BAB 8

Romance Completed 7050

Maimun: (Mengenyitkan sebelah mata) Ohhhhh….macam itu ker…..patut lah tapi tula dia kan dulu belajar kat Cork pastu kerja kat situ sampai SPR pastu kerja sini terus SPR. Kau dulu kan study kat Galway takde jumpa dia ker?

Syawal: (Berfikir sejenak) Budak Galway ker? (Dalam hati)

Iryani: Banyak lagi kerja lain yang aku kena buat daripada nak terjumpa dia masa kat Ireland dulu. Anyway, aku tak puas hati betul lah, tadi (flashback) aku nampak nametag kat white coat yang dia tinggal kat bilik meeting. Lepas tu, dia lahir tahun 1985 tapi macam mana dia boleh hebat sangat sampai jadi SPR??? Aku ni Registrar pun tak sampai lagi.

Maimun: Ek eleh, dah dia kerja kat Cork mestilah senang nak naik. Kau tu internship semua kat sini. Lagipun, kau tu kan banyak kali failed…..

Syawal: (Ketawa dalam hati).

Iryani: Hei, ketuk kepala kau baru tahu yer (geram).

Maimun: Eh, kau rasa Dr Syawal tu handsome tak? Kalau dalam list pakwe-pakwe imaginasi kau tu, kau rasa dia nombor berapa?

Iryani: (Tersedak) Nombor berapa? (ketawa) Sampai nombor 50 sekali pun, nama dia takkan tersenarai kau tahu tak? (nada kuat)

Syawal: (Tersedak)

Maimun: Eh kau ni, tak baik tahu. Janganlah kira pakwe-pakwe kau yang mata sepet tu. Antara golongan orang Melayu jer, kau rasa dia nombor berapa?

Iryani: Eh, Maimun. Kau ni mana boleh sesuka hati jer nak buang pakwe-pakwe mata sepet aku. Tula kau, tak reti menghargai. Kalau takde pakwe-pakwe mata sepet aku tu, alamatnya dah lama aku takde kat dunia ni tahu tak? Kau ni mesti tak ingat nama-nama dia orang kan? Yang kau sebut mata sepet tu apsal?

Maimun: Ate…..dah ramai sangat…..

Iryani: (Sambil mengangkat sebelah mulut, macam Chun Hyang) Haishhh….budak ni….yang kau berminat sangat dengan si Syawal tu apsal? Meh sini aku bagitau kau, dia tu G.A.T.A.L. Gatal ? (nada kuat) Kaki perempuan pastu dia ingat semua perempuan akan tergoda ker dengan harta kekayaan dia tu. Ceh, mentang-mentang SPR berlagak macam smart sangat (sambil menonyoh-nonyoh daging ayam dengan sudu dan garfu).

Maimun: Eh, ko ni tak baik tau menuduh yang bukan-bukan. Aku tengok dia ok jer… baik jer….(kerut dahi dan risau)

Kelihatan seorang lelaki, Dr Badrul menghampiri Syawal di hadapan Maimun.

Badrul: (Angkat tangan memberi tanda ke Syawal) Boleh saya duduk sini, Dr Syawal?

Syawal: (Batuk sikit-sikit) Haa yer….silakan…..saya pun seorang jer kat meja ni (batuk semakin kuat ? tersedak)

Badrul: Kenapa doktor? Tercekik ker?

Syawal: Entahlah, ada orang mengumpat saya kot? (mengangkat kening sambil tersenyum)

Iryani: (Terkejut. Menoleh ke belakang dan pandang ke depan semula) Ay….. shiiiiii….. (muka cuak) Apesal kau tak bagitau aku? (bisiknya)

Maimun: (Muka bersalah dan angkat bahu) Dia tak kasi bagitau…..(ketawa kecil)

Iryani: Haishhhh! Cepatlah makan dan habiskan!!! (Marah dengan kuat)

*************

Semasa ward round, Iryani serba salah setiap kali bercakap dengan Syawal (report). Dia hanya tunduk kepala, tidak berani memandang muka Syawal. Di suatu ward, round, pada satu hari:

Pesakit: Anak ni kacak orangnya, dah berpunya ker?

Syawal: Belum makcik.

Iryani: (terpandang).

Syawal: Makcik jangan lupa makan ubat yang nurse bagi yer tak boleh skip-skip ok? Lepas tu setiap hari kena pergi physio petang-petang. Kalau makcik ikut cakap saya, minggu depan makcik boleh balik, InsyaAllah.

Pesakit: Betul nak? Baik lah makcik ikut cakap doktor tapi satu syarat yer nak?

Syawal: Syarat? Apa dia syaratnya?

Pesakit: Nanti makcik nak kenalkan anak dara makcik kat doktor, boleh yer doktor jumpa dengan anak makcik? Ahad ni dia datang……lawa orangnya putih melepak.

Syawal: (Senyum) Boleh, apa salahnya……benda kecil jer…..

Yang lain-lain: (Tersenyum juga).

Iryani: Hmmph….memang dasar gatal….(Dalam hati) Anak patient pun nak disambar (Dalam hati).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience