BAB 4

Romance Completed 12991

Ika berlalu pergi ke biliknya. Aku tidak pasti apa yang diucapkan olehnya sebentar tadi. Adakah ianya berbentuk pujian ataupun godaan? Aku tersenyum sendirian lalu menutup pintu bilikku dan kembali menikmati malamku dengan bermain permainan video pada smartphone kepunyaanku.

Tanpa aku sedar, jam telah menunjukkan hampir pukul tiga pagi. Mataku masih tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk lagi. Kedengaran alunan hujan mengenai atap bumbung rumah sewaku. Semakin lama semakin lebat. Diselang selikan dengan bunyi guruh yang mampu mengejutkan penduduk-penduduk dari tidur mereka.

Ika yang tidur di bilik paling hujung tidak pula aku ketahui keadaannya. Iyalah, gadis-gadis sepertinya agak penakut untuk tidur berseorangan, lebih-lebih lagi dengan bunyi guruh yang berdentum kuat di kaki langit.

Bosan dengan permainan video tadi, aku membuka aplikasi fac aku. Malangnya, keadaan internet tidak begitu laju pada pagi itu. Mahu tidak mahu aku perlu restart semula modem internet yang ditempatkan di sebelah bilik yang ditumpang oleh Ika. Sebaik keluar dari bilik, aku terlihat kilat memancar-mancar dari tingkap rumah sewa aku.

"Mak aihh... Lain macam betul kilat ni..."

Aku pun tanpa membuang masa terus menekan butang restart pada modem internet. Kemudian, aku berpatah balik ke bilik aku semula. Dalam pada masa yang sama, pintu bilik Ika terbuka dan Ika muncul sebaik pintu itu terbuka luas olehnya.

"Eh. Kau tak tidur lagi?"

"Oh mak kau!!"

Ternyata pertanyaan aku tadi membuatkan gadis itu terkejut.

"Err... Sorry... Hehehe."

"Kau ni kan. Terkejut aku. Dahla kilat dengan guruh banyak dekat luar tu."

"Ooo... Patutlah tak tidur lagi."

"Itulah. Takut pulak nak tidur sorang-sorang. Dahlah bilik si angah ni dekat tepi tingkap. Haihh..."

"Laa... Takut pulak. Habis tu, kau nak aku temankan ke?"

Sengaja aku mengajukan soalan seperti itu kepadanya. Aku mahu melihat respon Ika didalam saat-saat yang mencemaskan seperti ini.

"Itulah... Emm... Boleh ke? Kau jangan risau, aku tak buat apa-apa dekat kau. Cuma temankan je."

Aku memandang Ika untuk seketika. Kemudian, dengan tiba-tiba satu bunyi guruh yang kuat berdentum berhampiran dengan rumah sewa aku. Ika yang berdiri dihadapanku terduduk untuk seketika sambil menutup kedua telinganya.

"Uish... Kuatnya guruh. Hmm... Okaylah. Aku pergi amek bantal handphone dengan bantal aku sekejap. Nanti aku datang."

Aku berlalu pergi ke bilik aku dan kembali ke bilik Ika bersama bantal, smartphone dan charger sekali. Bilik yang ditumpang oleh Ika merupakan bilik abangnya yang sekali sekala akan datang ke rumah sewa ini.

Sebaik memasuki bilik itu, bau wangian lembut menusuk hidungku. Bauan lembut tersebut sungguh mendamaikan. Aku melihat beg galas gadis itu berada di tepi dinding biliknya. Serta merta pelbagai pertanyaan ingin aku ajukan kepadanya.

"Ika..."

"Hmm..."

"Bila kau sampai sini?"

"Ooh... Aku sampai pukul tadi. Aku dari KL sebenarnya. Sampai-sampai sini je aku pergi jumpa kawan aku kejap dekat bandar. Lepas tu lepak sampai tak ingat dunia, tau tau je dah pukul 9 setengah."

"Ohh... Dekat rumah kau tak ada orang ke?"

"Tak ada, diorang balik kampung. Aku pun balik mengejut, tak bagitahu diorang. Itu yang menumpang kejap dekat sini. Nasib baik aku ada simpan kunci rumah ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience