BAB 10

Romance Completed 7050

Sebulan telah berlalu, Iryani nampak riang dan gembira kerana inilah masa yang dinanti-nantikannya. Berhenti kerja……hanya tuhan sahaja tahu betapa seronoknya dia pada hari itu.

Iryani: (Yeay! Hari ni last lepas ni tak payahlah aku kena berdepan dengan patient yang muka kesian sampai ada yang nak mati) Teriak hatinya.

Dia masih lagi dalam ward round. Yang terakhir.

Syawal: Hari ni hari terakhir awak kerja kan?

Iryani: (Senyum lebar) Yerrr…(nada gembira dan perli) (Hehe, tak payah aku ikut buntut mamat ni lagi) Dalam hati.

Syawal: Hari ni saya hantar awak balik yer? (angkat kening)…..As a treat…..

Iryani: (Tersentak sedikit dan senyum semula) Ok……. (Kemudian memandang Syawal dari belakang dengan rasa pelik).

Di dalam kereta……..

Syawal: Lepas ni awak plan nak buat apa?

Iryani: Lepas ni? Bercutilah….duduk rumah.

Syawal: I mean after bercuti……

Iryani: Mmmmm….entahlah…..taktau lah…..tengoklah macam mana….

Syawal: Saya dengar awak nak apply join forensic team.

Iryani: Haishhh, mana awak dengar cerita? Ni mesti Maimun kan? (Marah) Hmmm, taktau lagi jadi ker tak…..tengoklah keadaan macam mana nanti. (Mengetap bibir) Siap kau Maimun (dalam hati).

Syawal: Suka mayat ker? Tak takut hantu ker?

Iryani: Ingat budak kecil ker? Lagipun, ok apa kerja tu boleh siang-siang organ kat dalam mayat tu so tak payah susah kena buat ayat nak cakap dengan patient.

Syawal: (Ketawa kecil) Yela, lepas tu boleh siang daging-daging stalker.

Iryani: (Menjeling ke arah Syawal sebagai tanda amaran).

Syawal: Ok, ok, sorry. Saya tak patut ungkit……Hmmmm….sekejap jer kan dah sebulan? Tak sangka orang yang duduk dalam satu bas dengan saya sebulan lepas hari ni duduk kat dalam kereta sebelah saya.

Iryani: (Diam)

Di hadapan rumah,

Syawal: Ok. Have a nice break! Jangan menternak badan jer kerjanya.

Iryani: (Sedikit geram) Anyway, terima kasih sebab hantar saya balik hari ni. Jimat duit saya tak payah naik bas (tersenyum jahat) Hmmm….lepas tu, thanks dari mula sampailah sekarang. Saya minta maaf kalau kutuk awak kat belakang. Kosong-kosong jela yer? Saya takde hutang awak dan awak pun tak makan hati, ok??

Syawal: (Senyum) Hmmph, ok, no problem. (Tunduk sikit)

Iryani: (Keluar kereta dan tutup pintu kereta)

Syawal: (Buka tingkap) Iryani!! (Tengok luar tingkap)

Iryani: (Membongkok sedikit sambil melihat ke dalam kereta) Yer?? (Angkat kening)

Syawal: Saya suka kat awak….sudi tak kalau awak jadi teman wanita saya? (Nada serius dan angkat kening)

Iryani: (Tak terkata, memekam kedua bibir dan kemudian tersenyum sinis lalu, berdiri tegak dan pusing ke belakang sambil berjalan terus ke pintu pagar).

Syawal: (Melihat Iryani pergi perlahan-lahan sehingga masuk ke dalam rumah dari tingkap keretanya sambil tersenyum tawar)

Tit……tit…….bunyi sms, daripada Iryani bertulis, “Sudi. Sebab saya pun sukakan awak. =]”

Syawal tersenyum puas lalu memulakan enjin kereta dan pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience