Get the app for full experience
Afya dan Hanis gerak bersama-sama untuk ke tempat reunion. Hari ini Farah jemput semua bekas pelajar tingkatan 5 Adil untuk berjumpa di kedai makan miliknya. Tepat jam 7.30 malam, kedua sahabat itu tiba di tempat yang dijanjikan. Kelihatan hampir semua ada di dalam kedai itu. Amila turut ada. Walaupun jauh tempat tinggalnya dari kedai itu, dia sanggup datang ke reunion kerana susah untuk mereka berjumpa lagi lepas ini. Amila melambai tangan ke arah Afya dan Hanis. Dia terlihat senang melihat dua sahabatnya itu juga hadir. Tadi Hanis kata tidak mahu ikut tapi lepas dipaksa oleh Afya akhirnya dia ikut juga. Kedua mereka ...