Beberapa hari kemudian mio yang sudah masuk kelas semula setelah cuti sekolah yang panjang dia pun kembali ke kelasnya dan di situ dia sudah mencecah umur 18 tahun.
Beberapa bulan kemudian:
Mio yang sedang berjalan sendirian di sebuah jalan raya, dia yang sedang melintas tak sengaja terlanggar bahu seorang lelaki tua yang berusia agak 30an dia merupakan maneger artis sensasi namun artisnya tertiba buat perangai dan menghilang diri. Dan akhirnya si uncle simon pun serabut kepalanya kerna shooting drama akan bermula tak lama lagi.
“Maaf....ujar Mio yang terlanggar bahu uncle simon yang berkaca mata dan berambut mangkuk dan ada ampal di tengah.
“Ahhh...tak apa. ujar uncle simon sambil tergagap, dia pun memungut telepon pintarnya yang terjatuh di bawah simen jalan raya di situ.
“Maaf sekali lagi..ujar mio sambil memandang uncle simon yang memegang teleponnya yang pecah cerminnya.
“Tidak, tidak apa-apa lagi pun ini bukan salah kamu. ujar uncle simon
“Saya pergi dulu. ujar mio yang berlalu pergi dengan memegang tali bagnya dan berjalan pergi.
Mio pun melintas jalan raya dan uncle simon pun memandang ke arah gadis itu. Uncle simon pun masuk di dalam otaknya untuk mengambil gadis itu untuk ganti pelakonnya.
“Sebentar.......ujar uncle simon yang menjerit memanggil gadis itu.
Uncle simon pun berjaya mengejar Mio yang lagi memakai earpon di telinganya. Mio pun berpaling melihat belakangnya di sentuh.
Menarik nafas panjang uncle simon di situ kerna penat berlari.
“Ahh??...ujar mio yang sambil melepaskan earpon di telinganya.
“Anu.....ujar uncle simon sambil mengeluarkan kad di bagnya.
“Ini kad nombor ku, aku ingin menawarkan mu sebagai pelakon. ujar uncle simon.
“Aku tak berminat nak jadi pelakon. ujar mio sambil memegang tali bagnya, dia pun menunduk kepalanya dan melanjutkan perjalanannya kembali.
uncle simon pun tak putus asa dia pun mengejar mio kembali lalu memberikan kad balik kad itu.
“Bila kamu bertukar fikiran nanti, kamu tinggal call aku saja. ujar uncle simon sambil menyerahkan kad itu ke mio.
Mio pun mengambil kad itu, dia pun menundukkan kepalanya dan melanjutkan perjalanannya kembali.
Uncle simon di situ berharap budak remaja itu akan bertukar fikiran nanti dan mau menerima menjadi pelakonnya.
Seterusnya:
Mio sampai di Cafe ayahnya, dia pun membuka pintu cermin cafe itu dan melihat ramai customer yang duduk menjamu selera.
Mio pun berjalan masuk ke dalam dapur tempat memasak.
“Selamat datang nona mio. ujar perkerja ayahnya.
“Selamat petang. ujar mio sambil senyum.
“Ayah....ujar mio yang menegur ayahnya yang lagi memotong timun hiris-hiris halus.
“Mio ada disini, nak makan apa-apa tak biar ayah masakkan buat kamu. ujar kujou.
“Tak perlu aku kesini nak bantu ayah. ujar mio.
“Macam tu ke. ujar kujou sambil meletakkan timun di dalam mangkuk putih kecil.
Mio pun melihat pesanan yang baru siap di buat, mio pun mengambil pesanan itu.
“Biar saya yang hantar ke meja no 3. ujar mio sambil mengangkat piring lauk.
“Silakan makan. ujar mio.
“Terima kasih. ujar customer.
Mio pun meletakkan piring ke lengannya lalu membersihkan tempat meja yang selesai di gunakan. Mio pun mengelap meja dengan kain lap di tangannya.
Beberapa jam mio melakukan kerja di situ tiba waktu malam para perkerja lagi memop dan mengelap meja, mio pun mengelap cawan dengan ayahnya berdua di dapur.
Beberapa jam setelah siap mio pun ke tandas.
Ayahnya bercakap dengan perkerjanya hal gaji.
“Tak boleh lewat sikit ke?? ujar kujou.
“Bukan macam tu boss tapi saya perlukan wang untuk bayar yuran anak saya. ujar perkerjanya.
“Sebentar ya. ujar kujou, dia pun berjalan mengambil duit di dalam bagnya. lalu dia pun memberi wang ke perkerjanya
“Itu saja yang aku ada, nanti selebihnya aku akan bagi lagi, aku bercadang ingin menjual cafe ini untuk membayar gaji kalian semua dan bill lainnya. ujar kujou.
“Jual?? ujar perkerjanya.
Mio pun terdengar pembualan ayahnya dia pun merasa kesian pada ayahnya yang lagi kesempitan kewangan.
“Ayah....dah siap?? ujar mio.
“Dah siap kamu tunggu sebentar dulu ya. ujar kujou.
Mereka pun semua menunggu di luar pintu cafe dan ayahnya kujou dan perkerjanya pun menutup pintu cafe lalu menguncinya.
“Selamat pulang. ujar mio sambil melambai perkerja lainnya.
“Selamat pulang. ujar perkerja lainnya.
Mio pun dan ayahnya naik ke dalam kenderaan mereka, mio memasang tali keledar di badannya sambil melihat ayahnya di situ. Ayahnya pun mulai memandu kereta dengan kadar sederhana.
“Ayah okay. ujar mio di situ.
“Okay anak ayah. ujar kujou.
Ayah kita singgah ke pasar dulu. ujar mio sambil menunjuk ke arah kedai itu.
“Ooo...baiklah. ujar kujou sambil menekan brek keretanya dan berenti di situ.
Saat menuju masuk mio yang memilih sayur yang ingin dibeli.
“Mio ayah keluar sebentar dulu ya. ujar kujou.
Mio pun melihat ayahnya yang baru ingin pergi sambil mengepit bibirnya.
kujou pula berjalan ke bank untuk mengeluarkan wangnya. lalu dia pun memasukkan di dompetnya dan berjalan keluar pintu masuk.
“Dah siap pilih barang? ujar kujou yang baru datang.
“Dah..ayah. ujar mio sambil memegang bakul yang berisi sayur dan telur.
“Ini saja yang kamu beli? ujar kujou.
“Emm. ujar mio sambil menganguk kepalanya.
Mereka pun kekaunter pembayaran lalu kujou pun meletakkan basket di atas dan mengeluarkan wangnya di dompetnya.
Setelah itu kujou pun membawa sayur yang dibeli anaknya dan keluar sama-sama. Mereka pun kembali naik kereta mereka.
Sesampai di rumah mio menghidupkan api gas, dia pun membuka peti sejuk dan mengeluarkan bahan untuk memasak makan malam buat mereka berdua.
Mio yang lagi mengacau telur di mangkuk, dia pun melihat ayahnya pulak yang tengah duduk sambil memegang kepalanya melihat riset hutang bil yang harus di langsaikan. Mio pun yang memandang ayahnya merasa kesian.
“Anak ayah makan dengan banyak tau. ujar kujou.
“Baiklah. ujar mio sambil sambil menyuap nasi ke mulutnya.
Seterusnya malamnya:
Mio yang lagi di meja studynya mengulang kaji pembelajarannya di situ. lalu masa-masa mio menulis tulisannya pun salah, lalu mio pun mencari pemadamnya lalu sikunya terlanggar pemadam di siringnya lalu pemadam itu jatuh ke bawah mejanya. Mio pun menurunkan tangannya untuk mengambil pemadam di bawah, tertiba kad di poket jaketnya terjatuh ke bawah lantai saat dia hendak mengambil pemadam. Mio pun mengambil pemadam itu dan ternampak kad yang baru jatuh di jaketnya. Mio pun melihat itu lalu mengambil kad itu, dia pun melihatnya dan mulai terfikir di otaknya tentang tawaran itu.
Saat ingin tidur, mio pun mematikan alam di siring yang di atas meja studynya. Lalu dia pun baring dan menarik selimut putih dan memejamkan matanya.
Keesokkan harinya waktu petang selepas habis kelasnya, Mio pun berjalan sendirian dan mengeluarkan kad nombor yang diberi ke dia, mio pun duduk di sebuah bangku di taman perjogingngan tempat awam. Mio menelepon uncle simon di situ.
Beberapa jam mio yang menunggu di situ, uncle simon pun datang ke taman itu.
“Hi..ujar uncle simon yang baru datang.
Mio pun berdiri dan mereka pun berbincang hal tawaran lakonan buatnya.
lalu setelah siap berbincang mio pun bersalaman dengan uncle simon yang akan menjadi maneger untuknya.
Keesokkan harinya:
Mio yang baru pulang dari sekolahnya dia pun berjalan keluar pintu rumahnya lalu menutup pintu dia pun berjalan kaki menuju perhentian bas awam dia pun berdiri beberapa minit lalu tak berselang-lama bas awam pun tiba dan mio pun masuk ke dalam terlihat tak ramai orang di dalam bas tersebut mio pun duduk di bangku depan sambil mendengarkan muzik di telinganya.
seterusnya beberapa jam mio pun sampai lalu dia pun turun bas itu dia pun menuju ke alamat yang uncle simon beri kat dia. mio pun berjalan menuju office tempat dia kerja, mio pun masuk ke dalam lalu membuka pintu cermin dia pun naik lif dalam beberapa saat mio sampai dia pun ketemu uncle simon di situ.
Share this novel