BAB 6

Romance Series 5964

Semua yang berada di dalam dewan memandang ke arah suara jeritan Nana dan Afif. Afif menundukkan kepalanya kerana malu. Baru sampai dah buat hal. Nana pulak,buat tak tahu je. Dia tak popular macam orang lain, jadi apa nak kisah.


Tapi yang buat Nana sakit hati adalah apabila senior dan junior perempuannya tiba-tiba datang dekat pada Afif. Habis Nana dengan Lisa kene tolak sampai ke luar dewan. Nana hampir jatuh tetapi sempat ditolak oleh Lisa dari belakang.


" Woi, tak nampak ke orang kat sini! Mata tu letak mata ke kat lutut! Ke memang dah takde mata! Lain kali ceklah mata tu! Ingat orang suka ke kene tolak-tolak ni! Arkk!" Lisa mencuit Nana di bahagian perutnya supaya berhenti membebel. Orang kat dalam tu bukan dengar pon. Pandang pon tidak.


Nana mengusap-usap kawasan cubitan Lisa tadi. Mukanya yang hopeless membuat Lisa ketawa. Lisa menanggalkan kasut high heelsnya yang patah kerana jatuh masa tolak Nana tadi.


" Orang kat dalam tak dengar la. Yang dengar cuma orang yang kat luar ni ha. Dahlah jom balik. Kasut aku dah patah sebelah ni. Nah, pegang." Lisa menghulurkan kasutnya di hadapan muka Nana, sementara dia membuka stokinnya di bangku taman dekat dengan keretanya. Nasib tak parkir jauh-jauh.


" Fuh, baunya. Awat busuk sangat kasut mu ni." Nana menutup hidungnya dengan jari ibu dan telunjuknya. Tangan kiri Nana pulak, kena pegang kasut patah tadi.


" Salah Taqif la...boleh die jatuhkan sisa makanan semalam kat atas kasut tu."


" Dah tu, kenapa kau pakai?" Nana memandang Lisa heran. Dah tau busuk tak payahlah pakai. Kan masih waras lagi, bukannya gila.


" Kasut tu aku dah pilih awal-awal pagi. Jadi aku letaklah kat dapur. Masa balik kerja tadi aku tengok, Ya Allah,siapa yang tumpahkan benda ni atas kasut aku?! Aku tanya Taqif. Dia cakap dia yang buat, apalagi aku belasah lah die. Nasib tak patah tulang. Huuu~ Sebab tak sempat, aku basuh cincai je."

Nana mengangguk faham. Nana pon pernah kena jugak. Masa sekolah menegah kasut die kotor sebab Afif terjatuhkan air Milo. Habis kena denda.


" Eh, Nana. Tolong drive kereta bawak sini. Aku malas nak jalan sana. Nah, kunci."


" Pemalas."

Nana mengambil kunci daripada Lisa dan berjalan ke arah keretanya. Langkahnya tiba-tiba terhenti bila nampak sosok lelaki yang dikenalinya bersandar pada pintu kereta Lisa.


" Lim?" Lelaki tersebut tersedar dari lamunannya dan tersenyum ke arah Nana.


" Nana. It's been a while."

________________________________________

" Afif, lama tak nampak U!"

" My boyfriend is here!!!"

" No, he's mine"

"woi"

"No!"

" MINE!"

"woi"

" No, he's mine! Dia dah janji nak date aku!"

" ALAH KAU TIPU!"

" TAH, AFIF NAK DATE PEREMPUAN MACAM AKU JE!"


"WOIII!!!" Semua kaku. Cikgu yang berada kat dalam dewan semua shocked. Baru first time dengar bekas ketua pengawas mengamuk.

Afif mengendahkan pandangan mereka dan merenung tajam semua 'fangirls' yang berada di hadapannya. Yang kat belakang ada yang cabut, tapi yang kat depan nak bukak langkah pon dah tak boleh.

'Renungan Maut', itulah nama renungan yang memang fangirls dengan pelajar lain tak boleh lupa. Sekali pandang je, semua diam dan kaku. Dah memang tak boleh buat ape dah.


" Look, I'm not your boyfriend. And I won't go on a date with a woman like all of you. So," Afif menanggalkan cermin matanya. Semua yang ada kat depan Afif dah cuak.


" Jangan" Afif bergerak perlahan-lahan. Fangirls die yang kat depan semua bergerak slow-slow ke belakang. Tapi yang malangnya, ada yang tak bergerak. Jadi ada yang terjatuh.


" Kacau" Afif mendekat pada fans nya yang terjatuh di depannya. Matanya merenung tajam fangirl nya tersebut. Perempuan itu mengigil sebab dia memandang mata Afif. Yang lain semua dah lari. Tinggal dia sorang. Perempuan tersebut cuba mengatakan sesuatu. Afif mendekatkan telinganya.


" Bi-bi-biru." Afif terkejut dengan penyataan perempuan tersebut lalu segera memakai semula cermin matanya. Afif menarik nafas dan terus keluar dari dewan tersebut. Afif macam dah lupa yang Aliyah dengan Rafiq ade kat situ.


" Kenapalah kau bukak cermin mata kau tadi!! Sengal la kau ni Afif!" Afif menendang pokok kelapa kat situ. Nasib tak ada orang, kalau tak dah dianggap gila sebab cakap sorang-sorang.


" Ma, kenapa ma buat Afif camni?" Afif berjalan ke arah kereta Rafiq dan membuka kunci kereta tersebut. Dia melaraskan tempat duduk untuk dia tido. Setitis air mata jatuh semasa Afif menutup mata.

________________________________________


" Afif, right here!!" Puan Asma melambai-lambai ke arah Afif yang baru keluar dari perkarangan College.


" Mama! Kenapa..Ma, who's that man?" Afif menunjuk ke arah lelaki yang duduk di kerusi pemandu kereta Puan Asma. Puan Asma ketawa kecil.


" Itu boyfriend baru mama. Kenapa tak suka? It's okay if you don't like him. Now, come on. We don't have time to waste." Puan Asma menarik Afif masuk ke dalam keretanya. Afif dengan tak rela hati, terpaksa duduk jugak dalam kereta tu.


" So, this is you son. Nice to (hiccup) meet you. I'm Jo( hiccup) Jonathan." Afif mengendahkan tangan yang dihulur oleh lelaki itu.

Bau alkohol memang pekat dalam kereta itu. Afif selalu bawa kain wangian lavender di dalam poketnya bila keluar dengan ibunya. Inilah sebabnya. Afif lagi suka bau lavender dari alkohol.

Perkara ni dah biasa dilakukan oleh Afif. Ianya bermula beberapa bulan selepas dia diterima masuk ke College. Mama nya membawa lelaki asing masuk ke rumah. Bapanya tidak tahu, kerana bapanya tidak ikut ke US. Katanya, ada banyak lagi kerja belum siap.


" Babe, are you sleeping?" Jonathan memandang keliling. Dah dekat tiga jam pemanduan. Puan Asma dah 'tido' sebab dari tadi mereka berdua asyik minum. Afif pulak, bukak tutup, bukak tutup mata dari tadi.


" It's not fair..I (hiccup) want to.." Jonathan pengsan dan kakinya masih menekan minyak.


" Eh,eh asal ni. WOI!" Afif baru sahaja nak lelap dibangunkan oleh kereta yang sudah hilang kawalan. Ke kiri, ke kanan. Kepala Afif dah dua kali terhantuk pada cermin kereta.


" Ma! Jonathan! Wake up!" Kereta yang dipakai oleh Mama Afif ialah seperti kereta polis kat US. Ada gerigi yang memisahkan tempat duduk belakang dan depan.


" ALLAH!!" Afif menjerit sebelum kereta terhempas ke pinggir jalan dan melanggar dinding. Kepala Afif berdarah kerana tersembab dengan gerigi di hadapannya. Afif yang sudah tidak berdaya untuk terus bangun akhirnya pengsan.

________________________________________


" Macam mana. Suka tak ada mata warna baru?" Puan Asma tanya kepada Afif sambil tersenyum.


" Tak" Jawapan yang singkat. Sepanjang hidup Afif, tak pernah dia rase sehodoh ini.


" Pardon."


" I said NO! You make me look like a monster! Afif lagi suka buta sebelah dari ada mata macam ni! Apa, Ma ingat coklat dengan biru cantik ke digabungkan! I think It's NOT!"


" JAGA ADAB KAMU DENG.." Afif laju memotong Puan Asma.


" Adab..hehe. Mama ada masa nak cakap pasal Adab. Eh, Afif dah banyak kali sabar dengan Mama tau tak! Kau bawak jantan mabuk masuk rumah, tak ingat nak telefon Papa, tak jaga adab berpakaian, clubbing..EISH!! KAU DAH BUAT BANYAK BENDE HARAM TAU TAK POMPUAN!! Afif dah penat sabar dengan Mama! Kau keluar dari rumah aku. NOW!"

" Your house...


" NO! AKU YANG BELI RUMAH NI! KAU MEBGHABISKAN DUIT WASIAT NENEK DENGAN ARAK KAU TU! KELUAR SEKARANG!!" Afif menolak Puan Asma keluar dan mengunci pintu. Afif berharap yang Puan Asma akan meminta maaf tetapi..


" Heh, aku tak heranlah dengan rumah buruk ni. Rumah boyfriend aku lagi besar. Gi mampos la kau!" Apa yang diharapkan hancur. Laju air mata mengalir dari matanya. Apa yang Afif boleh buat sekarang adalah berdoa semoga mama nya diberikan hidayah untuk pulang ke jalan yang benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience