BAB 9

Romance Completed 7050

Selepas 15 hari…….majlis pembentangan projek-projek proposal untuk research se-hospital, semua doktor berkumpul di Dewan Besar, Hospital Putrajaya.

Pengacara majlis: Itu dia proposal daripada team GIT, seperti yang hampir semua orang tahu, team GIT diketuai oleh SPR baru yang belum sempat kita tahu lebih rapat. Jadi, saya menjemput Dr Syawal ke depan untuk memperkenalkan diri serba sedikit di kesempatan ini. Dipersilakan…..

Syawal: Assalammualaikum. Terima kasih kepada MC kerana beri saya peluang bercakap. Saya rasa semua dah kenal sepanjang hampir setengah bulan saya kerja kat sini. Nama saya Syawal bin Roslan. Dulu saya belajar di Cork dan bekerja kat sana sampai jadi SPR.

Sebelum ni, saya buat research……bla…bla….bla…bla…(penjelasan panjang lebar)…..saya rasa setakat itu jela yang saya perlu bagitau sebagai orang baru di sini. Ada apa-apa soalan yang nak ditujukan kepada saya? Tentang research ker?

Doktor 1: Macam mana doktor dengan Team GIT? Dapat menyesuaikan diri ker?

Syawal: Saya senang berkerja dengan mereka.

Doktor 2: Apa perancangan doktor selepas enam bulan dengan Team GIT nanti?

Syawal: Ermmm….mungkin saya akan terlibat dengan research lain tapi tak tentu lagi sebab lama lagi kan masanya?

Doktor 3: Adakah doktor akan terus bekerja di hospital ni sampai jadi consultant?

Syawal: Hmmm….saya mungkin akan meneruskan kerjaya saya dalam bidang yang lain pula selepas ini. Macam…doktor helikopter ker….tapi tula….tengok dulu macam mana (bunyi bising).

Iryani: Doktor helikopter? Ingat ni cerita Yamapi Code Blue ker?

Doktor 4 (perempuan muda): Doktor, tuan doktor ni sudah ada teman istimewa ker? Ala……tuan doktor fahamkan maksud saya?

Syawal: (menjeling ke arah Iryani ? tapi tengah sibuk menekan butang-butang kat handphone ? balas sms kot) Belum lagi, dan tak pernah ada pun sebelum ni……(sambil tersenyum kecil) (bunyi bising sorakan perempuan)

Iryani: Apa soalan dia tadi Maimun?

Maimun: Yang kau tak dengar tu apsal?

Doktor 5: Kalau macam tu bila lagi Dr Syawal nya? Cepat-cepat lah cari. Takkan lah takde pilihan hati kot. (Bising lagi suara perempuan).

Syawal: (Tunduk kepala sambil tersenyum kemudian menjawab) Ada, tapi masih dalam proses……..(bising sorakan lagi).

Maimun: Wahh bertuahnya perempuan tu….(letak tangan di bawah dagu).

Iryani: Apa punya soalan daaa…..(menyampah dengan orang bising-bising).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience