BAB 9

Romance Series 5964

" Huh..." Afif dah mengeluh buat sekelian kalinya. Apa dia ingat pilih cincin senang ke? Kalau nikah tahun depan yela, ni nak nikah bulan depan.

" Pilih pon lambat ke? Aku tengah lapar ni. Sarapan pon tidak tadi." Aku pandang muka Afif, malas. Aku pon mana sarapan. Over lebih.

Semua cincin depan aku semua mahal-mahal. Ni kalau Dato' Aliff Syukri beli semua ni, mau tak bankrupt orang tu.

" Saya cari yang murah. Karang tak mampu." Aku nampak Afif mengeluh berat. Ditolak aku ketepi guna badan dia. Nasib tak jatuh. Yela, dia tinggi, lepastu berat dia lagi berat dari aku.

" Miss, I take this ring." Afif kata selepas 2 minit melihat cincin. Aku tengok cincin yang dia pilih. Ya Allah, mau tak terkejut, pilih cincin mahal. 10k tu, tak campur cincin dia lagi yang 5k.

" Afif, mampu ke?" Aku pandang Afif. Yang Afifnya buat muka blur. Bahunya diangkat sementara tangannya menghulurkan kad kredit kepada penjaga kaunter.

" Kau rasa? Cer ingat balik, tadi kita naik kereta apa?" Afif mengalihkan pandangannya ke arahku. Aku try ingat balik. Kereta putih, no.plat...tak ingat. Jenama,...BMW DER!!. Tapi tu tak bermakna tu kete die. Tah-tah kereta pinjam.

" Sape kata kereta pinjam, tu kereta aku la."

" Aik? Saya tak cakap pape pon."

" Tengok muka pon dah tau. Aku kenal kau bukan sehari dua. Bertahun tau tak. Dah jom pi mamak. Aku nak makan roti canai." Aku buat muka. Duit berkepuk, lepastu mamak je kau mampu. Hampeh.

" Oi! Tak nak ikut ke? karang tak balik." Nak tak nak, ikut jela Afif ni. Lagipun dia kan bakal suami aku. Dosa kalau tak ikut cakap dia.

________________________________________

" Macam yang aku janjikan, ni payment untuk tugas kau, Lim." Beg hitam dilempar tepat ke muka Lim yang bengkak. Lim cuba mengelak, tapi tak sempat.

" Sakit lah sial. Kau tak nampak ke muka aku tengah bengkak teruk! Dasar perempuan tak guna!" Wanita itu ketawa sinis.

" Woi setan, kau dengar sini baik-baik. Tugas yang aku suruh kau buat ialah kunci Nana dalam bilik tu. Bukan buat maksiat." Lim mendecik perlahan. Apa yang dikatakan wanita itu memang betul.

" Kau sebagai kawan dia, elok sangat ke perangkap dia dengan rancangan bodoh kau tu."

" Kau kata rancangan aku bodoh? Kalau bodoh kenapa kau nak tolong? Ke, kau yang bodoh? " Lim yang sudah hilang kesabaran menarik kerah baju wanita itu. Perbezaan ketinggian mereka membuatkan wanita itu sesak nafas.

" Le.. Le. Lepaskan. A.. Ak.. Aku" Wanita itu bergelut supaya kerah bajunya terlepas dari tangan Lim. Lim mendekatkan mukanya dengan telinga wanita itu.

" Dengar sini elok-elok, kau tu lemah. Petik jari je, aku boleh habiskan kau. Dan aku tak tolong dengan rela. Kau tu yang menggedik pujuk aku suruh buat. Takkan kau dah lupa kot." Lim melepaskan kerah wanita itu. Wanita itu jatuh terduduk dengan mukanya yang pucat. Dia memandang muka Lim, takut.

" Lepas ni, aku tak nak ada kaitan dengan rancangan kau. Jangan ganggu aku lagi, ALIYAH." Dengan itu, Lim mengambil beg yang berisi wang yang dicampak tadi lalu beredar dari situ.
________________________________________

" Ni ke abang Afif yang dulu duduk sebelah rumah kita tu Kak Ngah?" Aku angguk, malas. Baru balik dah kena interviu dengan Iqram. Menyesal aku ajak Afif masuk rehat pasal tadi tayar kereta meletup. Nasib Afif pandai tukar tayar. Kalau tak, tunggu orang bengkel datang ler jadinya.

" Ouhh, tapi Iqram peliklah." Aku pandang Iqram dengan Afif . Apa yang peliknya? Pelik sebab muka dia handsome dari kau ke?

" Apa yang pelik dengan muka abang, Iqram?" Perasan sangat dia ni. Taulah kau handsome, tapi Iqram takde lah cakap pelik tu kat muka.

" Bukan pasal tu. Cermin mata abang tu, warnanya tak sama macam abang Amar punya. Abang Amar punya jernih, abang punya gelap sikit." Aku tenung cermin mata Afif. Kenapa selama ni aku tak perasan? Power gile mata Iqram ni.

" Ouh, Itu.. Erhh.. " Aku nampak muka Afif gelisah. Matanya liar memandang dinding rumah.

Iqram masih setia menunggu jawapan. Kalau boleh semua bende dia nak tau. Perangai dah mak cik-mak cik tunggu bahan nak buat gosip je aku tengok.

" Eh Iqram, bukan ke kau ada latihan ke hari ni. Pukul 9 kan dah start. Baik kau pi bersiap."

" Memang ade, tapi sape nak hantar. Kak Ngah punya motor dah la takde minyak."

" Afif boleh je hantarkan... Eh, tunggu kejap. Kau naik motor aku."

" Eek! Eh tengok sekarang pukul berapa. Iq pi siap dulu lah ye." Aku ternganga. Patutlah minyak aku selalu kurang. Budak tu rupanya yang naik. Mentang-mentang dah belajar naik motor dengan Amar, sedap hati mak nenek kau je naik motor aku.

" Thanks." Aku mengalihkan pandangan aku ke Afif. Matanya melihat lantai. Muka nampak macam dah pasrah nak hidup.

" Takde apelah. Lagi pon, Iq tu memang macam tu. Semua benda dia nak tau." Afif ketawa kecil. Sebenarnya, dalam diam aku pon nak tau kenapa dia pakai spec cenggitu. Tapi sebab aku tengok muka dia tadi, terus tak jadi.

Afif tenung muka aku, tersenyum. Kekok, aku pon balas balik senyuman dia tu. Aduh, sampai bila dia nak tenung aku ni. Saja nak buat hati ni cair ke.

" Abang, Kak Ngah, udah-udah lah tu. Kahwin nanti sambung ler lawan tenung tu. Orang ade latihan ni." Afif berdiri. Aku pula, masih tenung dia. Macam mata aku ni dah tak boleh pandang tempat lain. Dah kena sihir dengan Si Afif tu.

" Abang gerak dulu"

Aku tengok Afif dan Iqram masuk ke dalam kereta. Iqram melambai sementara Afif tengah start enjin. Aku sebagai kakak yang baik lambai lah balik.

" Fuh, nasib baik kau ada Iqram. Kalau tak pengsan aku kena hadap muka Afif tu."

Masa aku nak tutup pintu tu, aku teringat satu ayat rare yang selalu aku dengar kat drama je.

' Abang gerak dulu'

Haaaa!!! Malunya. Eh, ke aku yang salah dengar? Yela kot. Dia mana suka aku. Mungkin dia cakap kat Iqram sebab nak suruh dia masuk kereta ke.. Haih.

" Nana, Nana.. Apalah nasib kau ni kan. Lelaki yang baik semua tak mau pandang kau. Hu.. Lebih baik aku tido. Hilang sikit penat ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience