Ramli ada datang, untuk menumpangkannya ke tempat kerja seperti biasa. Tetapi Haslinda sengaja tidak mahu keluar dan berjumpa dengan Ramli. Haslinda sakit hati dan kecewa dengan apa yang telah Ramli lakukan kepadanya pada malam tadi.

“Semua lelaki sama,hanya pentingkan nafsu sahaja. Wujud ke lelaki yang baik dekat dunia ni? Kenapa aku harus fikirkan semua tu. Ayah aku sendiri pun bukan lelaki yang baik,”luah hati Haslinda yang sedang baring diatas katil didalam biliknya.

Di luar rumah Ziyad memarkir keretanya di halaman rumah. Setelah mematikan enjin kereta Ziyad dan Junaidah membuka pintu kereta dan mula melangkah kaki keluar dari dalam kereta. Jasmin menghampiri kakaknya itu lalu mereka berdua bersalaman. Jasmin agak terkejut melihat kakaknya itu. Kerana tubuh badan kakaknya itu kelihatan sangat kurus.

“Jom, masuk dalam rumah.”Pelawa Jasmin lalu melangkah kakinya menuju ke dalam rumah.

“Yalah,”balas Junaidah sambil berjalan memegang tangan Ziyad suaminya.

“Kak Ju,nampak kurus sangatlah. Kak Ju sakit ke?”Tanya Jasmin ketika mereka bertiga berada di ruang tamu.

“Kak Ju memang sakit pun,sebab tu kak Ju nak ambil Linda tinggal dengan kak Ju.”Kata Junaidah berterus-terang.

“Kak Ju sakit apa?”Tanya Jasmin yang merasa risau dengan keadaan kakaknya itu.

Ziyad hanya diam sahaja duduk di sebelah Junaidah isterinya itu. Ziyad sengaja tidak mahu menyapuk perbualan antara kakak dan adik itu. Biarlah isterinya itu sendiri memberitahu apa yang sepatutnya. Lagi pula kedatangan mereka kesini pun atas kehendak isterinya juga.

“Akak,sebenarnya mengidap kanser rahim.”kata Junaidah dengan nada yang agak lemah.

“Ya Allah! Kak Ju betul ke ni.”Kata Jasmin seperti tidak percaya dengan kata-kata kakaknya itu.

“Betul...sebab tu kami nak ambil Linda tinggal dengan kami. Bolehlah Linda tu tolong tengokkan Ju bila saya tak ada dekat rumah.”kata Ziyad menjelaskan.

“Jangan risau Linda nak je ikut...tinggal dengan kamu berdua.”Beritahu Jasmin.

“Baguslah,macam tu.”kata Junaidah.

“Sekejap ya,saya pergi panggil Linda.”kata Jasmin sambil mula bangun dan melangkah kakinya ke arah bilik anaknya itu.

Tok,tok,tok.

Bunyi ketukan tangan Jasmin di pintu bilik Haslinda.

“Linda,buka pintu ni. Mak long dengan Pak Long dah sampai nak ambil kamu tu. Pergilah jumpa diorang dekat depan tu. Mak nak buatkan air untuk Mak Long dan Pak Long kamu tu.”kata Jasmin di depan pintu bilik anaknya itu.

“Yalah.”Balas Haslinda sambil membuka pintu biliknya itu.

“Pergilah cepat jumpa Mak Long dan Pak Long kamu tu. Mak nak pergi bancuh air dekat dapur ni. Kamu dah kemas pakaian kamu masuk dalam beg?”kata Jasmin bila melihat anaknya itu masih berdiri di muka pintu.

“Linda dah siap kemas pakaian Linda masuk dalam beg,malam tadi.”Beritahu Haslinda.

Melihat Linda sudah keluar dari dalam bilik,Jasmin mula melangkah kakinya menuju ke dapur untuk membancuh air. Manakala Haslinda pula berjalan ke arah ruang tamu yang ada Mak Long dan suami mudanya itu. Haslinda sebenarny tidak berapa suka dengan suami Mak Longnya itu. Kerana Haslinda mengagap suami Mak Long berkahwin dengan Mak Long kerana harta Mak Long. Apa lagi jarak usia suami Mak Long dengan Mak Longnya itu terlalu jauh. Jasmin sendiri pernah bercerita kepada Haslinda setelah kakaknya berkahwin dengan suami barunya ini. Kakaknya ini telah sanggup mengeluarkan modal untuk membuka sebuah Syarikat. Mak Long dan suaminya membuka sebuah Syarikat Cleaner Service. Mereka selalu mendapat tender dari kerajaan dan swasta untuk menyediakan pekerja kebersihan.

Haslinda berjalan menuju ke arah Mak Long dan suaminya yang berada di ruang tamu. Mak Long tersenyum memandang ke arah Haslinda. Haslinda menyalami tangan Mak Long nya itu. Kemudian Haslinda melabuhkan punggungnya di sofa sebelah Mak Long.

“Linda,tahukan kenapa Mak Long datang hari ni?”tanya Junaidah sambil memandang ke arah anak saudaranya itu.

“Tahu,sebab mak dah bagitahu dah pun.”Jawab Haslinda bersahaja.

“Harap nanti sampai dekat sana kamu bolehlah tolong-tolong,Mak Long. Mak Long akan bayar gaji kepada kamu nanti.”Jelas Mak Long.

“Ooh, Linda akan dapat gaji duduk dengan Mak Long.”Kata Haslinda agak teruja.

“Kamu,jangan nak buat perangai bohsia dan tak senonoh kamu dekat sana nanti.”kata Ziyad memberi peringatan.

“Tengoklah...macam mana nanti bila dah sampai dekat sana.”Balas Haslinda sambil tangannya mula mengeluarkan sebatang rokok untuk diletakkan di mulutnya.

“Hey! Kamu di larang merokok depan Mak Long kamu ni.”kata Ziyad sambil tangannya mula ingin merampas rokok di tangan Haslinda.

“Yalah.”kata Haslinda sambil membiarkan sahaja Ziyad mengambil rokoknya itu.

“Belum sampai dekat rumah diorang, tapi dah banyak syarat. Benci sungguh aku dengan gigolo ni.”bisik hati Haslinda.

“Linda,kamu tak boleh hisap rokok dekat dengan Mak Long kamu tu. Mak Long kamu ni sakit kanser rahim.”Kata Jasmin yang tiba-tiba muncul membawa dulang air.

“Betul ke?”tanya Haslinda sambil memandang ke arah Mak Long.

“Betul...sebab tu Mak Long nak kamu tinggal dengan Mak Long.”Kata Mak Long.

“Kak Shasha,dan Sharul kan ada boleh bantu.”Kata Haslinda sambil matanya memandang kepada Mak Long nya itu.

“Shasha, sekarang ni tengah sambung belajar dekat Universiti di Selangor. Sharul pula tahun ni akan ambil peperiksaan SPM.”Kata Mak Long.

“Oo,okay Linda dah faham. Kalau macam tu, Linda nak keluar sekejap nak hisap rokok puas-puas. Nanti dalam kereta dah tentu tak boleh nak hisap rokok.”kata Haslinda sambil mula bangun dan melangkah kakinya keluar dari rumah.

Di luar rumah Haslinda mula mengambil sebatang rokok di dalam kotak rokoknya. Lalu di letakkan ke bibirnya yang agak pucat. Kemudian tangannya mengambil petik api untuk menyalakan rokoknya itu. Sesekali Haslinda akan menghembuskan asap di mulut dan hidungnya. Mata Haslinda asyik memandang ke arah halaman rumahnya ini. Pagi ini adik-adiknya tidak berada di rumah kerana mereka semua bersekolah. Manakala ayahnya juga tidak berada di rumah kerana sedang bekerja.

Setelah hampir 3 batang rokok habis di hisap oleh Haslinda tiba-tiba kedengaran Jasmin memanggil anaknya itu.

“Linda!”Panggil Jasmin.

Haslinda menoleh ke arah suara ibunya itu.

“Ada apa?” Soal Haslinda sambil melihat ke arah ibunya yang berada di muka pintu.

“Meh sini,tolong mak hidangkan makanan. Mak Long kamu kata lepas makan tengahari baru bertolak balik ke Penang.”Beritahu Jasmin.

“Ya,lah.”Balas Haslinda sambil melangkah kakinya masuk ke dalam rumah.

Setelah menjamu selera barulah Haslinda,Junaidah dan Ziyad bertolak untuk pulang ke Penang. Adik-adik Haslinda juga semuanya sudah pulang dari sekolah. Dapatlah Haslinda bersalaman dengan adik-adiknya itu sebelum berangkat. Hanya ayah Haslinda sahaja yang tidak berada di rumah. Haslinda memang berharap ayahnya itu tidak berada di rumah. Haslinda kalau boleh tidak ingin langsung melihat wajah ayahnya itu. Setelah ini Haslinda memang tidak akan bertemu dengan ayahnya lagi. Tetapi Haslinda juga terpaksa berpisah dengan ibu dan adik-adiknya juga.

Dalam pukul 4.00 petang barulah mereka bertiga sampai di Penang di mana Junaidah dan Ziyad tinggal. Ziyad dan Junaidah tinggal di rumah teres yang agak mewah dan besar. Haslinda agak kagum juga bila melihat pintu pagar rumah Mak Longnya ini hanya mengunakan remote control sahaja. Tidak perlu untuk turun membuka pintu pagar itu. Masuk ke dalam pagar Ziyad memarkir keretanya di dalam garaj. Di dalam garaj itu ada sebuah kereta lain yang sudah terparkir. Dan ada dua buah motorsikal,satu motosikal berkuasa tinggi,satu lagi motosikal biasa sahaja.


Setelah Ziyad mematikan enjin keretanya mereka bertiga membuka pintu dan melangkah keluar dari dalam kereta.

“Jom masuk,Linda.”Ajak Junaidah.


Haslinda melangkah kakinya mengikuti Mak Long dan suaminya itu masuk ke dalam rumah. Sambil membawa beg pakaiannya. Haslinda melihat perabot di dalam rumah Mak Long ini jauh berbeza dengan rumahnya. Perabot-perabot di rumah Mak Long agak mewah.

“Ni bilik Linda,masuklah. Boleh susun baju Linda dalam almari tepi katil tu.”Beritahu Junaidah pada anak saudaranya itu.

“Wow! Bilik ni lagi besar dari bilik Linda dekat kampung.”Kata Haslinda agak teruja.

“Ini bilik kak Shasha sebenarnya,tetapi kak Shasha jarang datang sini. Daripada kosong baik bagi dekat Linda je duduk dalam bilik ni.” Kata Junaidah.

“Tapi ingat! Dalam bilik ni dan dalam rumah ni jangan sesekali kamu berani nak hisap rokok.”kata Ziyad sambil memandang ke arah Haslinda.

“Yalah,Linda tahu. Tadi Pak Long dah bagi tau banyak kali,tak mungkinlah saya lupa.”Kata Haslinda sepertinya kurang suka dengan sikap suami ibu saudaranya itu.


Setelah Mak Long dan suaminya keluar dari bilik itu. Haslinda menutup pintu bilik dan menguncinya. Lalu merebahkan badannya di atas katil. Melihat ada aircond Haslinda mula menghidupkan aircond di dalam bilik ini.

“Meluat sungguh aku dengan gigolo tu. Kahwin dengan Mak Long sebab Mak Long aku tu berharta je. Kata aku ni bohsia...yang dia tu gigolo tak sedar diri.”Bebel mulut Haslinda.

Di dalam sebuah bilik lain,Junaidah mula merebahkan badannya di atas katil. Manakala Ziyad membuka bajunya dan mengambil tuala untuk membersihkan dirinya.

“Ayang,ada rasa sakit dekat mana-mana tak?”Tanya Ziyad bila melihat isterinya merebahkan badannya di atas katil.

“Macam biasalah,perut Ayang ni rasa sakit.”Jawab Junaidah.

“Ayang, nak Bie ambilkan ubat.”Kata Ziyad bila melihat isterinya itu seperti sedang menahan sakit.

“Boleh juga, sebelum abang nak pergi mandi tu.”kata Junaidah.


Ziyad mengambil ubat diatas meja lalu di berikan kepada isterinya itu. Kemudian Ziyad menuang air di dalam gelas untuk isterinya. Di dalam bilik ini sentiasa ada air botol dan gelas. Supaya memudahkan Junaidah untuk memakan ubat. Setelah melihat Junaidah menelan ubatnya barulah Ziyad masuk ke dalam bilik air yang ada didalam bilik ini. Usai mandi Ziyad keluar dari dalam bilik air dan mula membuka almari baju.

“Bie...Ayang harap Bie berlembut la sikit dengan Linda tu. Linda tu sebenarnya dia budak yang baik. Dia jadi macam tu kerana ayah dia.”Kata Junaidah sambil memandang ke arah suaminya yang sedang memakai baju.

“Yalah...lain kali Bie akan belembut sikit.”Kata Ziyad cuba membuat isterinya itu tidak memikirkan sangat tentang perkara yang tidak penting.

Bersambung...

Macam mana la perjalanan hidup Haslinda nanti ya. Haslinda anggap Ziyad gigolo yang gila harta. Ziyad pula anggap Haslinda adalah bohsia. Terima kasih banyak-banyak sudi baca kisah ini.

Share this novel

shamimi
2021-07-01 14:13:51 

#


NovelPlus Premium

The best ads free experience