BAB 8

Romance Series 5964

" Kak Ngah nak pi mane?" tanya Iqram kepada Nana yang sedang memakai kasut tumitnya. Nana memandang Iqram,heran.

' Asal budak ni? Selalunya mane ade dia kesah aku nak pi mana..Suka hati die lah' Nana menghiraukan Iqram dan terus menyarung sebelah lagi kasut tumitnya. Iqram masih memandang Nana.

" Kak Ngah, Iq tanye ni. Kak Ngah tak kan nak tinggalkan Iq sorang-sorang. Kalau ye pon, masak lah dulu. Iq tau masak nasi je." Nana menarik nafas tahan sabar. Orang dah habis pakai kasut baru nak cakap. Dah lah kasut tumit tu bertali.

Nak tak nak, lambat tak lambat, Nana kena jugak utamakan keluarga. Jadi, Nana mengambil bahan-bahan untuk membuat ayam masak merah. Lauk kegemaran Iqram.

" Ye pon, tolonglah Kak Ngah ni. Akak nak cepat lah. Nak jumpa kawan." Nana mengambil cili yang siap dikisar keluar dari peti ais sementara Iqram tolong tengok-tengokkan ayam yang tengah di goreng.

" Sape? Aliyah ke Lisa?" Muka Nana dah cuak. Tapi nasib Iqram tak nampak sebab Nana membelakangi dia. Iqram memang tak suka dengan Lim.

Iqram pernah kena tumbuk dengan Lim sebab tertumpahkan kopi kat baju dia. Nasib masa tu Amar ada. Terus Lim kena tendang keluar dari rumah tu.

" Ha'ah,dengan diorang berdua. Nanti diorang ambik Kak Ngah. Iq tak yah risau lah. Bukan ade sesapa nak kat Kak Ngah pon."

" Iq tak cakap pon orang yang ajak Kak Ngah keluar lelaki. Ke memang lelaki?"

" Eh, Iq pergi ambik pinggan. Ni dah siap dah ni." Nana menarik nafas lega apabila Iqram terus pergi tanpa banyak soal. Nasib ayam tu dah siap. Kalau tak, mati kena jawab soalan-soalan cepumas dari Iqram. Lepas Iqram dah tau, report ler kat ibu atau Amar.

" Dah, Kak Ngah pergi dulu." Nana terus berlari ke luar rumah. Kasutnya disambar dan terus berlari kaki ayam. Nana sempat melihat jam tangannya.

' 8:45. Iq, kalau die batalkan dinner tu, siap kau aku kejekan.'

Nana mempercepatkan lariannya. Semasa hampir sampai, Nana nampak kereta Honda hitam parking kat depan bus stop.

' Lim ke tu?'

Nana datang dekat dan mengetuk tingkap kereta tersebut. Dan firasatnya betul. Memang ni kereta Lim.

" Lama tunggu ke" tanya Nana selepas masuk ke dalam kereta.

" Takdelah. Saya baru sampai tadi. Ada hal saya kena buat." Nana angguk. Lim menghidupkan enjin kereta dan terus memandu ke destinasi mereka.

" Kita nak pergi mana?" Nana tanya selepas bosan menunggu. Nak pasang radio, takut Lim marah.

" Kita nak makan kat hotel 5 Star. Makanan kat situ sedap. Saya selalu makan kat situ." Mata Nana berkilau. Nana tak pernah makan kat hotel. Yang Nana selalu pergi pon mamak je.

_______________________________________

" Wow!! Memang 5 Star lah hotel ni!" Nana bersorak teruja selepas melihat bangunan yang besar dan cantik di depan matanya.

" Eh, jomlah. Saya dah tempah meja khas untuk kita berdua." Nana mengikuti Lim dari belakang. Matanya liar melihat dalaman hotel itu.

" Cantiknya. Untung awak Lim, dapat makan selalu kat tempat macam ni." Lim senyum bangga. Fasa kedua, hampir berjaya.

" Bilik dia pon cantik tau. Awak nak tengok tak nanti." Lim memandang Nana yang berada di belakangnya.

" Boleh ke?! Nak sangat. Mesti cantik kan." Fasa kedua, done. Senyuman Lim makin menaik. Nana masih tak perasan, sebab dia masih terpesona dengan corak di dinding hotel.

" Lepas dinner kita tengok sama-sama. 'Cause we're here." tempat yang ditempah itu adalah kawasan yang paling indah sekali. Boleh nampak kawasan bandar, dan apa yang Nana paling suka adalah dia boleh nampak Fun Fair dari atas itu.

" Nana, awak nak makan ke tak nak?" Nana ketawa kecil dan duduk berhadapan dengan Lim. Makanan yang ditempah sampai tak lama kemudian. Mereka makan dengan tenang.

" Saya nak ambik air sekejap. Awak tunggu sini." Nana angguk dan membiarkan Lim pergi sementara dia menikmati keindahan malam itu.

Tak lama selepas itu, Lim datang dengan dua gelas air. Nana mengambil salah satu dan meminumnya.

" Urhm.pening.." Nana memegang kepalanya. Penglihatannya semakin gelap. Tanpa sedar Nana sudah pingsan.

" Fasa tiga, siap. Mesti perempuan tu terkejut aku boleh buat bende ni. Haish, aku harap dia dah siapkan duit tu."

--------------------------------------------------------------------

" Kat mana..Hah, apa ni?" Nana bangun dengan tangannya yang dah terikat. Tudung labuhnya yang dipakainya, sudah tiada. Nasib bajunya tidak diapa-apakan.

" Dah bangun" Nana memandang ke arah suara tersebut.

" Lim, apa kau buat ni! Lepaskan aku!" Lim ketawa dingin. Matanya memandang Nana nafsu.

" Mana boleh aku lepaskan. Aku kena selesaikan misi aku dulu. Kalau kau terlepas, duit aku pon melayang." Mata Nana membulat. Jadi, semuanya pasal duit.

Nana bergelut untuk melepaskan tangannya. Sesekali Nana menggigit tali yang tebal itu. Matanya berair.

" Sia-sia je usaha kau tu. And, one more thing, aku belum selesaikan misi yang terakhir." Lim naik ke atas katil mendekati Nana. Butang bajunya satu-satu dibuka.

Nana menggeleng-gelengkan kepalanya. Badannya digeser ke belakang untuk menjauhi Lim. Susah nak bergerak bila kedua tangan dan kakinya terikat.

' Tolong...sesiapa. Tolong..' Nana menangis. Nana ditahan Lim sebelum dia dapat pergi lebih jauh.

" Your mine"

' Afif' Matanya ditutup.

BANG!!

Pintu bilik itu dibuka keras.Lim segera mendongak untuk melihat siapa yang menggangu aktivitinya. Mukanya ditumbuk sebelum sempat melihat rupa paras orang itu.

" Kau nak buat apa dengan dia, Sial!" mukanya ditumbuk lagi sekali. Lim terbaring ke atas lantai. Matanya memandang sosok manusia yang melihatnya dengan mata tajam.

" A-A-afif Ak-akmal.." Musuh Lim yang paling dia geruni. Nak belasah pon takut. Pandangan maut Afif dah cukup membuatnya lari sama seperti pelajar lain.

" Kau berani sentuh perempuan yang bukan muhrim. Keluarga kau Islam, kan? Tak belajar ke? Ke kau memang nak kena ajar dengan Aku!!" Lim mengangkat tangan ke hadapan mukanya takut ketika Afif membuat penumbuk di hadapan mukanya.

" A-a-a-aku minta ma-ma-maaf."

" Kau blah sekarang. Jangan jumpa Nana lagi. Kalau aku tau kau cuba apa-apakan dia lagi, jaga kau. Aku tak akan lepaskan kau. BLAH SANA!" Lim mengambil bajunya dan lari lintang-pukang dari bilik tersebut.

" Kau okay tak? Dia ada sentuh kau ke tadi?" tanya Afif semasa melepaskan ikatan di kaki Nana. Nana menggeleng.

" Hu, nasib sempat sampai,kan? Kaki dah siap. Kau boleh duduk tak?" Nana menggeleng. Kakinya sakit selepas diikat ketat tadi.

" Terpaksalah kan?" Afif memanjat naik ke atas katil dan duduk di sebelah Nana. Nana melihat muka Afif dari situ. Tenang je.

" Ketat gila dia ikat. Apa yang tersangkut ni?" Muka Nana merah bila muka Afif sejajar dengan mukanya. Lepastu dia bukak tali dari situ pulak tu.

" Okay dah siap.."

Tok Tok..

Afif bangun dan membuka pintu bilik yang tertutup tadi.

" Maaf, kami dari pihak JAKIM. Boleh tunjuk surat nikah?"

--------------------------------------------------------------------

" Memang kena ke, nenda? Takde cara lain ke?" Nendanya mengangguk sambil minum teh panas.

" Nenda tak nak keluarga kita dengan Nana tanggung malu. Lagipun, siapa suruh main bukak je pintu tu tak tengok keadaan. Apa tadi, ha! Nana tak bertudung, baju kusut.."

" Nenda,please stop" Afif memotong. Tak nak dengar semua tu. Nenda tak tau ke, dia ni lelaki. Buat iman goyang je.

Nendanya memandang Afif dan Nana bergiliran.
Semua ada raut wajah berbeza. Afif dengan muka pasrah, cermin mata jatuh sikit, dibiar. Nana muka dah tukar jadi scarlet.

" Nenda tau kan, Afif balik UK lagi dua hari. Mana ada masa." Afif membetulkan postur tubuhnya. Mukanya tersenyum seperti dia yang akan menang.

" Cuti musim panas 3 bulan kan?, Lama lagi nak habis. Assignment kamu tu, boleh je buat kat Malaysia. Nenda dah tetapkan tarikhnya minggu depan." Afif dengan Nana terkejut. Mereka memandang nenda seperti orang hilang akal.

" Nenda! Nenda mana boleh buat Afif macam ni!"

" Benda ni untuk kebaikan kamu Afif dengan Nana! Kalau kamu duduk dalam penjara tu, sampai bila pon tak balik UK." Afif menunduk dan mengangguk faham.

" Fine, kami kahwin." Afif dah takde idea nak lawan nenda bab hal ni. Pasrah lebih baik.

" Eh!" Nana pulak terkejut.

"Kenapa,Nana?" Nenda memandang ke arah Nana.

" Tak cuma, ibu urmm.."

" Kalau pasal ibu kamu, jangan risau. Nenda dan inform kat dia petang tadi dan dia setuju." Nana menggaru kepalanya yang tak gatal. Nana menjeling ke arah Afif.

Dia tak perasan yang Afif pandang dia dari tadi. Masa mata mereka beradu, mereka mengalihkan pandangan masing-masing.

________________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience