BAB 5

Romance Completed 12991

Perbualan kami semakin rancak. Sedar tak sedar aku dah berbaring di sebelahnya. Cuma kami berdua dipisahkan oleh bantal yang diletakkan di tengah-tengah tilam. Hujan pula tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Malah semakin lebat dan mendinginkan.

"Kau ni tak reti nak tidur ke? Dah nak pukul 3 setengah dah ni."

Pertanyaan Ika mengejutkan aku yang sedang leka bermain aplikasi fac.

"Esok aku cutilah. Tak nak tidur pun tak apa."

Balas aku sambil mataku terus menatap skrin smartphone aku.

"Ohh... Patutlah dari tadi dok ngadap handphone je. Apa benda lah yang kau hadap tu."

Kata Ika lalu mengambil smartphone yang dipegang olehku.

"Oii. Apa main amek handphone orang ni. Oii."

"Eee... Apa ni tengok benda bukan-bukan ni. Gatalnya."

"Alaa... Sibuklah kau ni. Aku ingatkan kau dah lelap."

Jawabku lalu merampas kembali smartphone kepunyaanku. Tiba-tiba petir berdentum lagi. Ika yang terkejut pantas memelukku. Aku pula yang terkejut dengan tindakannya. Tetapi aku membiarkan sahaja Ika memelukku.

"Nak tidur macam mana. Petir kuat sangat. Hmm..."

"Laa... Kan aku ada ni. Tidur jelah."

Ika mendiamkan diri. Pelukannya langsung tak dilepaskan. Aku pula meletakkan smartphone aku di sebelah aku. Kemudian, perlahan-lahan aku meletakkan tanganku pada bahunya. Pelik juga kerana Ika hanya membiarkan sahaja perbuatanku.

"Oi... Dah tidur ke?"

"Hmm? Belum..."

Jawab Ika sambil mendongakkan kepalanya kepadaku. Wajah polosnya itu aku amati. Entah kenapa ada satu macam bisikan menyuruhku membelai wajah dan rambutnya. Aku juga dapat merasakan degupan jantungnya. Bukan itu sahaja, dada mengkalnya juga aku dapat nikmati apabila ianya mengenai dadaku.

"Kenapa Ika?"

"Emm... Tak ada apa. Cuma..."

"Cuma?

Ika membisukan dirinya. Namun tangan kirinya diletakkan pada dadaku. Jari telunjuknya digerak-gerakkan. Kemudian, kakinya dilingkarkan pada kakiku. Aku dapat merasakan yang Ika mahukan sesuatu daripada aku. Walaubagaimanapun, aku tidak mahu gelojoh. Peluang seperti ini bukan selalu datang. Aku harus mengikut rentak kehendaknya dahulu.

"Cakaplah... Sementara kita tak boleh tidur ni kan."

"Hmm... Aku... Aku..."

"Kenapa... Sayang..."

Aku mencairkan Ika dengan panggilan yang lebih manja dan romantis. Malah, aku membelai lembut rambut Ika. Matanya terus memandang redup ke arah ku. Pipiku disentuh lembut olehnya.

"Aku teringatkan tunang aku."

Aku diam seketika. Beberapa tahun yang lepas, Ika pernah bertunang dengan kekasihnya. Namun, pertunangan mereka tidak kekal lama. Pertunangan mereka putus akibat munculnya orang ketiga di dalam perhubungan mereka. Lebih teruk lagi, bekas tunangnya itu di tangkap basah semasa melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta.

"Dahlah. Tak payah diingat lagi dia tu."

"Aku tak bolehlah Zam. Aku rindukan belaian dia. Aku rindukan ciuman dia. Aku rindukan pelukan dia. Hmm..."

"Ah, sudah. Patutlah dia tiba-tiba semacam je."

Aku membiarkan dia meluahkan apa yang tebuku di hatinya. Aku setia mendengar apa yang keluar dari mulutnya. Sesekali aku mengucup dahinya apabila dia mulai mengalirkan air mata.

"Ika... Aku kan ada ni... Janganlah nangis lagi. Kay?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience