BAB 5

Romance Completed 7050

Keesokan harinya…..

Iryani: (Bergegas ke bilik mesyuarat) Tuk….tuk…I’m sorry, I was late (sambil tunjukkan kepala).

Maimun: Apsal kau lambat sangat ni? Meeting dah habis tahu tak? Iryani hari ni first meeting dengan Dr Syawal kalau dia mengamuk kang susah pula (bisik).

Syawal: Ok, itu jer saya rasa untuk pagi ni. For chronic patient Encik Hamdan yang kita nak libatkan dalam our team’s research, saya serahkan tugasan history and control under your supervision, Dr Iryani.

Iryani: Ha? Saya……?

Syawal: Yang lain ikut saya pergi ward round….

Iryani: (Berbisik) Eh, Maimun macam mana ni…..dia suruh aku jaga Encik Hamdan tu…….alamak….

Maimun: Tula kau. Siapa suruh datang lambat. Takpe la, nanti aku bagitahu dia yang kau tak boleh okay. Aku ikut dia dulu…..Bye, see you masa lunch nanti.

Iryani: Ok, aku belanja kau nanti yer….thanks Maimun!

Maimun: (Senyum sambil tunjuk tanda OK guna tangan).

Semasa ward round, sewaktu hampir lunch……empat orang kelihatan berjalan……….

Syawal: Ok guys, kita berhenti kat sini jap, sambung balik lepas makan jumpa kat sini yer.

Yang dua orang, Intern dan Registrar pun beredar.

Maimun: Erk, Dr Syawal……yang pasal patient En. Hamdan tu….yang for our team’s research tu…

Syawal: Yer, ada apa-apa yang saya tak tahu lagi ker pasal patient tu? (mengangkat kening)

Maimun: Sebenarnya doktor, erk….sebenarnya…..Iryani tu cuma ada masa sebulan jer lagi kerja kat sini. Lepas tu dia berhenti…..So saya rasa tak sesuai lah kalau nak bagi kerja tu kat dia sebab follow up Encik Hamdan tu paling kurang pun tiga bulan kan Dr Syawal?

Syawal: Awak kawan rapat dia ker? (angkat kening lagi?)

Maimun: Rapat tu takde la rapat sangat tapi dah kami dua orang SHO satu team yang sama so…..hehehe…….

Syawal: Ok, awak ikut saya pergi lunch hari ni. Saya belanja awak. Lepas tu awak ceritakan semuanya kat saya…….

Maimun: Ooo…ok….okay (menghantar sms ke Iryani yang bertulis, “Iryani, aku tak jadi lunch dengan kau hari ni. Esok jela yer kau belanja aku makan. Anyway, aku dah bagitau Dr Syawal pasal keadaan kau tu. So, jangan risau kay.”

Iryani: (menerima sms sambil tersenyum) Thanks, Maimun!

Di cafe hospital……

Maimun duduk berhadapan dengan Syawal. Mereka berdua makan nasi ayam.

Maimun: Dr Syawal, terima kasihlah sebab belanja saya makan hari ni. Hehe, bukan selalu SPR nak belanja SHO ni. Bertuah betul saya. Kalau nak harapkan Iryani yang belanja memang berjanggut saya tunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience