BAB 4

Romance Series 5964

"Na..NANA!!" Nana mengalihkan pandangan dari mesin duit ke arah rakannya. Matanya sayu. Bosan dari tadi asyik berdiri layan pelanggan.


"Ape.." Nana mengeluh. Cuaca di luar tengah hujan. Moodnya yang tak baik jadi lebih buruk. Kawannya, Lisa hanya menggelengkan kepala. 'Tak dengar le tu' bisik hati nuraninya.

Lisa ni kawan Nana. Kenal sebelum masuk tingkatan 1. Aliyah tak duduk sekelas dengan Nana masa ting.1. Tapi still best friend. Sekarang ni mereka dah berusia 23 tahun. Lisa pon dah kahwin.

Suami die namanya Taqif. Owner kafe ni. Dua tahun lagi tua dari Lisa. First meet, masa masuk U.


" Malam ni, ade perjumpaan semula kat sekolah menegah. Kau nak pergi tak? Yelah, mane tau kalau kau boleh jumpa kawan lame ke..boyfriend lame kau ke?" Nana memukul bahu Lisa yang ketawa hambar. Mukanya merah. Memang betul, Nana ade boyfriend masa menegah dulu.

Lim Xheng (Sheng). Lelaki berbangsa cina yang masuk kelab bola sepak,same macam Afif. Tapi bukan kapten. Mukanya handsome. Tinggi die paras bahu Afif mase ting.5. Nana putus dengan dia sebab dah tahu perangai dia cam mane.

Mase first date, Lim lambat. Mase dah sampai tu, badannya berbau. Cakap tadi training sampai lupa ade date. Lepas tu, Nana pernah nampak Lim goda Aliyah kat kelas. Nasib Aliyah tu setia dengan Rafiq. Yang paling teruk, Lim goda 5 orang perempuan yang ade kat bus stop masa Nana lambat nak gi date. Mana tak marah si Nana tu. Last-last putus dekat bus stop tu jugak.


"We're over. Aku dah stop couple dengan Lim,ok. Dah la playboy. Masa dia goda Aliyah tu, aku ok lagi...bla..bla"

'Dah mula dah.' Lisa 'sweatdrop' bila tengok Nana tak berhenti membebel. 'Apa salah aku der...'


"Okay, aku paham. Yang aku nak tau sekarang ni, kau nak pergi tak?" Nana berfikir sejenak. Tangannya lincah menekan button mesin duit. Ramai yang minum petang kat kafe hari ni.


" Tak nak aku. Malas." perkataan malas tu yang buat Lisa geram. Ajak pergi mall 'malas', ajak pergi rumah kawan 'malas. Tapi ajak pergi makan, orang belanja, laju je 'rajin' die.


" Alaaaa..Nana pergilah. Kau pergi dengan aku yek. Perjumpaan tu untuk Aliyah. Kan die dah nak kahwin ngan Rafiq hujung tahun ni. Lagi satu, Afif tu pon datang jugak. Penat die terbang dari UK, tapi tak jumpa jiran meja dia" Lisa dah mulakan plan 'Mari Pujuk Nana'. Selalunya plan ni menjadi.

Jari-jemari Nana terhenti seketika. Sebut pasal Afif, dari dulu memang pandai. Sekarang pon tengah sambung belajar kat UK. Bila teringatkan balik, last Nana tengok dia mase habis SPM. Afif dah pindah rumah mase tingkatan 3. Cakap yang ayah die kena jaga wasiat atok die kalau tak bankrupt. Apa yang kena jaga pon Nana dengan Aliyah tak paham.

" Eh eh..kenapa diam ni Nana? Ouhhh..Kau rindu Afif eh?" Nana memukul bahu Lisa lagi. Lisa cuma tau nak kenakan Nana je bila ada kesempatan. Perosak suasana betul.Nana memang marah kalau kena gurau, tapi yang ni Nana tak marah. Macam apa yang Lisa cakap tu betul.


"Ok, aku pergi. Tapi kau kene ambik aku pukul 8:30. Lambat, aku tak nak pergi."


"Yeah!! THANKS NANA. Sayang kau!" Lisa memeluk Nana erat. Sampai muka Nana dah tukar biru baru dia lepas. Nana tersengih tengok Lisa dah macam monyet. Lompat sana sini. Kesian suami dia, tengah masak hidangan pelanggan, kene kacau.


xxXXxxXXxxXXxx


" Sayang, janganlah kacau abang. Abang nak masak ni." Ditolak perlahan badan Lisa menjauhinya. Bukan tak sayang, cuma risau isteri kena minyak panas.


" Alah, kat rumah abang kacau Lisa tu, Lisa tak marah pon." Lisa memuncungkan bibirnya. Kesal dengan tindakan suaminya tadi.


" Itu kat rumah, sayang. Kalau nak manja-manja dengan abang boleh, tapi lepas abang habis kerja. Sayang pon kena jaga kaunter kan sekarang ni." Taqif mengusap kepala isterinya perlahan. Tapi sekejap je. Die pon kene jaga masakan, nanti hangus.

Lisa lagi bertambah merajuk. Tangannya disilang. Suaminya direnung tajam.

'Macam takde orang lain nak masak. Tukang masak ade 3. Tu yang sekor tu, sebok tengah watsapp.'


" Hazim! hantar kat meja nombor 4" Taqif membalikkan badannya mengadap Lisa. Lisa dah tak pandang suaminya lagi. Tapi tengah tenung orang yang sebok watsapp dari tadi. Taqif ketawa kecil.


"Jangan renung dia macam tu. Karang mati pulak tukang masak abang tu."


" Hn." Taqif dah nervous. Lisa kalau dah merajuk tahap ni, habis kena tido sofa malam ni. Nasib si suami ni pandai, idea cepat masuk.


"Yelah, yelah" Taqif membisikkan sesuatu yang membuatkan muka Lisa merah padam. Dahi isterinya di kucup dan terus menyambung kerjanya.


xxXXxxXXxxXXxx

" Awat merah je muka mu, Lisa?" Nana tanya semasa Lisa sudah masuk ke bahagian kaunter pembayaran di sebelahnya.


" Ta-takde pape la" Nana jongket bahu dan terus dengan kerjanya. Si Lisa masih terngiang-ngiang ayat suaminya tadi.

' Malam ni, abang main dengan sayang, ye . Biar sayang tak boleh tido.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience